cool to share

Thursday, January 21, 2010

Gigi oh Gigi!

Wah.. lambatnya saya update blog ini, bukan tak nak tulis dan tak ada cerita , tapi byak cerita yang saya terpaksa tapis dua-tiga kali terlebih dahulu dan kena fikir 10 kali.. sebab saya tak pandai nak cerita kias2 selalunya straight to the point...walau nama saya tukar, tapi still boleh tahu sebab blog saya boleh dibaca di facebook... so to be menjaga hati orang dan still nak cari makan.. baik saya tak cerita . Tunggulah kalau saya dah terror menulis mcm novelis Kak Yati tu, tentu penggunaan ayat2 saya lebih tersusun dan indah sehingga si pembaca tak tau saya menulis tentang dirinya... ihik.

Okay sebenarnya saya nak bercerita satu kisah Haikal. Dua hari lepas balik sekolah dia mengadu gigi depannya goyang. Malam tu lagi kuat goyangnya maklumlah gigi susu. Saya nak tarik dia tak bagi , ayahnya pun melarang.

Esok pagi dia bersiap seperti biasa pergi sekolah agama. Tapi muka murung sebab mungkin sakit gigi depan yang dah bergoyang kuat.
"Aik! kenapa hari ini muka selekeh? Tak hensem. Rambut tak berminyak, baju tak berbutang, sampin pun senget". Saya ketawa melihat Haikal dah siap sedia duduk dalam kereta tapi muka tak terurus dan masam mencuka.
"Oooh sakit gigi ye tu yang tension tu".
Selepas membetulkan rambutnya dan bajunya saya menghantarnya ke sekolah agama.
Seperti biasa, pukul 6 .20 pm saya akan menjemputnya di sekolah kebangsaan pula.
Nampak sahaja mukanya di pintu pagar dia sudah tersengih. Sah! Giginya dah tanggal.
"Mana gigi?"
"Dah jatuh". Jawab Haikal selamba.
"Gigi Haikal jatuh dalam botol air Aiman." Kawannya Muiz menyampuk.
Saya dah terkejut beruk. Kak Wan , mama Muiz sudah terkekeh-kekeh gelak.
"Macam mana boleh jadi macam itu?"
"Haikal nak minum air Aiman, terus giginya jatuh dalam botol air tu." Muiz menerangkan dengan panjang lebar.
"Habis tu mana giginya?" Saya tanya Haikal.
"Dalam botol Aiman tak boleh nak ambil." JAwab Haikal perlahan.
Saya tak tahu nak marah atau nak tergelak. Saya menjegilkan mata pada Haikal.
"Kenapa minum air Aiman? Air Haikal kan ada?". Haikal diam je mungkin sedar salahnya.
"Habis tu , Aiman minum ke air botol tu?"
"Mula-mula tak ada gigi, Aiman minum la, tapi bila ada gigi dia dah tak minum". Haikal jawab depan ayahnya. Ayahnya pulak gelak sakan.
Aduhai. Sabar je dengan anak bujang ni. Kesian pulak Aiman nak terangkan pasal gigi tu. Apala agaknya ibubapa Aiman cakap pasal hal ni.