cool to share

Wednesday, April 22, 2009

Kak Norhayati Berahim

Bila tengahari tadi suami menelefon saya yang dia kan ke PWTC hari ini selepas tamat kursusnya di Shah Alam, hati saya melonjak riang. Dalam kepala berkira-kira.

"Abang nanti singgah di kedai NBKara . Belikan Ila novel tau."
"Abang belum bertolak lagi ni masih di hotel".

Aiseh pukul berapa nak perginya, Nanti tak adalah peluang bertemu Kak Yati. Isk ! ada ke Kak Yati hari ini?
Hampir pukul 2.30 ptg saya telefon suami bertanyakan dia di mana. " Abg baru sampai Pwtc. nak pergi makan dulu." Aiseh mesti tak ada penulis lagi tunggu di gerai. Gerutu didalam hati.
Hampir pukul 4.10pm saya telefon suami lagi, betapa seronoknya bila saya mengetahui yang suami kini berada di hadapan gerai NB Kara dan Norhayati Berahim berada di hadapannya sedang bercakap ditelefon dan sedang menandatangani buku yang dibeli oleh orang ramai.
Saya sangat steruja terus meminta suami hulurkan telefonnya kepada Kak Yati.
"Hello asslamulaikum Kak Yati. Ini Shila , Nurashila dari Ipoh."
"Oh! Shila".
"Saya wakilkan suami saya je, saya di office ni di Ipoh." Bla...bla...
Lebih kurang lah perbualan singkat saya sehingga saya rasa entah apa-apa saya cakap saya pun tak ingat. Tanya khabar pun tidak. Hahaha! Yang saya ingat Kak Yati kata "Take care to you too.
Hmm tak sangka Kak Yati yang sibuk itu sudi layan saya di talian telefon, saya wakilkan suami pulak itu. Jika difikirkan balik kelakar pulak, suami yang langsung tak kenal siapa dia Kak Yati dan apatah lagi Kak Yati dah tentu agak sangsi menyambut telefon dari tangan seorang lelaki yang idak dikenali pulak tu...
Apa-apa pun tahniah Kak Yati. Teruskan berkarya. Hasil karya Kak Yati sudah menjadi sebahagian dari cara saya menyelami kehidupan yang saya lalui kini. Watak2 yang ada juga pernah saya ketemui. InsyaAllah, saya doakan Kak Yati sentiasa dikurniakan idea yang kreatif dan terus berkarya.

Jika diizinkan Allah swt, akan sampai juga manuskrip saya ke NBKara...

Sunday, April 19, 2009

Jumaat yg mendebarkan...


Jumaat lepas 17hb April, saya sengaja mengambil cuti dan bercadang ingin balik ke Puchong maklumlah lama tak balik umah mak abah dan anak2pun dan rindu dengan dengan baby Yana dan Kak Yuyunnya. Keesokannya 18hb adalah birthday suami ku yang ke 37, so macam tahun lepas, a basket of fruits akan dihantar ke officenya. Memandang Sabtu hari cuti, so saya delivery date letak tarikh 17hb April. Suami pulak tak beritahu dia mengambil cuti jugak. Aiseh! Tapi dia kata dia ingin singgah ke pejabat untuk mengambil beberapa dokumen di office. Secara kebetulan saya jugak ingin singgah ke office saya utk menandatangani buku laporan pelajar praktikum. Dalam hati berdoa juga agar delivery sampai ketika suami ada di office.Saya telah menelefon sykt delivery itu agar hantar awal sejam dari masa yg telah dirancang. Miss q tokeh kedai pun kata okay . Dlm pukul 930, saya ke Public Mutual untuk menghantar borang, dan kemudian bercadang ke Ipoh Parade utk mencari novel baru.

Semasa dikaunter urusan, suami menelefon dan suara cemas, mengatakan Naufal tengah kejang dan pengsan. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu cemasnya saya, tapi saya control sementara menunggu teller menyelesaikan borang saya. Tetapi suara suami sangat cemas dan panik seolah2 menyuruh saya sampai ketika itu juga.Saya terus memandu laju ke office suami setelah menghantar rakan yang menemani saya ke office semula.

Memang pagi itu badan Naufal agak panas, tapi ubat demam telahpun diberi dan saya juga turut berpesan pada emak mertua agar memberi lagi ubat demam dan basahkan kepalanya macam biasa. Bukan Naufal tak pernah demam , bulan ini sahaja dah 2 kali demam . Disebabkan waktu pagi keluar rumah cuaca agak sejuk , Naufal meminta saya menyarungkan baju sejuknya.

Dalam perjalanan dari Ipoh ke Bt Gajah, saya memberi adik ipar dan mak mertua agar diletakkan ais batu dikepalanya kerana suhu badannya terlalu panas. Mereka memberitahu Naufal dah okay dan menangis. Sebaik sampai ke rumah emak mertua, Naufal sedang menangis, dan badannya memang panas badannya. Kasihan anak mama masih lagi tersarung baju panasnya di dalam pelukan Opahnya. .. Patutlah lagi panas. Rupanya Opah pun ikut menangis bila cucunya kejang-kejang dan panik untuk berbuat apa2.

Saya dan suami terus ke Hospital Batu Gajah, lepas ubat punggung (ubat demam mcm roket masuk ikut dubur) dimasukkan , Naufal terus dihantar ke wad kanak2. Planning nak balik ke Puchong hari itu nampaknya tinggal rancangan sahaja.

Malam tu saya terpaksalah tinggal di wad bersama Naufal. Alhamdulillah badannya stabil walaupun masih demam. Terpaksa share katil kanak2 dengan membengkokkan badan disisi Naufal. Tak apa bersusah2 , saya tak mahu tidur di kerusi malas sebab saya senang meraba badan Naufal dan memeriksa suhu badannya setiap masa. Sebelum suami pulang malam itu , sempat lagi saya mengucapkan Happy Birthday kepadanya....Barulah wajahnya tersenyum hari itu. Pukul 9.00 teh tarik dan burger suami hantar ke wad sebab dia tahu saya lapar.. hehhe

Sabtu , 18.04.09, lepas breakfast, Naufal dah mula terkinja2 ingin bermain. Sebaik turun dari katil dan menyarung selipar dia mula melawat baby di bilik sebelah dan bilik depan dan bertanya itu-ini pada baby dan emak baby. Sehingga saya terpaksa mengawal naufal sebab asyik menganggu dan sesekali mengajuk suara baby yang sedang menangis ketika darah diambil. Bila ada misi lalu, Naufal akan bertanya " Doktor, naufal nak balik?". Misi pun hanya tersengih sahaja sambil menjawab "Tak boleh balik lagi, tunggu baik dulu."
Bosannya agak, saya membawanya keluar dari wad dan berjalan diluar ambil angin. Bukan main seronok lagi dia melihat kolam yang ada tortoise 3 ekor. Pantang saya lepa sikit dia sudah mula berkejaran di atas rumput.

Bila petang ramai pulak yang datang melawatnya Cik Wan (mama Muiz) , Abg Muiz (classmate Haikal), Untie (mama Aqasha), Uncles ( kawan2 suami termasuk daddy Aqasha) , Aqasha (classmate Naufal) dan of course abangnya Haikal.Ada 2 bungkus KFC untuk Naufal (mungkin secara kebetulan sebab kanak2 sukakan KFC, tapi Naufal ni susah sikit ditelah seleranya)Nampaknya mama Naufal lah yang kekenyangan. Apalagi bila budak lelaki bertemu tahu sahajalah bukan boleh duduk diam . Bermain berkejar-kejaran sampai berpeluh lencun. Naufal pun ikut sama sehingga saya tidak terkejar. Sebelah malamnya, Naufal masih lagi aktif dan melawat pesakit baru masuk dihadapan bilik . Baby kembar girl. So , Naufal dengan ramah dan selambanya bertanya itu ini dengan bapa kepada twin tersebut. Saya yang duduk tak jauh dari situ terdengar suara Naufal yang agak kuat "Kapa ada dua?" ( kenapa ada dua). Kasihan dgn bapa twin yang penat melayan Naufal itu. But I appreciate the way he treated my son.

Ahad 19.04.2009, Alhamdulillah suhunya stabil 37.00, so Naufal di benarkan keluar tengahari itu. Yahuu.. sakit pinggang dan tengkuk saya tidur dua malam di hospital kanak2.

Monday, March 23, 2009

Wilujeng Sumping Jakarta






























1) naik flight lcct 2)sarinah shopping comp 3)lunch di garuda 4) dlm masjid istiqlal 5)masjid 6)teh botol n bakso


Waduh.. capek sekali. Berada di Indonesia dari Jakarta - Bandung, memang sudah lama saya idamkan. So, pada 18 march, saya , suami dan rakan suami serta isterinya terbang ke Jakarta tru Air-Asia. Dan saya pula merupakan kali pertama menggunakan perkhidmatan tersebut dan juga pengalaman pertama naik kapal terbang. Takut? Tidak langsung.

Turun airport Jakarta, Pak Mus ( supir) sudah pun menunggu kami dan membawa kami ke Orchard Hotel. Then terus ke Restoran Garuda untuk menikmati nasi padang yang memangnya enak, jauh beza dari nasi Padang di sini. Then kami pusing2 di Jakarta dan pergi ke Sarinah, shopping complex yang besar dan sememangnya popular di situ. Byk hasil kraftangan ada disitu. Setelah puas pusing2 saya menyambar dua helai kain yang bersekali dengan selendang untuk dibuat baju .

Kemudian kami singgah ke Monumen Nasional. Memandangkan Indonesia sedang sebuk dengan pemilu ( pemilihan undi ) bulan April nanti, Jakarta agak sesak dengan grup penyokong yang berkumpul dihadapan Bangunan Pentadbiran . Namun mereka hanya berkumpul secara damai sambil memegang sepanduk dan bendera . Yang bagusnya, hanya satu Partai sahaja dibenarkan berkumpul dan mengikut giliran dan hari yang telah ditetapkan sambil diawasi polisi (polis). Usai mengambil gambar disitu, kami bergerak ke Masjid Istiqlal. Masjid yang terbesar di Asia Tenggara dan boleh menemptkan 200,000 jemaah pada satu masa. Masjid yang mempunyai tujuh tingkat itu sangat besar. Saya mengambil peluang untuk melihat2 dan bergambar di dalamnya. Kelihatan ramai samada lelaki atau perempuan yang sedang get ready untuk bersembahyang magrib. Menurut Bapak Siregar, Masjid Istiqlal juga mempunyai sekolah dasar sehingga sekolah menengah. Dalam hati memanglah bangga bila Masjid yang dibina pada tahun 1961 dan siap pada 1978 itu , menjadi mercu kebanggaan penduduk Islam di situ. Bangunan yang besar dan kelihatan seperti convention centre itu adalah semata-mata utk menampung rakyat mereka yang ramai. Namun akan muncul jugak gereja besar di hadapan pintu masuk masjid sebagai mercu tanda rakyat yg beragama Kristian pula. Sebelah kami hanya menikmati roti cane (roti canai) dan sate. Mnuman wajib disana sudah semestinya Teh Botol ....

Sehari semalam dii Jakarta , esoknya saya ke Bandung pula.... yehaaaa



Tangkuban Perahu





















ada banyak lagi gambar nanti sambung

Tuesday, March 17, 2009

Saya adalah Punching Beg

Hari ini adalah hari yang saya rasa sangat sibuk dan rasa kalut sebab esok saya akan bermula cuti yang agak panjang. Nak update Fb pun memang tak sempat. Baca emel mana yang sempat tekan sahaja. Saya perlu siapkan tugas atau at least 70% task in progress dan selepas balik bercuti nanti saya akan sambung. Minggu ini dan minggu depan kolej saya sibuk dengan persiapan pelajar yang akan ambil mid-term, at the same time nak update dan kutip wang yuran konvokesyen 5 April. penyerahan 48 bijik laptop yang baru sampai tadi. Penat?

Ye. Saya memang penat sejak Jumaat lepas hingga hari ini saya straight bekerja tidak rest langsung. Bermula dari 13/3- 15/3 saya berada di Langkawi kerana menghadiri mesyuarat/ perjumpaan dgn YB KPT. So, byklah kerja yang sepatutnya saya boleh siapkan di office tertangguh. Yang penatnya, perjumpaan bagi zon utara yang dibuat di Langkawi tu hanya memenatkan orang Ipoh, manakan tidak perjalanan saya dari Ipoh ke langkawi sahaja mengambil masa 4 jam ( memandu) dan 1.30 jam feri. Total 5 jam setengah terbuang diatas jalan.Itu baru pergi . Waktu balik pula, naik feri pukul 11am dari angkawi , samapai K. Perlis pukul 1. Drive balik sampai Ipoh pukul 7.30 mlm. Esok Isnin kerja mcm biasa. Perjumpaan yg serupa di KL yang telah lepas , tidak pula dijemput wakil dari Ipoh kerana kami termasuk di zon Utara. Alahai, perjalanan Ipoh -KL baru 2 jam. Dah latu majlis perjumpaan yang berlangsung di Langkawi Lagoon pada hari Sabtu 14/3 , sepatutnya bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 5 ptg, TETAPI atas sebab salah seorang presentor tak hadir, maka majlis itu dipendekkan sehingga ke tengahari. Rugi? Ye rasa rugi dan ralat.. kerana harga perjalanan dan logistik adalah tidak berbaloi dgn ilmu yang saya dapat. Makan? Part itu sahaja yang paling sedap.

Berbalik di office. Saya bertuah ada practicum trainee yg menjalankan industrial training itu di bawah seliaan saya, memang sangat boleh diharap. CT, memang byk membantu saya mempercepatkan penyudahan kerja dan menjadikan kerja saya working in progress and fast.

Biasalah dalam pada saya mengendalikan pelbagai hal ehwal operasi , bukan mudah utk saya puashati kan semua pihak. So, dlm keadaan yg agak stress jugak tadi, saya dipanggil Boss (KE). Rupanya ada student yg bengang kerana saya pernah melayan pertanyaanya dalam 3 minggu yg lepas dgn wajah yang layu ? Aik? Logik?Hmm.. maybe blusher saya kurang kot. Dan lagi katanya, kenapa bila dia jumpa Boss saya itu dia paham semua penjelasan masalah yg dia hadapi. Hmm... bagus alhamdulillah , akhirnya paham jugak. Dalam pengiraan saya byk kali jugak saya dok explain kat dia. Bukan sekali dua. Byk kali siap dgn report ledger. Maybe dia tak paham Bhs Melayu saya kot. Mula2 saya pening jugak memikirkannya. Yelah, Boss panggil saya supaya pelajar itu boleh menengking dan menghamun saya... saya? nak mengamuk jugak ke? Eh! Tentu lah tidak! kerana kebodohan saya belom setahap pun dengan dia. Besar tahi hidung pun tidak. Haruskah saya menjerit jugak kerana kebiadapannya ? Perlu ke? Tidak juga. Lagi katanya (dlm keadaan menjerit) saya bantu dia utk dapatkan kerja part time dulu pun adalah atas sebab arahan dari Boss. Pd waktu itu Boss hy sedang memerhati situasi dramatik itu. Aik? Dah kau tak datang jumpa saya terus dan tanyakan jika ada kerja kosong apasal? Salah saya juga ke? Tak reti2 baca notisboard yg saya selalu update dgn vacancy? Sebelum hari muka saya layu dan puyu (katanya) , elok saja dia boleh bersembang dan share tentang tpt kerja yg tak sesuai dgn diri dia kerana kerja yang dijanjikan adalah kerani tapi akhirnya menjadi cleaner. Boleh pulak kita gelak2 agar jadikan iktbar tak ubah seperti Tipah tertipu.Itu dulu. Hari ini? Aik sudah cerita lain ada tokok tambah. Berlakon? Mungkin. Terror jugak . Kahkahkah! Tak sampai tahap un.

Rasa geli tali perut pun ada. Selepas menghamun dia mula menangis kerana terlalu marah dan bengang dengan semua keadaan. Rupa2nya barulah saya sedar dia perlukan 'punching beg' and need something to blame on what had happened to her. Sebenar dia bengang bila PTPTNnya tak masuk lagi dan duit refund dia masih belum terima and on top of that laptop yang sepatut dia dapat pun still pending. Hmmm... jadi bila dia komplen pada Boss... dan cuba menyalahkan semua itu pada seseorg, dan pada masa yang sama ada pulak orang yg mendengar luahan hatinya yg entah keberapa kali itu dan menenangkan keadaanya, jadi saya adalah orang yang terbaik untuk dia letakkan beban keadaan dirinya itu, hmm ini jugak salah satu cara utk dia melegakan hati perutnya dan mentalnya yg sdg stress. Tak apalah. Sedikit pun tak luak duit poket saya mendengar suara yg serak2 itik serati itu menyerang dan menghamun saya. Simpati lagi adalah. Manataknya masalah dengan boyfriend, kawan2 kolej pun tak ada, duit pun tak ada. Cari kerja pun tak dapat ( sebab tak cukup berusaha). Attitude pun problem. Kalau saya saya ada company pun, saya tidak akan ambil individu sebegini bekerja kerana masalah peribadi diheret bersama dan palitkan sekali pada orang lain, satu lagi wajah pun tak pernah senyum. Blusher? Jauh sekali.

Tapi dalam apa jua keadaan pelajar.... saya perlu ingat saya adalah Punching-Beg... kerana mereka adalah betul! Uwekkkkkkkk

Saturday, February 14, 2009

Malas

Haha sememangnya bila membaca post Kak Yati, saya pun terjangkit dengan malas yang diceritakannya. Cuma saya sedikit berbeza ceritanya.
Dalam keadaan di negeri Perak yang agak tidak stabil dek kerana dua kuasa cuba merebut tampok pemerintahan, menjadikan saya semakin malas nak berfikir dan berpihak mana-mana. Bukan tidak ada rakan-rakan yang sebuk bertanya tentang Negeri Perak sehingga saya sendiri pun tidak tahu bagaimana nak cerita dan mana satu nak percaya. Tidak semua media mengeluarkan berita yang tepat. Rumors dan cerita orang jangan cakaplah semuanya mengelirukan. Setiap hari ada sahaja jalan ditutup sehinggakan Ipoh yang tidak pernah sesak mula sesak . Kadang-kadang kereta terpaksa berhenti kerana memberi laluan kepada Paduka Sultan dan para VVIP. Semua ini berlaku di depan mata saya hampir setiap hari kini. Sementelah pejabat terletak di hadapan jalan utama , Jalan Sultan Idris Shah.
Ahh..Malasnya nak berfikir bagaimana tamatnya cerita dua orang yang sedang berebut kuasa
Malas nak fikir siapa yang haram siapa yang halal.
Malas nak berfikir betapa kenapa setiap orang meletakkan nilai yang begitu tinggi pada apa yang dinamakan 'undi'.
Malas nak fikir kenapa ada yang suka berbaring di atas jalan.
Malas nak fikir bagaimana rapohnya ikrar yang diucap sehingga sanggup berpaling.
Malas juga nak fikir kenapa sumpah boleh ditarik balik.
Hmm malasnya nak fikir bila rakan-rakan memberi analisis sendiri dan bercerita macam dia pulak ahli politik... opps ini bukan malas nak fikir tapi malas nak dengar dah......
Hanya doa saya panjatkan agar tidak berlaku huru-hara dan Perak aman damai semula, dan biarlah saya dapat terus mencari rezeki di bumi ini dan rasa bertuah kerana masih lagi berpeluang pekena kopi di mana-mana kopitiam sebelum pulang ke rumah...

Saya hanya insan biasa yang suka tengok WonderPet dengan anak-anak.
"Kami tak besar dan kami tak kuat , bila berkerjasama semua jadi mudah....apa yang penting.. kerjasama..apa yang penting ...kerjasama...

Sunday, February 8, 2009

masih di persimpangan

Jika menyoroti usia yang makin lanjut,rasa macam sudah terlambat untuk menyambung study diperingkat master.. Cita2 yang masih kukuh di hati tapi semangat yang kian pudar. Dulu teringin nak jadi Cikgu minta setiap tahun tapi tak pernah dapat. 2009 , umurdah 35, so ramai yang kata tak boleh apply cikgu dah. Hm nak sambung master , byk benda nak kena fikir.. macam2 kadang2 benda yang kita tak patut fikir pun kena fikir... Tapi kadang2 tu terfikir jugak orang tak pernah fikir pun pasal diri kita.
Hm entahle. Dari semalam saya dan Intan berbincang tru sms mengenai application ke UPSI. Kalu ada geng syok gak. Tak le boring sangat atau terkial2 nak buat assignment sorang.
Sorry lah hubby, saya kena pikir juga apa yang saya minat,mampu buat dan yang saya inginkan selama ini. Saya penat dah nak menunggu atau fikir pasal keluarga abang yang entah sampai bila-bila cukup 'menyemakkkan' fikiran saya. Sorry if those word hurts. But it hurts me more then I thought....
Banyak lagi benda yang saya nak buat antaranya..
1) Siapkan novel yang pertama
2) Bekerja dengan organization yang yang boleh build up career and life. Pendek kata work for career.
3) Own business sendiri..
4) Anakyang ramai hahahahha...mcm tak sempat je..

Tuesday, February 3, 2009

Cuti Jubli Perak

Hari ini Perak merupakan cuti umum sempena sambutan Jubli Perak oleh pemerintahan Tuanku Sultan. Sudah tentu hari ini adalah untuk keluarga. Haikal yang kini sudah sebulan bersekolah di Tahun 1, sudah 2 minggu merengek ingin ke sekolah agama seperti rakan-rakannya yang lain. Jadi hari ini saya mencari persiapan seperti baju melayu dan buku Iqro' untuknya. Penat juga mencari baju Melayu dari Tesco hingga ke Silibin kerana kebanyakannya tiada saiz untuknya kebanyakannya hanya tinggal saiz s dan L, XL. Akhirnya dapat juga saiz Haikal walaupun lubang kepala agak sendat sedikit. Takpalah , pandai saya retas jahitnya nanti.

Esok bolehlah dia memulakan hari pertamanya di Sek. Ren Agama Rakyat Nurul Iman di Pengkalan bersama teman baiknya Muiz. Apa-apapun terima kasih kepada Mama Muiz , Kak Wan sebab banyak membantu saya menguruskan pendaftaran dan pengangkutan sekolah agama untuk Haikal dan terima kasih daun keladi juga sebab sudi tunggu Haikal di pintu pagar sekolah, bila kadang-kadang saya lewat tiba menjemputnya.