cool to share

Tuesday, September 15, 2009

Kuih raya





Sabtu selepas pulang kerja saya terus dengan rancangan membuat kuih raya. Entah dari mana datang nekad dan semangat walapun kalau difikirkan memang saya sangat penat . Bulan Ramadhan yang mulia ini sememangnya penuh rahmat dan penuh harapan. Undangan membuat kuih bersama dengan jiran di hadapan rumah rupanya disambut baik . Bukan perkongsian duit atau barang-barang, tapi saya hanya minta bantuan kudrat dan setiap kuih di kongsi bersama. Dalam masa 2 hari melihat kuih yang berderet sebanyak 10 jenis tersusun di atas rak menjadikan raya tahun ini lebih bermakna...Di samping kita bergembira jangan lupa pada yang sedih dan berduka. Jiran saya sangat gembira kerana anak2nya dapat menikmati biskut raya penuh meja. Alhamdulillah saya hanya membantu mana yang termampu, sementelah dia jiran yang terdekat . Bila borang mohon bantuan untuk melangsaikan hutang mesin jahitnya di terima, jiran saya menitik airmata. Saya merasa bersyukur.. mungkin berkat bulan Ramadhan mudah pula laluannya.. Saya hanya menyampai borang sahaja. Dengan adanya mesin jahit itu jiran saya tak perlu lagi susah2 hati memberi pelbagai alasan setiap kali lelaki cina datang ingin menarik mesin jahitmya.........