Friday, November 20, 2009
sayu..
Thursday, November 19, 2009
Anak-Anak Yatim Darussalam
Semalam saya dan rakan office berkesempatan melawat anak-anak yatim Darussalam Tambun Ipoh. Lawatan ini adalah susulan kesinambungan silaturrahim selepasa jamuan majlis hari raya yang lepas. Seronok jugalah dapat bertemu adik-adik atau anak-anak di sana. Kami menyampaikan sedikit sumbangan yang berbentuk keperluan harian . kami telah dipesan jangan sumbang kan beras kerana pemberian dari orang ramai masih banyak lagi takut beras menjadi tak elok bila disimpan terlalu lama. Jadi kami membawa sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, pencuci, bedak dan beberapa barang lain. Kehadiran kami hanyalah untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar kolej dan anak2 yatim tersebut. Ternyata selepas habis aktiviti dalam kumpulan, saya lihat anak-anak yatim tersebut tidak melepaskan pegangan tangan abang2 dan kakak2 iaitu pelajar2 Diploma dari Cosmopoint Ipoh. Semua anak-anak yatim di sini diwajibkan ke kelas dan belajar di situ dan akan mengambil peperiksaan seperti UPSR dan PMR di sekolah kerajaan. Belajar secara informal di sini terpaksa dibuat kerana kebanyakannya mereka tidak langsung tahu membaca walaupun sudah berumur 10 tahun. Di sini guru-guru sukarela akan datang dan mengajar subject yang serupa di sekolah. Bagi yang tidak tahu membaca , akan di ajar membaca dan mengaji sehingga pandai terlebih dahulu.
Kebanyakan dari mereka ada yang tidak mempunyai ayah atau ibu dan kedua-duanya. Namun ada juga yang mempunyai ibu dan ayah tetapi telah berpisah dan hidup miskin. Mendengar cerita dari Umi dan Ustaz kisah anak-anak tersebut amat sedih sekali. Ada satu pasangan adik-beradik perempuan, si kakak pernah diketuk dengan hammer di kepala sehingga berdarah oleh bapaknya sendiri hanya disebabkan pergaduhan dengan ibunya. Si adik pulak disepak sehingga ke terperosok ke dinding. Mereka masing-masing berumur 15 dan 12 tahun kini. Kasihankan? Ibu terpaksa menghantar mereka tinggal dengan nenek di rumah yang kecil dan dikongsi seramai 7 orang lagi dengan pak cik dan makcik dan sepupu yang lain. Selepas penduduk kampung membuat aduan, akhirnya mereka diambil oleh Darusalam untuk dipelihara. Ini baru satu kisah dari jumlah 26 pelajar yang lain...
Kena pandang bawah
Saya hanya fokus ke depan. Saya hon kereta duduk di lane kanan tapi lembap macam kura-kura . Geram! Isk bengang betul kalau orang bawak kereta asyik pandang bawah mesti tak cekap bawak kereta lagi.. Tak hafal gear la tu. Getus saya merungut-rungut.
"Bau apa hangit ni?". Saya membuka tingkap sedikit.
"Bau nasi lemak le mama." Haikal menjawab.
"Isk mana ada bau nasi lemak macam ni". Alamak kereta nak rosak ke? Adoi risau saya.
Saya memperlahankan kereta dari 100km/j ke 80km/j tu pun kira slow lah tu..
Sampai rumah opah, barulah saya sedar saya tidak menurunkan hand-brake!!!! Uwaaaaaaaa patutlah hangit. Tulah lain kali kena jugak pandang bawah masa bawak kereta huhhu........
Monday, November 2, 2009
Yang sewaktu dengannya...
Terkemut-kemut
Tertoleh-toleh
Masa pantas aku kena cargas
Kaki asyik menekan brek
Dek kerana kereta depan bergerak seperti Penagih..
Patutla P rupanya
Macamana boleh lulus
Sedangkan keluar simpang jalan terus
Geram rasa nak langgar je ponggong
Tapi karang aku jugak yang melolong
Kena repair bonet depan yang dah canggung
Aku pun lady jugak
Ikut aturan bukan berlagak
Bawak biarlah berhemah
Bukannya bawak dengan lemah
Nak ikut 20km /jam aku jadi lelah
Lampu dah hijau masih pandang bawah
Getik dengan sikap manusia
Ada kereta mewah tapi ada jugak kereta yang biasa-biasa
Dah berbulan keluar tapi seat masih berbalut plastik
Konon nak bagitahu kereta baru beli dan cantik
Katanya biarlah plastik tu koyak sendiri
Itu dasar orang kedekut dan takut nak berbudi
Bagi cuak sesiapa nak menumpang sekaki
Kalu di offer, sorry beb aku tak sudi
Menongkat langit menatang harta dunia
Bukan boleh bawak ke syurga
Baru berharta tapi macam jakun
Jangan di cekuh tentu kena maki hamun
Apa sangat la harta duniawi
Pahala ke akhirat yang patut di cari
Bawak perlahan aku mengantuk
Orang kat depan terlentok-lentok
Isk geram rasa nak hantuk
Dlm kereta pun nak pelok2....
Aku hon kuat-kuat bagi terkujat
Lepas tu aku jeling muka depa kuat-kuat
Nak beromen bukan dalam kereta buat malu muka keluarga
Saja bawak perlahan macam kura-kura...
Nak cepat jadi lambat
Terbayang muka anak terkulat-kulat
Tunggu mama dan ayah yang lambat
Sabarlah sayang harap mama sampai dengan selamat...
Thursday, October 22, 2009
Fikir Yang Buruk Dahulu...
"Kalau nak berkawan jangan pilih laki orang. Hidup merana nanti ." Dalam hati aku sanggah kalu kaya apasalahnya. Hehehe. Tup! tup! berlaku juga dalam hidup aku, tapi part kaya tu tak ada cuma kayap... Adus! Terkena sebijik muka aku padan muka.
"Kalau cari kerja tu cubalah mintak dengan kerajaan . Mintak cikgu pun tak apa. Gaji sikit pun tak per tapi cuti banyak". Dalam hati ku sanggah tak nak mohon kerja kerajaan. Tup!tup! sekarang ini barulah jawatan kerajaan tu jadi rebutan sebab ganjarannya semakin tinggi berbanding dahulu. Huh! padan muka aku sekarang baru nak terhegeh-hegeh. Dulu pernah dapat offer sekali aku tolak.
Banyak lagi lah pengalaman-pengalaman yang buat masa ini saya dah ingat. Kalau saya ingat saya sambung lagi.
Cuma yang saya nak fokuskan sekarang, bila saya dengan anak-anak semakin kerap pula saya fikirkan yang buruk dahulu. Kalau saya singgah sekejap di kedai nak beli roti dan anak-anak di dalam kereta, dahulu masa mereka kecil, saya sanggup gendong dan pimpin anak-anak masuk kedai semata-mata tidak mahu mereka tinggal di dalam kereta. Sekarang , kalau saya berhenti dan perlu keluar samada ke kedai atau nak isi minyak, saya akan lock kereta dan kuncinya saya bawa. Takut orang samun kereta dengan anak-anak saya sekali. Biarlah anak-anak saya kepanasan 5 minit janji anak-anak saya tak hilang . Sekarang pulak Haikal dah pandai bising bila saya lock kereta dan off aircond dan enjin sebab saya nak keluar sekejap. "Mama! Tak payah la tutup. Haikal boleh tekan lock ni. Nanti Haikal bukalah balik bila mama nak masuk ".. Hehehe yetak ye jugak.... maklum lah mama fikirkan yang buruk dahulu....
Wednesday, October 21, 2009
Overwhelmed Mother...
http://www.oprah.com/slideshow/oprahshow/20080902_tows_moms/2
Kerana terlupa orang yang tersayang boleh hilang sekelip mata. Saya amat tertarik dengan pendapat dari beberapa penonton rancangan dalam berkongsi pengalaman menjaga anak. Semasa bersama dengan anak terutama baby, fikiran kita hanya perlu fokus kepada mereka. Tidak boleh bersms, berchatting atau membuat perkara yang yang boleh menyebabkan kita terleka. Jadi ibu bukan sahaja perlu bijak, mesti sedar, agresif, dan cepat .
Saya juga pernah mengalami pengalaman yang sama iaitu terlupa atau terleka. Walaupun anak-anak saya sekarang sudah berumur 7 dan 4 tahun, tapi kemalangan itu tidak berbau. Kalau tidak tak adalah tangan Naufal patah sebab jatuh bangku di sekolah huhuhu. Pernah sekali tu Naufal hilang di pasaraya selama 5-7 minit. Hanya kerana kedegilannya tidak mahu memegang tangan dan salah saya juga kerana tidak berkeras. Pada ketika saya dan suami melayan pertanyaan si abang , sekelip mata Naufal tiada di sebelah saya. Itupun sudah cukup membuatkan darah saya kering dan lutut saya longlai. Dalam waktu yang sekejap itu bermacam-macam bermain di dalam fikiran saya. Rasanya saya memang tidak akan lupa saya dan suami berlari ke sana ke mari mencari dan memanggil namanya! Satu pengajaran buat saya.
Adakah saya overwhelmed? ... aduh tepuk dada tanya selera..
Thursday, October 15, 2009
Meletop!!
p/s : Ini nukilan rasa yang mungkin telah lama melanar di dalam dada . sedikit luahan bisa meredakan jiwa yang sedang bergelora.........ok go back to work!! Peace No War


