cool to share

Wednesday, November 18, 2015

Sakit Bersalin...

Bila kandungan masuk 36 wks, chances utk bersalin tu higher so kena la ambil langkah berjaga-jaga. So of course la beg utk admit or warded dah aku standby siap-siap. Antara yang kena bawak ialah baju baby 3 pasang, bedung 2 helai, tuala baby 2 helai, diapers newborn, mittens and booties. Semua aku sediakan 2-3 pasang , bukan apa, takut baby terberak dan kotorkan tuala or bedung yang kita sediakan. Jangan lupa bantal jika perlu, sebab aku terlupa bawak bantal... hihihi Untuk mummy pulak, baju salin pakai utk pulang, seluar atau kain skirt/kain batik.(Maaf la aku tak suka pakai kain batik kalau discaj... tak suai tau... baik pakai skirt or tracksuit), toiletries, air selusuh, kurma , biskut, milo 3 in 1, charger dll yg dirasakan perlu hihi.. macam nak check in hotel la. Macam aku telekung n sejadah pun aku bawak sebabnya macam kes aku bersalin dengan menggunakan induce. So meaning, ko jalan lenggang lengguk pi hospital nak beranak. Dr suruh admit jam 230pm. Jadi sempat la aku mandi tukar baju dan bersolat Zohor. Solat hajat pun sempat. And again since early pregnancy I keep reminding myself, yang aku kena buat sendiri sebabnya tak nak menyusahkan Emak. Emak pun dah kurang so takkan la nak suruh emak jaga. So semua benda I kena siap sediakan awal-awal.
Pada 27 July 2015, selepas check-up dengan Dr Zetty, saya di minta admit ke URMC jam 2.30pm hari yang sama. Tanda lendir (coklat perang plus darah ) tetapi tiada contraction. So Dr akan induce. I tak ada amasalah kot induce sbb anak yang kedua which alomost 10 years ago pun induced. Sakit tak???? Of course la sakit. Gila la sapa kata tak!!!!!
jam 2.30 dah masuk ke labour room dan tiub di masukkan ke urat tangan. Sakit betul masa nurse cucuk kat urat besar... dia ingat urat besar senang ubat tu lalu... Actually NOt! so terpaksa cabut dan cucuk semula urat lain. Breath Shila n Sabar ajela. So aku relax jerla sambil wassap kawan2 and update hubby. Hubby balik rumah settlekan anak2. Not forgetting baca surah maryam. Jika terasa nak terkucil Ku tahan Jebat!!!... tak la. Aku turun jer dari katil bersama air yang masih tergantung di tangan aku tu. Jam 5.30 pm Dr Zetty datang dan pecahkan air ketuban. Smooth jer Dr Zetty buat... Sakit takkk? Tipula kalu tak rasa apa2... tapi tak sakit okay! Fasa selepas air ketuban dipecahkan adalah fasa yang membuatkan aku berdebar..sebab sakit contraction akan beransur-ansur kuat dan kerap. Tapi jari ligat jer wassap hubby suapaya dia jgan terlewat or terlepas pulak aku bersalin hahaha. Dr Zetty akan datang semula selepas magrib. So sabar banyak-banyak yer. Petadine di cucuk ke peha untuk tahan sakit supaya aku disuruh berehat dan tidur. Jangan bazir tenaga sebab baru 5cm jer!. lapar makan kurma , dahaga minum air selusuh.Tak boleh tidur pun sebab rasa sakit tu datang makin kerap.
Jam 6.00 Dr Zetty dah standby , aku makin sakit kejap-kejap mengerang menahan sakit. Nurse yang jaga aku buat VE dan kejap-kejap dia check ECT baby. Then dia ambik gambar wassap pada Dr Zetty so meaning Dr Zetty sentiasa updated my progress. Bagus jugak ada technology ni. to be contiunuedd