cool to share

Monday, May 4, 2009

Chinta Naufal...

Muka orang tak bersalah. Hanya menyebut "Shori mama", mood marah yang meluap-luap pun lenyap. Gambar di atas rambut dan dahinya itu dipenuhi minyak baby oil, Naufal menuang minyak hampir setengah botol ke rambutnya dan menyikatnya sendiri. Saya hanya menyedari bila dia muncul dihadapan saya dan bertanya "Cantek tak mama?"
Tadi, sebaik sahaja saya membuka blog Kak Yati, Naufal yang ada duduk di riba saya terus menunjukkan itu buku mama. "Ya! betul". Hmm macam mana la Naufal tak ingat sebab kena marah kerana mengoyakkan buku itu 2 minggu lepas. Aduss

Ini rupa buku tersebut. Mana tak sedih buku tu saya tak sempat habis lagi baca di mukasurat 717-720, renyuk dan koyak rupanya digigit Naufal. Padahal banyal novel saya yang kadang2 saya hanya letak bersepah di sofa tak pula digigitnya. Mungkin novel secondhand, sebab saya rajin ke Novel Hut membeli novel keluaran 2-3 tahun lepas.


Aduhai nak menangis saya bila lihat buku yang saya baru miliki tak sampai 2 bulan koyak dan renyuk 4 helai mukasurat. Nak di tampal separuh lagi entah hilang ke mana. Mungkin saya sudah tervakum. Naufal kenapalah engko gigit buku yang ini? Mungkin dia geram agaknya.....



9 comments:

Unknown said...

salam shila,
pe kabo? hari tu lupa nak link kan ur blog.. mujur nampak u tinggalkan komen kat blog kaknik..
brp org anak u?

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Allah2... dpt bayangkan frustnya rasa tgk novel kesayangan terkoyak..sabo jelar..

shila said...

salam kak yong & kak nik... anak saya 2 orang hero , haikal 7 thaun dan naufal 3 1/2 tahun memang lasak ler.. marah pun tak makan saman...sabor je la..

mamai said...

antara cinta novel dan cinta naufal mana yang satu lebih berharga.....

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

salam
ala..cutenya naufal, apa punnaufal..buku chinta tu bila2 bole mama cari lagi..tapi naufal tak ada galang ganti..
nanti senang2 sheila bawak pulak naufal dan abangnya jumpa akak aik..

Lily Haslina Nasir said...

tak apa tak apa..
simpan novel terkoyak tu
esok lusa bila Naufal dah besar, tunjukkan pada dia, mesti tersengih-sengih nanti!

shila said...

mamai, kak yati ,lily.. betul tu Chinta byk dipasaran, naufal tiada galang ganti. tapi yg peliknya kenapa Chinta ? rasanya.. mungkin dia marahkan saya yang kurang melayani kerenah sebab asyik mengulit novel tu . hehehe

ain said...

laaaa....terkoyak dahhhh. tak pe, boleh cantum balik tu. Tapi kan , dulu anak akak ada koyak gak novel akak. Kak NB nyer novel gak. akak terui je beli yg baru.hehe

shila said...

ain,
nak balik yg sama , rasa kurang praktikal le pulak,cuma hilang/ rosak 4 pages jek... baik i beli novel baru yg lain hehehhe