cool to share

Tuesday, December 8, 2009

07122009


Tarikh semalam merupakan tarikh keramat buat Haikal. Mana taknya bila tarikh lahir yang ke 7 tahun juga merupakan tarikh berkhatan aka masuk jawi atau paling senang bersunat! Tarikh itu yang paling sesuai dan kosong di klinik berdekatan rumah kami. Keinginan bersunat tu dah lama saya pupukkan dan terangkan pada dia.
"Haikal kena sunat sebab tujuannya ialah untuk kebersihan. Haikal dah jadi budak besar dah tak perlu merengek-rengek atau mengada-ngada macam Naufal."
"Kalau macam tu Haikal nak sunat cepatlah mama."
"Okay kita tunggu cuti sekolah dan lepas raya ".

Bila tiba harinya, Haikal nampak cool. Pulang saja dari pejabat semalam saya bawa Haikal ke klinik Sharina. Semasa menunggu giliran barulah Haikal nampak agk diam dan pucat jugak mukanya. Tambahan pula kawan baiknya Muiz meraung-raung di dalam bilik rawatan semasa sunat dijalankan. Naufal adiknya dan mundar-mandir kat luar dan sekejap2 memeluk saya sekejap2 melompat2. Bila ditanya NAufal nak sunat atau tidak dengan selamba saja dia menjawab , Naufal kecik lagi.
"Tengok ni kecik dan lembik je". Naufal menarik seluarnya dan menunjukkan 'bird'nya pada saya. Kelakar pulak, bila dia beria-ria menunjukkan bahawa dia masih kecil dan tak perlu disunatkan segera.
"Haikal jangan takut tau. Haikal kuat macam kena cucuk kat hospital dan sekolah je . Tak sakit kan?". Haikal angguk. " Tak menangis pun kan?". Haikal angguk lagi.

Bula tiba gilirannya HAikal masuk dengan ayah dan mama tunggu kat luar je lah dengan Naufal. dari luar senyap je. Petanda yang baik. Selepas hampir 15minit semuanya selesai. Alhamdulillah.