cool to share

Wednesday, August 25, 2010

Aku dan Chicken Pox

"Ko tak pernah kena ke masa kecik?"
"Eh! masa kecik ko tak kena ke?"
"Ko baru nak kena ke?"
"Dah tua2 baru nak kena ke?"

Yupp I am 36 years old and I having a chicken pox . Pening nak cari jawapan. I really can't remember weather I had the chickenpox before or not. Maklumlah dibesarkan dengan Atok dan Opah sehingga 10-11 tahun. Both were passed away , so I cant dig up the answer for you. So I assume I had. Why? I still remember masa sekolah rendah dulu around 6-7 years watching my friend who had the chicken pox all over his body. Biasalah masa kecik suka pergi rumah orang hehe. Tengok my friend's mom sapu bedak sejuk to all over his body and face. Baring atas daun pisang nak bagi sejuk sebab bila luka it's very painfull. Suapkan bubur. Suapkan air. Nampak sangat tak larat. Bila satu muka dan badan, kaki dah putih macam hantu , aku gelakkan je la... hahahhaha . Last-last aku kena halau balik. Itu je information yang aku ada until sekarang. Rupa bentuk blister tu pun aku tak ingat.
Kenapa aku tak dijangkiti ek? I assume ( my assumption) I already had much earlier before.... when I was really baby.... My parent can't remember at all coz I was 'given' to Atok & Opah when I was 2-3 months. That's why aku tak ada chicken pox scar. Kalau demam campak tu aku masih ingat lagi kena kat kampung rumah arwah Moyang ( really kampung house , still remember I love playing the cahaya matahari yang 'masuk' ke dalam rumah dari celah2 atap rumbia dan 'jatuh' atas lantai kayu). Opah baringkan aku di tepi tingkap yang ada cahaya matahari masuk, tapi di letakkan tudung saji agar cahaya matahari tu not directly fall on me. Kiranya aku baring bawah tudung saji yang ditegakkan. Masa tu I really sick asyik muntah je, tak lalu makan so Opah belikan aku jeruk pelam. Bila dah makan jeruk pelam tu baru lah aku lalu sikit nak telan nasi dan ubat. Aku pun tak tahu kenapa dia buat macam tu , tak sempat nak tanya...huhu.

So today it's the 5th day with chicken pox. Hari pertama was Saturday, masa tanya kat hubby bintat apa di belakang saya , aku tergaru sebab gatal so bila pecah keluar air , my husband said entah macam melecup tu. Yelah, my eyes couldnt reach that thing but my hand do. Okay I ignore it and sapu jel gamat. Petang Sabtu tu siap pergi melawat saudara yang baru bersalin di wad bersalin, peluk2 baby. Im sorry little baby hope you are strong enough to resist the virus. Then later pergi Hotel Seri Malaysia for breakfasting. Saja cari kelainan, tambahan pulak bawak mak mertua biorler tempat best sikit. Seriusly.. time tu aku tak lalu makan , I feel dizziness, my joints feel pain and badan rasa tak best. So pinggan nasi dan lauk aku tolak tepi. Luckily ada jeruk pelam dan kedondong so aku makan sikit and sambung balik makan nasi 2-3 suap. Then aku order teh tarik. Malam tu aku demam aku telan 2 biji penadol. But still hugged and kisses to my kid. Sahur rasa sihat tapi still tak lalu makan nasi. So makan kurma je.

Hari Ahad (2nd day), pagi tu pergi grup discussion . Really not feeling well, seram2 sejuk ( I did post to my FB wall) but still manage to stay in the grup till 12.30 pm. My grupmate mula menyakat aku pregnant hahhaha. Balik rumah rasa nak muntah so aku terpaksa pecah puasa dan telan 2 biji panadol dan minum Orange Peel Fresh and sleep. Petang tu bangun pergi Bazar Ramdhan pulak... sorry la sesaper yang berjangkit dengan aku tuh... Malam telan panadol and sleep. Sahur rasa okay and sihat so aku decided pergi kerja.

Hari Isnin (3rd day). Kat office feel very uncomfortable. Dizziness and seram sejuk (37-38 Celcius je ), perut pedih, asyik sedawa jer banyak angin. So pukul 9.30am ambik exit pass bagitahu boss nak pergi klinik. Told the doctor that I had the simptom of pregnancy (period dah lewat few days) and gastric. So I took the pregnancy test and it's negative ( pheww at least not now.. hehehe ) and I was given segala ubat gastric and ubat angin and MC 1 day. Balik umah dah makan ubat rasa lapar terus masak nasi and buat sambal sotong. Yummy! Petang pergi bazar Ramadhan. Oh ya! the blister that I had at my back I still sapu jel gamat but still pedih.

Hari Selasa (4th day) . Morning, feeling itchiness on my chest and back. Check on the mirror and confirm it with my husband it is chicken pox!!!! Oucchhh!! Mandi pakai jean n t-shirt hantar hubby n anak2 ke sekolah, then terus gi klinik and see the same doctor. Yupp she confirmed it and gave me Mc's for this week. It is infectious and could spread easily so I have to avoid any contact with people. Hmm my kids? Luckily they had the MMR injection when they were little one. It might help them to resist the virus. But still , they might get infected if their antibody is not strong enough. The doctor suggest to get a booster at 6-7 years... bila nak bawak depa ni..

So cari buah kelapa muda bagai nak rak... lastly jumpa gak. Cari daun semambu tak jumpa pulak.. biasala bila nak takder... huhuhu. Called my mom and friends to seek all the petuas... jgn garu, jgn makan kicap, jgn kena hujan, jgn makn benda bergoreng, jgn kena panas, jgn mkn telor, jgn itu.. jgn ini.... huhuhu

I 've tried my best to minimize the contact with my kids. The kid seem to understand. I did not eat with them or prepare the meal. No hug and kisses please!!..So, the hubby did it .. Yeayyyy!!

Hari Rabu (5th day). I have 50-60 spotted all over my body. No fever. Tapak kaki pun ada. The old says kalau dah keluar kat tapak kaki tu dah nak baik... I hope soo..... but still I have to remember I am not kid, so the impact might be different .... slower I guess. Told hubby to send kids ke rumah Opah supaya depa tak kena and the disadvantage is.. ponteng sekolah lerr. The hubby said tak payah.. if nak kena .. biarkan lah...huhuh I agreed too.. baik kena masa kecik rather than bila dah dewasa ye tak...

Cuba korang bayang kan kalu kena masa nak kahwin ke, nak interview ke, nak masuk U ke, masa pregnant ke or masa nak bersalin...... nauzubillah kan...

Oleh itu aku rasa bersyukur sangat Allah SWT bagi aku time sekarang ini. Bulan Ramadhan ini bulan rahmat , aku antara insan terpilih . alhamdulillah. Allah Maha Adil.. puasa atau tidak bukan menjadi hal kerana aku uzur pula. Memang doktor tak benarkan aku puasa kerana antiviral tu kena ambik every 5 hours....

This Sunday Im not sure to attend the Finance class or not... rugi plak kalu tak attend bukannya terror pun subject ni. Ada presentation lagik. Huhuhu biorle masa menentukan...

Saturday, August 14, 2010

Aku dan Haikal dan Puasa

Align LeftHari ini merupakan hari ke 4 umat Islam di malaysia berpuasa termasuklah saya. So far so good. Alhamdulillah. Mengajar anak berpuasa yang sebenarnya sangat mencabar ye tak. Hari pertama anak sulung 8 tahun memulakan puasa di sekolah. Kesian hari panas tapi tak apalah masa ini kita kena bertegas dengan anak2 kalau tidak bila lagi nak berpuasa yetak. Balik sekolah petang pukul 5.45 saya menjemputnya seperti biasa di sekolah. Sampai di kawasan sekolah kelihatan murid2 sekolah menderu ke pintu pagar walaupun muka masing2 lesu tapi bila nak balik mesti bersemangat kan.
"Mak cik , Haikal tak puasa dia minum air". Tegur kawan sekelas Haikal , Zikri.
Aik bila masa dia bawa air. Takper sabar2 jgn marah2 puasa ni.
Bila nampak Haikal muka layu , kaki longlai melangkah, saya tersenyum.
"Haikal tak puasa yer?"
"Haikal tak tahan dahaga sangat".
"Minum air apa?"
"Haikal bawak dari rumah".
Err.......hati sabarlah hati.

*hingga ke akhir hari ini Haikal berjaya berpuasa penuh 2 hari. Hari ini harap2 dia berjaya completekan puasa.

Friday, August 6, 2010

Aku dan Hari Ini

alhamdulillah . hari ini dapat mendengar tazkirah pagi selepas bacaan Yassin. Ustaz Zul memperkatakan mengenai puasa iaitu di manakah 'level' puasa kita sehingga ke hari ini jika dibanding dengan tahun2 yang sebelumnya. Seperti diri saya saya telah mula berpuasa sejak Darjah 1 lagi iaitu umur 7 tahun . So kita bandingkan puasa kita sejak kita kecl sehingga ke hari ini dan adakah kit asudah berpuas hati dengan tahap 'kepuasaan' kita sehingga ke hari ini... tepuk dada tanya iman dan akal ... insaf rasanya mendengarnya...

Hari ini jugak saya berjumpa dengan kaunselor iaitu Drs. Z. Untungkan bila bekerja di institution pengajian tinggi. Mengenali Drs. Z (DZ) sejak di hari Team Building kami satu kumpulan. so agak mudah berinteraksi dengannya tambahan pula saya sememangnya peramah. Ingin mengenali personaliti dgn lebih mendalam, DZ telah memberi saya soalan atau kuiz dan menyuruh saya menjawabnya. Dan kuiz tu telah saya jawab 3 minggu lepas dan hari ini baru saya berkesempatan menyerahkan pada DZ dan DZ telah sudi mengira dan seterusnya menerangkan tahap personaliti saya. yap ada 2 part yang saya perlu improve iaitu 1) Aku agak pasif dari segi suka mengelakkan konflik 2) tahap leadership aku yang berada ditengah2 iaitu suka memimpin dan suka dpimpin, tapi rate berat ke suka dipimpin. So saranan DZ ialah improve kedua2 bahagian tersebut dengan ubah fikiran lebih positif.

Tapi saya ada reason utk 1) dan 2) , mungkin saya baru di sini so mengenali ramai orang tanpa mewujudkan konflik adalah sgt penting. Saya cuba elak semua risiko yang mingkin saya hadapi. Bhgn ke 2 pulak mungkin saya di tempat di unit baru iaitu saya seorang as a head so no staff yet! jadi saya lebih kepada dipimpin oleh mereka yang lebih senior.. ini pendapat saya lah... mungkin berubah.

bhgn2 yang lain boleh dikekalkan seperti emosi, tenang, empati dll. DZ menyarankan agar saya mengambil semula kuiz selepas 3 bulan..... Yupp bulan DEC pulak... hoping diri saya bertambah baik dan mantap daris egala segi. emosional, mentaliti, IQ & EQ. InsyAllah

Thursday, August 5, 2010

Aku dan FB

Lama betul tidak menjenguk blogku ini.... Yang sebenarnya facebook telah merampas keistimewaan blog ini dan menjadikan aku seorang hantu Fb. Tapi sejak semalam bila FB diharamkan di office, aku mula tercari-cari tempat dan ruang untuk syer pendapat dan pandangan. Akhirnya ke blog ini aku kembali. Sorry la cofeei (nama panggilan) i have left for a quite long time, but u r still loyal waiting for me... huhu syahdu rasanya.

Memang betullah FB sudah menjadi trend hidup masakini. Sesiapa yang tidak tahu FB, dia dianggap ketinggalan zaman atau buta IT. FB dan IT sangat sinonim... padahal budak 8 tahun pun tahu berFb. Seolah2 FB dijadikan benchmark seseorang mengenai knowledge dan 'uptodatenya' dia dengan zaman masa kini. Dialog yang biasa kita dengar ialah "Pls add me in ur FB". " Do u have FB?", What ur FB adress? .

What is FB? FB is a social networking website that is operated and privately owned by Facebook, Inc. Since September 2006, anyone over the age of 13 with a valid e-mail address (and not residing in one of the countries where it is banned) can become a Facebook user.
or Facebook is a social networking website launched in February 2004 that is operated and privately owned by Facebook, Inc.,[1] with more than 500 million[5] active users in July 2010 or klik herehttp://en.wikipedia.org/wiki/Facebook

So what ever the definition is or perecption given by others there are significant to my life. Bukan lah saya sampai addicted seperti rakan saya yang gila bermain Farmville. Maaf! saya tidak akan terima sebarang invitation Farmville sebab saya tahu keburukannya ( to myself...).
Sejak berFB saya dapat menjejaki semula rakan2 lama yang sudah berbelas2 tahun iatu rakan2 di Sek. Menengah. Malah saya amat gembira rakan ketika di sekolah rendah dapat dijejaki semula setelah hampir 25 tahun tidak bersua. Begitulah powernya FB!!

Dengan Fb juga aya dan rakan2 dapat berinteraksi dengan cepat dan Reunion pertama berjaya diadakan pada Sabtu yang lepas. Reunion sekolah menengah. Woow it's really awesome and interesting seeing your exclassmate n exschoolmate with different outfit and different way of life. I mean yelah dulu kan rugged , punk, hippies and rocks or whatever the style is... but today they look really different... more maturity.. of course with kidssss...termasuk diri saya , ramai yang tak kenal.. haahaha. Dulu Ugly Betty (yupp with big spec!)..

Now I am catching up with old friends which in tracking progress. Hope dapat jumpa and sembang2. But the contra part is , Fb jugak boleh track the person that we hate to meet!! The person who has put you in the very painfull situation , unforgiven mistakes and you are really regreted it... Fuhh! i wish I will not meet this kind of creature AGAIN in my life and forever... People might easy said just forgive and forget.... yupp I will ...but honestly .. not yet!! (kejamnya) Afraid that I might loose my tantrums and act stupidly when I meet the person again..!! Biarlah aku benar2 bersedia mental , emosional baru lah aku mampu berdepan dengan the person semula... I 'm hoping the other party also will not do the tracking on me...

Ya Allah jauhkan perkara itu berlaku dan jauhkan aku dari keaiban Ya Allah.!!!