Hari ini di ofis, fikiran dah mula melayang, kuih apa nak buat, rendang ayam ke daging nak di hidang. Air apa nak di bancuh. Memang rasa tak sabar nak beraya bersama keluarga tercinta. Fikiran menerawang ke segenap sudut rumah, yang bersepah, bersawang, berhabuk, adus baju tak berlipat....dan kain yang tak berbasuh. Aku sahaja yang tahu.....
Namun apa yang lebih penting kita perlu merenung ke dalam diri kita , adakah sudah cukup amalan kita, solat kita, adakah puasa kita di terima Allah,apakah pembaharuan yang telah buat dalam menyediakan diri ke akhirat kelak.. adus banyaknya yang perlu di top up...sangat jauh... huhuhu hanya Allah sahaja yang tahu...
Renung semula ke alam kerjaya kita, adakah kita seorang kakitangan yang bagus, komited , adakah kita bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan, adakah harapan Ketua kita sudah dipenuhi? Atau adakah apa yang kita perolehi ini setimpal dengan apa yang kita sumbangkan? Adakah mana-mana kakitangan atau rakan sekerja yang terguris dengan kata-kata kita? Ada atau tidak rakan-rakan sekerja yang membenci kita dan tidak mahu bertembung muka dengan kita? Atau adakah mana-mana individu yang sekadar berpura-pura di hadapan kita padahal dia menikam dari belakang? Adakah kita seringkali menerima umpatan dan kejian atau pun pujian ? Hanya Allah sahaja yang tahu....
Bila direnung wajah anak satu persatu, adakah cukup didikan yang kita berikan? adakah betul teguran dan marah yang kita hamburkan di hadapan mereka? paham ke mereka? Bila mama penat dan stress kita merungut2 dan membebel di depan mereka? hanya mata yang terkebil-kebil dan mulut yang terjuih-juih sahaja respon yang sering kita terima. Fahamkah mereka bahawa mereka tidak boleh membandingkan ibu kandungnya dengan ibu lain yang tidak bekerja ? sukarnya menelaah akal fikiran si kecil ini. Itulah cabaran namanya. anya Allah sahaja yang tahu tanggungjawab besar yang kita kendong dan harapan yang menggunung agar semua yang kita buat adalah seimbang. Tugas sebagai ibu, sebagai isteri, sebagai kerjaya. Di tambahpula tugas sebagai pelajar.
Sudah cukupkah persediaan untuk aku menyiapkan Reserch ABR ku kelak? Sudah bersiadkah aku menempuh semester yang maha sibuk dan maha stress yang bermula 10 september ini? Akan lebih ramai lagikah insan yang bakal kecil hati dengan kesibukanku selain insan2 yang biasa iaitu kedua anak2 ku. Atau adakah aku punya masa untuk sujud di hadapanmu Ya Allah. Aku memohon kekuatan dan belas ihsan yang berterusan darimu Ya Allah amin....