cool to share

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Hari Guru datang lagik.. Malam tadi sambil menyiapkan tugasan di kampus bersama dengan rakan sekelas, baru teringat Hari Isnin adalah hari Guru. Anak bertuah , Haikal telah ku soal minggu lepas nak beli apa untuk Cikgu. Senang sikit nak plan. Dah la mamanya sibuk dengan kelas dan nak exam lagik. Jawapan selambanya ialah tak ada apa-apa. Haikal tak nak bagi apa-apa. Isk pelik betul. Anak kawan baik aku, Muiz siap plan nak 8 hadiah untuk Cikgu. Mungkin Haikal masih rasa bersalah sebab tak beli bunga untuk mama masa hari ibu. Masa aku dah merajuk 3 malam lepas , bila aku balik dari discussion grup , ada kertas A4 yg dilipat jadi kad tertera perkataan Haikal sayang mama, ayah dan naufal, Selamat Hari Ibu. Kembang kejap.

Okay berbalik kepada topik guru. Pikir punya pikir aku dah buntu. Jam dah pukul 8 malam. Isk! mana nak carik bunga malam2 buta. Last2 aku call Kak Wan. Secara kebetulan pulak dia pun baru nak keluar dari rumah cari gifts untuk anak dia. Wah aku pun apalagi tumpang order. Senangkan bila kita ada kawan.... So today Haikal bawak 8 hadiah untuk Cikgu dan Cikginya. Dah sejak malam tadi aku berpesan banyak kali bagi pada Cikgu sorang2 bukan bagi beg plastik. Bebelan aku ni hanya berhenti selepas Haikal turun dari kereta pagi tadi.

Kenapa aku peringatkan Haikal sebab masa 2 tahun lepas, sambutan hariguru Tahun 6 di Tadika (2008). Haikal pun bawak hadiah untuk guru-gurunya. Ada 7 mug dan semuanya aku balut dengan kertas hadiah dan tulis nama guru-guru berdasarkan nama panggilan yg dia biasa panggil. Semua tu aku letak dalam beg plastik . Rasanya berpuluh2 kali pesanan bagi hadiah pada Cikgu ikut nama guru-guru yang ditulis. Apa jadi? Selepas sahaja aku tinggal Haikal di sekolah tadika, dia terus bagi pada Cikgu (penyambut yg bertugas) sambil menghulurkan satu bundut beg plastik . Sambil berkata "Nah Cikgu. Mama yang kasi. Mama beli dekat Pasabina semalam!" ( Di ceritakan semula oleh Cikgu itu ).

Aduhai....


Friday, May 7, 2010

meeting

Hari ini pengalaman pertama aku mengconduct meeting utk Committe Academic consists of Drs and Profesors. Being in the teams dengan para Doktor perubatan n Prof , and Dato mostly semua in medical line kejung jugak aku nak mengcatch-up all the medical terms and words. Jem jugak otak bila nak eja psychiatry aku blank kejap. Meeting minutes kena ambil dengan cepat. Barulah aku tahu being a a secretariat in a comittee , kena bertindak as moderator,coordinator , facilitator and not forgetton minutes taker. But so far alhamdulillah semua nya aku buat sehabis baik. It was not a one day job. Lepas ni ni nak siap minutes meeting....
Apa-apa pun aku rasa aku sudah berada dalam satu fasa yang baru di sini....

Tuesday, May 4, 2010

sekadar biasa

alhamdulillah.. sehingga ke hari ni aku masih mampu menjalani kehidupan biasa...setelah 33 hari bekerja di tempat baru. byk perkara baru yg aku belajar melebihi dari perkara yg aku tak ingin belajar.... lain kali aku cerita.

hari ni juga lebih 120 hari aku bergelar pelajar. sedaya upaya mencuba untuk memastikan semua aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini juga mampu di lakukan pada masa ini. menjadi pelajar semula sebenarnya menuntut kekuatan mental, fizikal dan memerlukan daya ketahanan penyakit... tak boleh kena sakit selalu hatta selesema sekalipun. sedar tak sedar kita sudah hampir ke separuh tahun 2010. aku belum boleh berbangga dengan pencapaian aku hari ini.. hanya biasa-biasa aja... mungkin ayat biasa-biasa aja telah menjadi 'sumpahan' buat ku sebab masa di uni dulu seringkali aku ungkapkan aku dari fakulti biasa-biasa aje yg sebenarnya bermaksud Bba ( Bac of Bus Admin)... impian menjadi seseorg yg luar biasa ... aku pun tak pasti...

Sunday, February 14, 2010

the girl's story

I have a sad story, the story goes like this.
Once a upon a time, a beautiful girl bought a very beautiful handbag. She was so happy and told all her friends about it. One day, the handbag's was broken and the zip cannot be used anymore. So she sent it to the shop to get it repaired. After 4 months , she was so happy that the bag was successfuly repaired and impatiently holding it in the shopping bag plastic. While she was walking, she was fascinated with a beautiful dress and tried the dress in the fitting room. She hang the plastic bag on the wall. Then she realised that the dress doesnt suit with her as she looks so awkward in a 12 years old 'pinafore'. She went out from the fitting room and returned the dress to the salesgirl and straight to the garments's dept. After 10 minutes she realised that she has left the handbag in the fitting room and rushingly went back to the place and found nothing in there. She was panicked and asked the salesgirl, and to her surprised the salesgirl has returned it to the lady who just left the fitting room a few minutes ago. After found the lady, the girl and the salesgirl asked about the plastic bag. With disturbed face and annoyed voice the lady showed a basket of full of the same shopping plastic bags (7-8 bags) with the message shown on her face please go away and dont disturb her, I am innocent. The lady did not try to check or open her things and it make the girl feeling very guilty to disturb people's privacy or to do a spotcheck on other people things!. The girl has erlier thought that all she got to do is to open all the plastic bags and check one by one. Ahhh! she got confused. The lady did not even look to her face. She seems not even bother to them. The girl feeling so embarassed and just left the lady after said sorry. She comforted herself by thinking that the salesgirl might has given to the wrong person. With that lady's appearance , she seems rich and wealthy to take other people belonging or to simply receive what ever things which does not belong to her. The girl went home feeling frustrated and accepted her carelessness.... The end..

Thursday, January 21, 2010

Gigi oh Gigi!

Wah.. lambatnya saya update blog ini, bukan tak nak tulis dan tak ada cerita , tapi byak cerita yang saya terpaksa tapis dua-tiga kali terlebih dahulu dan kena fikir 10 kali.. sebab saya tak pandai nak cerita kias2 selalunya straight to the point...walau nama saya tukar, tapi still boleh tahu sebab blog saya boleh dibaca di facebook... so to be menjaga hati orang dan still nak cari makan.. baik saya tak cerita . Tunggulah kalau saya dah terror menulis mcm novelis Kak Yati tu, tentu penggunaan ayat2 saya lebih tersusun dan indah sehingga si pembaca tak tau saya menulis tentang dirinya... ihik.

Okay sebenarnya saya nak bercerita satu kisah Haikal. Dua hari lepas balik sekolah dia mengadu gigi depannya goyang. Malam tu lagi kuat goyangnya maklumlah gigi susu. Saya nak tarik dia tak bagi , ayahnya pun melarang.

Esok pagi dia bersiap seperti biasa pergi sekolah agama. Tapi muka murung sebab mungkin sakit gigi depan yang dah bergoyang kuat.
"Aik! kenapa hari ini muka selekeh? Tak hensem. Rambut tak berminyak, baju tak berbutang, sampin pun senget". Saya ketawa melihat Haikal dah siap sedia duduk dalam kereta tapi muka tak terurus dan masam mencuka.
"Oooh sakit gigi ye tu yang tension tu".
Selepas membetulkan rambutnya dan bajunya saya menghantarnya ke sekolah agama.
Seperti biasa, pukul 6 .20 pm saya akan menjemputnya di sekolah kebangsaan pula.
Nampak sahaja mukanya di pintu pagar dia sudah tersengih. Sah! Giginya dah tanggal.
"Mana gigi?"
"Dah jatuh". Jawab Haikal selamba.
"Gigi Haikal jatuh dalam botol air Aiman." Kawannya Muiz menyampuk.
Saya dah terkejut beruk. Kak Wan , mama Muiz sudah terkekeh-kekeh gelak.
"Macam mana boleh jadi macam itu?"
"Haikal nak minum air Aiman, terus giginya jatuh dalam botol air tu." Muiz menerangkan dengan panjang lebar.
"Habis tu mana giginya?" Saya tanya Haikal.
"Dalam botol Aiman tak boleh nak ambil." JAwab Haikal perlahan.
Saya tak tahu nak marah atau nak tergelak. Saya menjegilkan mata pada Haikal.
"Kenapa minum air Aiman? Air Haikal kan ada?". Haikal diam je mungkin sedar salahnya.
"Habis tu , Aiman minum ke air botol tu?"
"Mula-mula tak ada gigi, Aiman minum la, tapi bila ada gigi dia dah tak minum". Haikal jawab depan ayahnya. Ayahnya pulak gelak sakan.
Aduhai. Sabar je dengan anak bujang ni. Kesian pulak Aiman nak terangkan pasal gigi tu. Apala agaknya ibubapa Aiman cakap pasal hal ni.

Tuesday, December 8, 2009

07122009


Tarikh semalam merupakan tarikh keramat buat Haikal. Mana taknya bila tarikh lahir yang ke 7 tahun juga merupakan tarikh berkhatan aka masuk jawi atau paling senang bersunat! Tarikh itu yang paling sesuai dan kosong di klinik berdekatan rumah kami. Keinginan bersunat tu dah lama saya pupukkan dan terangkan pada dia.
"Haikal kena sunat sebab tujuannya ialah untuk kebersihan. Haikal dah jadi budak besar dah tak perlu merengek-rengek atau mengada-ngada macam Naufal."
"Kalau macam tu Haikal nak sunat cepatlah mama."
"Okay kita tunggu cuti sekolah dan lepas raya ".

Bila tiba harinya, Haikal nampak cool. Pulang saja dari pejabat semalam saya bawa Haikal ke klinik Sharina. Semasa menunggu giliran barulah Haikal nampak agk diam dan pucat jugak mukanya. Tambahan pula kawan baiknya Muiz meraung-raung di dalam bilik rawatan semasa sunat dijalankan. Naufal adiknya dan mundar-mandir kat luar dan sekejap2 memeluk saya sekejap2 melompat2. Bila ditanya NAufal nak sunat atau tidak dengan selamba saja dia menjawab , Naufal kecik lagi.
"Tengok ni kecik dan lembik je". Naufal menarik seluarnya dan menunjukkan 'bird'nya pada saya. Kelakar pulak, bila dia beria-ria menunjukkan bahawa dia masih kecil dan tak perlu disunatkan segera.
"Haikal jangan takut tau. Haikal kuat macam kena cucuk kat hospital dan sekolah je . Tak sakit kan?". Haikal angguk. " Tak menangis pun kan?". Haikal angguk lagi.

Bula tiba gilirannya HAikal masuk dengan ayah dan mama tunggu kat luar je lah dengan Naufal. dari luar senyap je. Petanda yang baik. Selepas hampir 15minit semuanya selesai. Alhamdulillah.

Friday, November 20, 2009

sayu..

malam tadi hati saya sayu sesayu sayunya ...seperti biasa naufal dan haikal akan baring disebelah kanan dan kiri saya dan saya akan membaca al fatihah, ayatul kursi dan beberapa surah pendek yang lain sebelum tidur, naufal biasanya minta di tepuk, kadangkala haikal bila dtg mengada-ngadanya juga pinta di peluk dan ditepuk seperti adik . naufal memang suka pinta digaru bila gatal. pinta digosok belakang hingga terlena. tiba-tiba saya terbayang-banyangkan wajah anak-anak yatim di darussalam. terutama yang masih kecil 6-7 tahun yang tidak mengerti apa-apa. mereka seronok dengan kehadiran tetamu yang bersilih ganti dan membawa pelbagai hadiah , namun kegembiraan itu hanyalah sementara. siapakah yang benar2 menyayangi mereka? seperti sayangnya saya pada naufal dan haikal. bila saya membayangkan jika naufal dan haikal berada di tempat mereka , naufal dan haikal juga akan menerima nasib yang sama. senyum bila tetamu sampai , salam cium tangan bila tetamu semua balik. seronok dapat hadiah stationeries atau duit raya. itu sahaja. sumbangan orang ramai tidak pernah putus, hadiah , kain baju pun sudah menimbun. tapi siapa yang sudi memeluk, mencium dan menepuk dan mencurahkan kasih sayang yang hakiki buat mereka? kasihan kan? lihat wajah mereka , mata hanya berkelip-kelip memandang sahaja wajah tetamu satu persatu yang datang dan pergi...mereka tetap di situ. kasihan nasib mereka yang lebih malang dari anak buangan. mereka punya keluarga tapi miskin dan bermasalah. bukan salah mereka. kadangkala anak tak sah taraf yang di jumpa di tepi jalan pun ramai yang ingin jadikan anak angkat dan mendidik sehingga berjaya .... tapi mereka ? ada beberapa pasangan yang terdiri adik -beradik boleh lah si abang atau si kakak memujuk si adik bila menangis. yang berseorangan...sendirilah mengubat lara. jika dilihat waktu makan, si abang akan mengambil nasi atau makanan dari pinggan si adik jika adik tidak mampu menghabiskannya. bila saya bayangkan yang dua beradik itu naufal dan haikal.. hati saya benar2 sayu......