cool to share
Wednesday, January 21, 2009
Isnin yang sibuk
Baru nak duduk semula di kerusi, sorang student masuk dengan muka yang sedih. Kemudia dia menangis nak balik Kuching sebab rasa diri tak sesuai dengan Ipoh dan 1001 lagi alasan, saya mula rasa bermulanya problem saya pada hari itu. Cakap banyak pun tak guna budak tu tetap berkeras nak balik sana jugak. So saya pun suruh dia isi borang transfer balik ke Kuching. Dalam hati bengang jugak yang mula-mula gatal nak pindah and belajar kat Ipoh ni kenapa.. dah elok-elok kat Kuching. Penat saya usung beg dia bila baru sampai pada Hari Jumaat lepas dan bawa ke hostel. Tapi muka tetap senyumlah.. so lepas isi borang budak tu pun belah, tunggu Sabtu flight ke Kuching. So, malas saya nak fikir , itu pandai2lah sendiri, lagipun dia bukan student Ipoh lagi.
Then masa saya tengah menyuap nasi pukul 2pm, sorang student tegur saya nak jumpa urgent . Ada bapanya sekali.Pulak! Hati saya sedikit risau tapi tak apa. Demi tugas.
Selepas mempersilakan kedua-dua duduk mereka pun menceritakan hal yang sebenar. Rupa-rupanya nak tukar tempat praktikum kerana tak sesuai dengan company yang kami dah pilih sebelum ini. Dua bulan saya uruskan pelajar agar mendapat tempat praktikum atau latihan industri . Macam-macam kerenah dan problem.
Hari tu 19hb adalah hari pertama dia report duty sepatutnya. Kulitnya habis merah dan allergy kerana tak sesuai di tempat itu banyak habuk dan panas. Bapanya menokok nambah agar tempat praktikum itu tak jauh dari rumah senang dia hantar dan ambil, kalau boleh dia nak anak dia explore banyak perkara dalam bidang yang dia ambil. Hmm graphic. Sabar jela... kalau awal-awal kan senang. Boleh saya cari tempat lain. Tak apa... saya mula berfikir dan semak list student yang lain. Kedua beranak itu hanya merenung saya dengan pandangan yang meminta pertolongan. Terus capai telefon dan mula bertanya dengan CEO salah satu syarikat jika boleh dia terima sorang lagi student. Maaf dah penuh. Hmm saya dail satu lagi nombor . Saya bernasib baik sebab dapat bercakap dengan pegawai yang dikehedaki, alhamdulillah dia memang sempoi. Terima kasih En Jamri. Masalah pelajar tadi setel dan bapanya tersenyum puas hati seraya berkata " You memang hebat dan cekap. Saya suka berurusan dengan Puan selepas ini.Terima kasih banyak-banyak."
Saya tersenyum. Terasa bangga dan berbaloi. Rupa-rupanya hari itu berlalu dengan satu kepuasan yang sukar saya gambarkan.
Tuesday, January 6, 2009
Hari Pertama di Sekolah Naufal

Inilah hasilnya. Pertama kali ambil gambar di kedai. Susah sebenarnya menyuruh Naufal tersenyum tanpa nampak gigi.
Hari ini hari pertama dia kesekolah. Dari rumah saya tidak memakaikan Naufal pampers sebab saya cuba berlagak confident. Setiap kali saya bertanya Naufal kencing kat mana, jawapan yang tetap sama keluar dari mulutnya; "dalam bilik air".
Selepas menghantar abangnya Haikal ke tempat transit , saya terus ke Batu Gajah dlm 30 min dan singgah mengambil Opahnya terlebih dahulu sebab nanti senanglah emak mertua saya ingin mengambil cucunya setiap hari. Turun sahaja kereta dia bagitahu " Kencing lah mama ". Aiseh satu hal pulak saya menyalin dan membasuhnya dan menukarkan baju yang lain. Mungkin terlampau excited sehinggakan dia tak beritahu saya. Kali ini saya sarungkan pampers terus. Hmm kerusi kereta depan nampak basah. Tak apalah balik nanti saya basuh.
Sampai di sekolah (3minit drive dari rumah Opah), Naufal sangat teruja, muka cool sahaja dengan tersengih seperti dalam gambar di atas. Saya pimpin tangannya terus masuk . Aiseh kat depan pintu sorang pelajar perempuan melalak-lalak macam Haikal abangnya masa 1st day masuk tadika. Saya dan Naufal terus jumpa guru dan serahkan borang dan buat pembayaran. Naufal diletakkan semeja dengan pelajar 4-5 tahun lelaki.
"Mama balik tau". Saya menghulurkan tangan dan Naufal menyambut salam dan mencium tangan saya. Selepas mencium dipipinya saya pun keluar dan melambai2 tangan. Sebelum beredar saya memerhatikan gelagatnya. Dia mengeluarkan pensel warna yang saya belikan untuk dia semalam. Muka masih tersenyum tapi malu2 dengan kawan2 disebelahnya. Hmm mungkin sebab dia paling kecil dan mulutnya tak lekang dengan senyuman jadi ramai yang menegurnya.
Cikgu bagi arahan supaya beratur. Barisan lelaki dan perempuan. Naufal paling kecil so dialah berdiri paling hadapan di barisan lelaki. Bermula Al-Fatihah, dan tiga Qul di akhiri doa penerang hati. Nampaklah mulut Naufal terkumat-kamit cuba mengikut. Ayat2 itu dia biasa dengar dari mulut abangnya atau saya ketika mendodoikan dia tidur. Kemudian lagu Negara Ku dan lagu Kemas, dia hanya memerhati sahaja muka Cikgu dan muka pelajar perempuan yang mungkin pada dia nampak sama seperti kakak sepupunya Kak Yuyun. Mulutnya sedikit terlopong bila dia gagal mengikut lagu yang dia tak pernah dengar.
Kemudian beratur untuk mengambil minuman. Jika di rumah, cawan yang berisi yang dipegang setempat pun selalu tumpah inikan pula jika dia perlu membawanya ke tempat duduk. Saya memerhatinya sahaja dari luar pintu dengan hati berdebar-debar. Giliran dia , pandai pula dibawanya cawan berisi air milo separuh itu perlahan-lahan dan terus duduk . Nasib baik tempat duduknya tak jauh. Masa dia berjalan pun kanak-kanak yang lain bagi laluan pada dia.
"Jangan minum dahulu tunggu baca doa". Laung Cikgu kepada semua pelajar. Saya lihat Naufal telah meneguk air beberapa kali. Hmm tak paham arahan rupanya. Selepas doa dibaca , Naufal dan rakan-rakan semejanya pun menghadap air milo dan biskut. Saya pun berasa lega kerana everything seems to be okay.
Monday, January 5, 2009
Hari Pertama di sekolah Haikal
Friday, January 2, 2009
FIRST DAY AT SCHOOL (Registration)

Haikal ketika di Tesco selepas habis sesi pendaftaran pagi tadi. Sangat mengantuk hingga nasi ayam yang diorder tidak ijamah.Friday, December 26, 2008
Hari ini dan Esok
Kehidupan berkeluarga bersama suami dan kerenah anak-anak adalah saat yang paling membahagiakan dan tidak ada galang -gantinya dalam dunia ini. Inilah prioriti dan saya akui memang akan terasa kekurangan jika momen itu tidak berulang walau sehari. Terutama jika sibuk bekerja dan perlu outstation. Ah! Rindu pasti bertalu-talu datang walaupun raut wajah saya sangat selamba. Tahun 2009, saya berdoa dan amat berharap agar rumah impian menjadi kenyataan. Mudah-mudahan Tuhan memakbulkan doaku agar dapat menduduki rumah baru di tahun 2009 nanti.
Alam kerjaya saya , hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin Tuhan belum lagi mahu menunjukkan jalan bagaimana saya boleh excel dalam bidang kerjaya. Namun yang pasti saya akan terus berusaha. Jika kelak nanti saya perlu memulakan langkah di alam pekerjaan yang baru saya sentiasa bersedia. Of course, jika kerjaya dan keluarga perlu dibuat pilihan, saya sanggup melepaskan kerjaya dan memilih keluarga, walaupun kerjaya yang menanti itu adalah kerjaya yang saya idamkan selama ini dan angka 'kosong' yang diberikan adalah lebih banyak dari yang sekarang. Jika itu yang perlu saya lepaskan , saya redha. Jika tiada lagi not-not merah dan biru masuk ke akaun saya seperti biasa, saya juga sanggup dan perlu bersedia, namun tidak sesekali sanggup mengorbankan masa dan berjauhan dengan keluarga dan anak-anak.
Jika saya renungkan semula, keluarga dan kerjaya saya kini, alhamdulillah tiada cacat cela. Mungkin inilah yang saya doakan saban malam, dan Allah SWT telah memakbulkan doa saya walapun kadang-kala saya terlupa dan alpa untuk menyatakan kesyukuran. Kerjaya yang biasa-biasa tapi masih punya masa dengan anak-anak pada waktu malam, hujung minggu masih boleh menonton dan membaca dengan anak-anak. Bukankah itu yang lebih penting?
Apa yang saya harapkan di tahun 2009? Saya mengharapkan kebahagiaan saya ini berkekalan, memohon rezeki saya pada tahun ini akan lebih berlipat kali ganda dan memohon agar dibuka lagi jalan dan ruang untuk saya memperbaiki kehidupan saya dan diri saya. InsyaAllah
Sunday, December 14, 2008
Hari ini
"Berdebar-debar rasanya".
Bakal pengantin menyuarakan rasanya sebelum dia bercuti panjang.
"Relakslah, memang la takut tapi teruja tau". Saya mengenyitkan mata.
"Entahlah kak. Tak tahu bagaimana nak mulakan nanti. Nak terus terkam ke atau simpan dahulu".
"Eh! kata orang tua-tua, elok di rasmikan di rumah perempuan. Petua ini kononnya agar pasangan kita tak berat hati nak pulang ke rumah kita".
"Entahla kak. Kalau dah penat-penat mengemas rumah selepas kenduri, alamatnya dua-dua terus berdengkur. Maklumlah kenduri masak sendiri. Penatlah sikit.
Kami terburai ketawa.
"Yelah tu. Entah-entah terus on je". Saya cuba mengusik.
Saya tidak habis-habis berpesan supaya segala persiapan diri jangan dilupakan. Maklumlah, biarlah malam pertama adalah malam yang diingati untuk selama-lamanya. Sebagai perempuan tidak boleh diri kita sekadar tangkap muat sahaja bila menyiapkan diri untuk suami. Yelah, selama hari ini, muka, tangan dan hujung kaki kita sahaja yang dia nampak. Kalau malam itu , ada pulak kurap panau di badan , tak ke malu besar??
Ah!! nasib baik zaman saya sudah berlalu. Saya memang menitik beratkan kesihatan dan kebersihan.
Saya teringat cerita seorang kawan saya , yang bersiap secara berlebih-lebihan pula. Lagi seminggu perkahwinan, dia sibuk pergi ke Spa, berlulur dan bertangir menggunakan rempah ratus yang disediakan di Salon itu.
Apalagi, malam pertama, suami rasa tak tahan dengan bau rempah di badan isteri. Suami rasa pening dan nak termuntah. Akhirnya malam pertama keramat itu berlalu begitu sahaja. Jika selepas dua minggu baru nak rasmi, tak sesuailah panggil malam pertama. Yetak?
Wednesday, November 26, 2008
Goodbye My Friends...21112008
Ana, the coolest and most patience and generous woman I ever known. Banyak perkara yang Ana kongsikan dengan saya, segala masalah Ana hadapi dengan tabah. Akhirnya Allah SWT makbul juga doa Ana dengan kerjaya kini sebagai pensyarah Uitm di Shah Alam dan dapat kembali semula kepangkuan orang tersayang..
Dira, the hardworking , energetic and always 'on the move' woman. Business minded and also coffee lover like me...
Sebenarnya pada hari terakhir mereka di Cosmopoint, saya menjadi agak pilu mengenangkan selepas ini tiada lagi Ana dan Dira menemami saya minum pagi mahupun lunch. Momen-momen sarapan pagi di cafe, adalah momen yang paling ceria. Ana, Dira, Mul dan kadangkala ada Rin akan menceriakan waktu pagi saya dengan cerita 'panas' atau 'sejuk'. Momen-momen itu saya rasa sedikit sebanyak membantu saya memulakan hari bekerja dengan penuh semangat.
Dan yang paling mengesankan bila pagi Selasa 26112008, jam 8.30am, dengan penuh selambanya Mul bertanya saya "Mana Kak Ana ni, tak nak breakfast ke?".
"Weh! hang ni kenapa?" Saya membulatkan mata sebelum tergelak-gelak.
"La... lupa Kak Ana dah resigned.." Mul buat muka sedih pulak.
"Jomla Kak Shila temankan hang ..."
Terima kasih kepada kalian kerana kehadiran yang hanya beberapa bulan sahaja ,sebenarnya kewujudan kalian sebagai sahabat, adik, motivator, pak lawak , pelakon, penyanyi, pembantu dan dll adalah penuh bermakna buat kami yang masih tinggal dan terus bekerja di sini.
Kepada anda berdua, selamat menjalani tugas di tempat kerja baru dan jangan lupa kami.