cool to share

Monday, September 19, 2011

BERSANGKA BAIK

"Kita mesti sentiasa bersangka baik dengan orang, walau pun di dalan hati terasa emosi". Ujar rakanku yang berpangkat doktor dan PhD itu lagi. SElepas dia menceritakan pengalamannya, memang patut pun dirinya beremosi. Wang habis beribu ringgit tapi pulangannya amat dikit . Namun azamya bahawa dia akan terus bersangka baik walaupun dirinya telah dibohongi untuk kesekian kalinya, membuatkan aku tabik spring dengannya! Hatinya benar-benar malaikat. Kalau dibandingkan dengan aku, sekali dibohongi dan dilukai, parutnya kekal begitu lama. Walau pun banyak Vitamin E dah aku telan, tapi parut yang satu itu tetap utuh melekat disitu. Cuma aku harapkan ianya semakin pudar seperti parut chicken pox yang melata di badan…

"Kita walapun kena bersangka baik, tapi sesekali kena bersangka buruk jugak". Ujar seorang insan yang rapat denganku. " Kalau kamu asyik bersangka baik jer dengan orang, orang berniat jahat dengan kamu pun kamu tak tahu. Akhirnya kamu yang teraniaya nanti. Baik berjaga-jaga ". Pulak…. Tapi dari contoh cerita yang diberikan ada juga logiknya. Dari cerita pengalaman rakannya sendiri bila kenalan perempuan suaminya yang selalu ingin menumpang kereta suami untuk ke pejabat. Kerana bersangka baik dan percaya yang Maha Tinggi, pertolongan pun dihulurkan seikhlas hati. Akhirnya suaminya terus ditumpang sekali . Aduh ! Kesian…

Dari moral of the story, bersangka buruk itu ada baik dan buruknya… kalu asyik bersangka buruk, kita akan sentiasa berfikiran negative dan sampai bila pun kerja tidak dapat dilaksanakan pulak. Dalam kehidupan kita digalakkan bersangka baik, cuma harus ada strategi dan berhati-hati dalam setiap perkara dan pekerjaan. Tidak salah jika kita mempercayaai staff kita dan bersangka baik dia akan melaksanakan tugas dengan sempurna dari semua kerja kita yang pulun buat sendiri hanya semata-mata memikirkan dan menganggap staff tersebut tidak dapat melakunya seperti yang kita mahu!

No comments: