cool to share

Wednesday, July 29, 2009

si kecil yg peramah....

Semalam selepas mengambil Haikal dari sekolah sayaterus ke Tesco untuk berjumpa rakan. Nak makan laksa shack . Haikal dah tahu dari semalam sangat teruja lah bila nak pergi Tesco. Siap tak bagi saya ambil Naufal dulu dari rumah opahnya kerana kata Haikal adiknya suka lari sana-sini. Hmm gud point jugak susahlah mama nak menyembang ngan member. Haikal kelam kabut kabut menukar baju sekolah dengan baju harian. Terror 5 minit sahaja Haikal sudah siap. ( baju memang ada bekal setiap hari) . Aiseh rupanya selipar pula tetinggal dan meminta saya patah balik ke rumah ambil selipar. "Hish ! jauhlah nak patah balik". Haikal menangis dan melalak walapun saya sudah memaksanya memakai kasut sekolah semula. Dia tetap menangis macam budak kecil. Hee geramnya. Saya ajak dia masuk ke Tesco dan membelikan selipar. Masalahnya dia tak mahu dilihat memakai baju T-shirt dan seluar slack dengan kasut sekolah kotornya itu. Hahahahah...itu pasalah dia melalak! Bila tak ada jalan memujuk , saya belah terus dan Haikal terpaksa mengikut dari belakang sambil menangis hentak2 kaki. Aik sudah lebih dari adik ni...getus hati saya tapi kena sabar. Saya menonong terus ke tempat kasut dan mencari selipar untuk Haikal. Haikal sudah diam tapi matanya merah . Akhirnya dia memilih satu selipar bergambar superman. (Lupa betul nak ambil gambar, kalut punya pasal).

Selepas membayar di kaunter saya terus membongkok dan menukarkan kasut sekolah Haikal dengan selipar. Nampaknya Haikal gembira sangat dapat selipar baru. Pada waktu itulah saya disapa oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 1 tahun yang baru pandai berjalan. Dengan bahasa baby cute sangat. Si Haikal pun agak tergamam juga.

"Iya.. untie tengah pakai selipar abang." Saya menjawab tegurannya bila tangannya mencuit bahu saya.
"blablabla... bahasa baby....." (Sorry lah saya memang tak paham pun)
"Naper... nak ikut untie ke? Untie nak masuk beli barang sikit ..." Sikecil sudah tergelak-gelak. Ibunya memanggil namanya ( ahh tak ingat apa namanya) sambil ayahnya sedang tunggu di belakang saya. Tetapi mata sikecil tetap lekat merenung saya.
Apabila saya berdiri, si kecil terus mengapung2 kan tangannya pinta saya mendukungnya. Hahaha. Dahle cute, chubby , rambut kerinting pula. Manalah saya tak geram. ( lupa jugak ambil gambar)
"Nak ikut untie ke? Nanti mama nangis....sian kat mama." Saya sudah pun mengangkatnya.
"Nak ikut untie yer...untie tak ada anak perempuan tau." Mata sikecil lagi ralit memandang muka saya. Mungkin cuba memahami apa yang saya cakapkan itu. Ibunya cuba mendukungnya tapi si kecil memaling dan merapatkan badannya kepada saya.Cashier-cashier Tesco yang ada kat situ sudah tergelak-gelak melihat kami.
Saya ambil masa sikit bersembang dengan ibunya yang baru mempunyai seorang anak itu. Si kecil itu memang tak takut orang dan over peramah. Saya ingatkan muka saya ada seperti mana-mana saudara rapat mereka. Selepas beberapa ketika saya menyerahkan sikecil pada ibunya walapun si kecil menjerit-jerit.
Hehehehe...
kemudian baru saya kalut-kalut menelefon member yang sudah berjanji ingin bertemu di Laksa Shack

Sunday, July 26, 2009

naufal kecik lagi..

"Adik jangan pegang kat situ".
"Naufal kechik lagi naufal nak pegang shini nanti jatuh..". Saya terpaksa bersetuju dgn jawapannya.


Dulu Naufal menyorok dibelakang pintu...

Hari ini , saya agak terkejut bila Naufal menjerit dari dlm bilik air mengatakan dia sudah buang air besar. Selalunya dia akan minta saya memakaikannya diapers dan menyorok di belakang pintu menyudahkan urusan. Walaupun berkali2 saya ajar menggunakan tandas. macam2 alasan yang diberikan. Tak boleh kuar, tak mahulah...Tapi hari ini entah dari mana courage dia lakukan sendiri di tandas. Hmm agak pantas juga dia belajar mungkin dia selalu intai abangnya sehingga kadang2 terjerit2 suara abangnya memarahi adik. hahahaha..

Thursday, July 23, 2009

macam-macam hal

Bila hujung sekali sekala seronok jugak bwk anak2 makan di luar so kami memilih Ipoh Hainan Chicken Rice.. yg peting sebab ada coffee.. white coffee cold... hmm sedap
Sedapnya nasi ayam , kerabu mangga, taugeh tidak ketinggalan... enjoy the food n the environment.....
.But not this two boys... terlampau excited....

Dah tegur byk kali tak dengar kata... tengoklah depa ni...isk isk... mama tak leh nak control ayu la cam ni.....uhukuhuk ................................................................
Speechless...............

Bila stress part 3







Salah satu cara terapi yang berkesan menghilangkan stress or meroyan.... Mudah sahaja iaitu bercucuk tanam or gardening. Syoknya bila melihat bunga yang kita tanam dan jaga kembang ye tak? Hati kita pun turut rasa kembang. Bukan hati je ,jantung, buah pinggang, dada, pinggul malah lubang hidung pun turut kembang. Serabut pun hilang ...Tak caya? cubalah..

Tuesday, July 21, 2009

Ini pokok apa?

Bila anak-anak mula bertanya macam-macam, memang seronok melayan tapi bila sudah bermacam-macam naik penat pula melayan dan akhirnya kita jadi geram...
Sabtu yang lepas, semasa saya menyidai kain di luar rumah, Naufal pun akan menyibuk juga .
"Mama! mana bola?" Jerit Naufal di muka pintu.
"Cari bawah meja kat dapur." Jawab saya sambil tangan ligat menyidai kain.
Sekejap dia sudah berada diluar dengan bola biru dan kaki sudah tersarung kasut abangnya Haikal. Bola disepak sesuka hati sehingga terkena pokok2 bunga.
"Mama, ini pokok apa?" Tanya Naufal sambil memegang daun keladi besar .
"Itu pokok keladi".
"Keladi". Naufal mengajuk cakap saya.
"Ini?". "Itu pokok kari".
"Kari. Mama mashak tu ke? Kari shedap yeay". Naufal sudah tergelak2 sambil tepuk tangan.
"Ini mama?". "Oh! itu pokok bunga kertas".
"Macam kertas Ufal (Naufal) tulis ye mama?"
"Haah".
"Kapa (kenapa) kertas ?"
"Nama sahaja bunga kertas".
"Boleh lukis tak?". Naufal merenung saya mengharapkan jawapan yang lebih baik. Tangannya sudah mengetis-getis bunga kertas. Adui pening nak cari jawapan ni. Bila lama saya biarkan soalannya tak berjawab, Naufal sudah bermain tanah . Kakinya tidak berkasut. Akhirnya saya menjerit suruh dia masuk....
Dengan muka tak puas hati dia masuk sambil menghentak2 kaki...
Aduhai.....

Tuesday, July 7, 2009

Bila Stress ...Part 2

Saya nak sambung lagi perbincangan topik yang hangat ini. Persoalannya ialah bagaimanakah caranya mengurangkan atau menghilangkan stress. Tidak perlu tahu bagaimana stress itu muncul. Dan saya percaya semua orang ada stress itu. Selalu kita dengar , wanita tidak boleh mengandung sebab stress. Bila kita stress mudahlah penyakit akan datang sebab antibodi merosot. Antaranya migrain, sakit belakang, jerawat , mood hilang, murung , lesu , mengantuk walapun tidur cukup dan paling teruk ialah meroyan. Topik meroyan memang menarik. Antara sebab mengapa bos-bos wanita suka marah tak tentu pasal .. mungkin dia meroyan hehehe.

Saya selalu berurut atau massage jika rasa stress dan badan mula sakit-sakit dan letih. Banyak pilihan sebenarnya samada ingin ke Spa, Butik Kecantikan mahupun secara tradisional bidan kampung. Kalau ke Spa memang la sedap sehingga tertidur sebab dia massage dengan minyak aromaterapi dan gosok-gosok badan kita, tambahan pulak bilik selesa dan berbau harum. Tukang urut pun wanita-wanita muda yang sudah tamat mengambil kursus persijilan dan bidang urutan dan refleksologi. Sekali sebulan rawatan massage boleh melegakan otot-otot dan urat-urat yang tegang selepas penat bekerja.

Pada Sabtu dua minggu yang lepas, saya mengambil keputusan untuk berurut dengan Kak Tipah, seorang wanita lima puluhan yang masih sihat dan kelihatan muda. Pasal itulah gelaran makcik tak sesuai hehehe. Saya rasa Kak Tipah tidak ada Sijil kerana saya hampir 5 tahun saya berurut dengannya ( tidak konsisten ) tidak pernah pula kelihatan Sijil2 itu. Appointment mesti dibuat terlebih dahulu , kalau tidak memang putih mata dan balik sahaja. Tanpa appointment Kak Tipah tak nak layan. Mungkin rezeki saya agaknya masih ada satu kekosongan slot pukul 10pagi Sabtu.

Kak Tipah seperti biasa sambil mengurut saya , mulutnya tidak akan berhenti memberi pelbagai nasihat terutamanya mengenai wanita, atau hal rumahtangga. Baru-baru ini dia memberitahu ramai wanita mengidap meroyan tanpa sedar. Marah , baran , emosional tak tentu hala itu adalah tanda-tanda meroyan . Gulp! alamak. Sambil bercerita tangannya pantas mengurut dan menekan urat-urat menyebabkan saya mengaduh-aduh menahan sakit tapi sedap.

Sambungnya lagi, perempuan meroyan , padahnya sangat teruk sehingga boleh meruntuhkan rumahtangga. Jika ada pasangan yang berjumpa Kak Tipah, Kak Tipah akan nasihatkan suami mesti luangkan masa membelai dan mengusap-usap belakang isteri, sambil baca surah Al-Fatihah dan hembuskan belakang isteri itu. Nasihat yang simple dan praktis itu ialah untuk mengeratkan kemesraan suami isteri sahaja katanya. Katanya lagi meroyan disebabkan kurangnya kasih sayang dan sentuhan suami pada si isteri. Bila kurangnya perhatian dan sentuhan, isteri akan stress. Bila dah stress mula bersangka buruk dengan suami. Bila dah emosional tentu akan bergaduh dan akhirnya bercerai. Saya rasa mungkin betul juga, kalau tidak takkanlah ada kes hanya kerana terlupa beli makan malam isteri boleh bercerai ye tak?

Pesannya lagi isteri yang sudah berpengalaman bersalin jangan malas jaga badan dan bahagian peranakan. Antara sebab dan punca wanita gemuk selepas bersalin ialah tidak mahu menjaga badan dan membiarkan badan menjadi lemak dan gemuk air. Amalkan makan jamu dan herba tradisional. Patutlah badan Kak Tipah slim sahaja.

Apa-apa pun saya sangat berterima kasih pada Kak Tipah walaupun sepanjang sesi urutan saya itu dia 'membebel' tetapi bebelan yang penuh kata nasihat dan ilmu rumahtangga. Walaupun kata-katanya itu kadang-kadang terkena batang hidung sendiri adus!, saya tidak pernah pula berkecil hati dan mengambil iktibar dan teladan dengan petua-petua dan nasihatnya itu. Bukannya mahal pun RM30 sahaja. Urut dapat, petua dan nasihat pun dapat.. yeahhhh

Wah..wah.. jauhnya perbincangan topik bila stress kali ini.....nanti sambung lagi...