Hari ini bermulalah kelas pertama untuk semester bagi program master. Meaning to say, aku dalam semester akhir, semester penentuan!!Semester yang menentukan samada aku grad atau mengulang. Nauzubillah ! Harap aku dan rakan2 lulus dengan cemerlang huhuu. Masih ingat last kelas semester dulu adalah hujung bulan Mei yang dulu. Lama betul break ! Memang betul2 break. Plan lain jadi lain! Namun Allah itu Maha bijaksana dan adil, waktu break itulah, ibumertuaku sakit dan dan akhirnya masa Raya ke 7 yang lepas akhirnya beliau pergi meninggalkan aku dan anak-anaknya menemui Pencipta untuk buat selama-lamanya. Siapa sangka dulu hujung minggu senang nak tinggalkan anak2 dengan opah mereka setiap kali aku ada kelas. Almaklum suami pun sibuk mengalahkan orang ambik master juga, ada jer halnya, kalu tak outstation, meeting atau kursus paling tidak pun golf! Huhuhu Namun kini tidak lagi, suami kena la ambik alih semua tugas arwah maknya dulu iaitu jaga anak-anak tatkala bininya ada kelas. Dulu bolehlah sikit2 nak hantor kat mak dia jer…
So today adalah titik permulaan untuk semester yang baru. Bila mak dah tak ada, sebenarnya separuh sokongan dan jiwa ku turut hilang. Selama hari ini memang mak yang jaga anak-anak aku, setiap kali aku ada kelas. Malah bila aku tak ada kelas pun, anak-anak aku akan tinggal di rumah opahnya dan kadang-kadang bermalam. Waktu-waktu begitu amat precious buat aku untuk siapkan assignment, study grup ataupun study TANPA perlu rasa risau pasal anak-anak. Kadang-kadang tu aku dan suami ambik kesempatan pulak pegi tengok wayang time anak-anak tak ada huhhhuuh…. Sorry mak!! Ada sekali dua jer pegi tu pun pasal tension and anak mak yang ajak. Nampaknya semester ini , semua itu hanya tinggal kenangan. Suami kena full responsible utk jaga anak2 tatkala aku ke kelas. Tapi sebenarnya hatiku lebih lapang jika mak yang jaga berbanding dengan suami sendiri. Mana tidaknya, Haikal dan Naufal dah naik lemak sebab dimanja oleh opah. Kalau tidur dengan opah pun berebut-rebut . Si adik nak opah gosok dan garu belakang sebelum tidur , Si abang pulak nak opahnya manjakan dia lagi walapun dia tahu dia dah Darjah 3 sensitif bila opah tumpukan pada si adik. Huhuuhu. Semua itu hanya tinggal kenangan!!
Nampaknya plan untuk aku genggam segulung master bersama-sama dengan mak tidak kesampaian rupanya. Allah SWT lebih sayangkan mak dari kami dan cucu-cucu mak dua orang tu… Hari ini adalah titik permulaan bagi saya, anak-anak mak dan cucu-cucu mak memulakan hidup tanpa sokongan mak...
Ya Allah SWT permudahkanlah urusan kami walapun tanpa bantuan dan sokongan mak di sisi.. Amin!! AlFatihah!
No comments:
Post a Comment