cool to share
Thursday, October 22, 2015
Amniocentecis
Sambung cerita post Preggy part 1 & part 2. Kenapa aku menjalani amniotic test ialah tak lain tak bukan supaya aku tahu condition fetus atau baby yang aku kandung. Aku percaya pada Qada dan Qadar dan tidak akan menolak sebarang kemungkinan apabila mengandung pada umur 40an memang banyak risiko. Memang hati aku risau tapi pada masa yang sama aku harus optimis. Biar aku tahu keadaan dia sekarang dan bukan selepas 9 bulan nanti.Apa yang boleh aku buat ialah berdoa dan solat hajat moga jauh dari sebarang keburukan.
Menunggu keputusan 2 minggu sememangnya mendebarkan. Sampilah satu hari pagi yang bening dan syahdu ketika sedang driving entah tak ingat nak ke mana, Sister Rohanita dari Klinik O&G called dan terus bagitahu keputusan semua okay. Siap cakap "kamu jangan ler ghiso, semua okay . Bila nak belanja akak"? Syukur Alhamdulillah. Rasa sebeban kerisauan luruh ke kaki , kepala rasa ringan. Jantina baby pun dah tau. Result telah di faks ke HRPB dari Hospital Princecourt. Oh ya, utk kita buat test ni, kita perlu membayar sebanyak RM580 ke akaun CIMB . Meaning bayar utk lab di Princecourt. Tak ada benda free yer uols.
How sex is determined?
Humans have an additional pair of sex chromosomes for a total of 46 chromosomes. The sex chromosomes are referred to as X and Y, and their combination determines a person’s sex. Human females have two XX chromosomes while males possess an XY pairing. This XY sex-determination system is found in most mammals as well as some reptiles and plants.
Maksudnya untuk menentukan jantina setiap kromosom mesti berpasang-pasang samada kromosom X atau kromosom Y. Bagi perempuan kromosom mesti menunjukkan kromosom X hanya berpasang dengan kromosom X ; XX dan lelaki pula ialah kromosom X berpasang dengan kromosom Y. So result untuk baby Ammar terus terpapar XY... 'lelaki lagi!. Tak apalah janji dia sihat and no sign of abnormality. Syukur.
Humans have 22 chromosome pairs and two sex chromosomes. Females have two X chromosomes; males have an X chromosome and a Y chromosome.
Credit: U.S. National Library of Medicine
Ringkasnya kromosom Y hanya ada pada lelaki. So jika teringin sangat anak lelaki mesti dapat kromosom Y tu.... jika tak memang gegel la...huhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment