Tengahari Selasa lepas , salah seorang staf saya kelam kabut ingin keluar kerana ada hal emergency. Walaupun hari itu hari sibuk kerana Final Exam sedang berjalan, saya benarkan juga dia pergi tanpa banyak soal. Sebelah petang barulah staf saya yang lain memberitahu bahawa kembarnya kemalangan dan berada di hospital. Paling memeranjatkan ialah kakaknya itu diserang oleh 4 orang lelaki dan disimbah asid ke muka dan di dalam mulutnya juga turut menjadi sasaran. Aduhai .. kasihannya... sehingga hari ini saya masih tidak boleh membayangkan keadaan gadis itu. Perut terasa kecut dan ngilu jika saya membayangkan perkara itu berlaku di kalangan keluarga kita pula. Traumanya..
Hari Rabu tengahari pula, sekali lagi saya dikejutkan dengan berita pembunuhan di Taman Pinji Seni. Kejamnya dan memang tidak berhati perut. Nak rompak, rompak jelah janganlah sampai berbunuh-bunuh. Rasa disentap2 tali perut bila anaknya lelakinya itu juga turut menjadi mangsa kekejaman lelaki gila itu! Salon Wah Yah yang terletak dihadapan pejabat saya itu memang agak popular. Rakan-rakan sekerja rajin juga ke salonnya. Cuma saya sahaja tidak pernah berkesempatan sebab selalu penuh.
Ya Allah Ya Tuhanku!, Kau lindungilah keluargaku, saudara-maraku, rakan-rakanku dan kepada semua bloggers disini dari sebarang kecelakaan dan perbuatan jahat manusia Ya Allah!
7 comments:
salam shila..
wah.. takut nyer dengor citer ni.. kenapa sampai kena simbah asid tu? sian nyer...
tmn pinji seni kat belah mane yer...? BG @ Pengkalan?
shila jemput ke blog borong award.. pilih le yg mana berkenan..
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/sesi-menepek-award-part-2.html
Tmn Pinji Seni area Paser Puteh, kawasan kat pengkalan pun ada Pinji Perdana, Pinji Mewah.. n mcm2 Pinji lagi.
Tak tau la Kak yong zaman la ni .. takut!!
jenayah....kita semua telah mati dalam hidup...
negara kita ni dah tak aman dan selamat agaknya..minta dijauhkan dr musibah sebegitu.
salam shila..
sedar atau tidak sebenarnya banyaknya kejadian jenayah, gejala sosial atau wabak penyakit ni sebenarnya musibah atau bala yang Allah turunkan supaya kita beringat dan mengelakkan berbuat maksiat.
Tp.. ramai yang tak sedar dan tak mahu ambil iktibar. Bahkan ada pulak yang berkata, "apa kaitan plak jenayah, penyakit dgn bala"...
Sebagai orang yang beriman kita kena muhasabah selalu dan bak kat Shila mohon perlindungan sentiasa daripada Allah.
kan bagus kalo ada tayangan hukum sebat kat TV setiap minggu!!
Mamai, Marzalina,Kak Nik, betul apa yang di cakapkan tu, ini antara musibah yang diturunkan Allah kepada manusianya agar cepat sedar. Namun ramai lagi yang masih leka dan selfish!!
Post a Comment