cool to share

Monday, August 24, 2009

Jangan mengharap

Hari ini merupakan hari ke 3, umat Islam berpuasa. Hati saya masih belum puas kerana impian saya untuk melihat anak sulung saya dapat menghabiskan puasa sehari penuh masih gagal. Hari Sabtu, saya bekerja so terpaksalah hantar anak-anak ke rumah mother in law (MIL), sambil berpesan berkali2 pada Haikal supaya bersabar dan bertahan sekurang-kurangnya sehingga mama balik pejabat nanti selepas pukul 3pm. Saya balik agak lewat Sabtu itu kerana ada facial appointment (untuk yang terakhir).

Pukul 4 pm saya sudah sampai rumah MIL, melihat Haikal berpeluh-peluh bermain dan berlari dengan Naufal... hmm sahlah tak puasa. MIL bagitahu saya kasihan tengok Haikal duduk diam dan murung , pasal tu lah opahnya kasihan dan berinya minum. Hmm tak mengapalah... salah saya juga kerana terpaksa bekerja. Malam itu juga MIL telefon suami untuk memastikan Haikal tidak dimarahi oleh saya. Pulak. Kalau saya marah pun untuk mengajar bukan untuk membunuh.. isk

Hari Ahad, macam biasa Haikal seronok bangun sahur dan berpuasa malah mengikut saya ke Kamdar mencari langsir. Berkali-kali pesan supaya jangan berlari-lari nanti penat. So, sepanjang hari itu berbagai-bagai cara saya buat dan pujuk Haikal supaya dia bersabar menahan lapar. Sudahnya pukul 5.00pm, Haikal menangis di paha saya ( tengah mengopek udang di dapur) mengatakan yang dia sangat dahaga. Aduhai .. gagal lagi misi saya.

Sebenarnya Haikal perlukan encouragement dan bimbingan yang betul dan sedikit ketegasn sebab anak lelaki biasalah. Saya beritahu suami tak kisahlah kalau dia tak mampu dan berbuka, tapi kita mesti bimbing dan tengok dia setakat mana yang dia termampu hatta pukul 7 pm sekalipun...

Hari ini, entahlah... cuti sekolah duduk di rumah opah yang sarat dengan kasih sayang yang melampau.... nak tinggal di Nursery.. takut H1N1 pula.... So, saya tidak boleh terlalu mengharap hari ini.

2 comments:

A.K.U.D.O said...

bersabarlah..lagipun dia kat umah opahnye. nnti d nursery sure takde org layan dan dia pun dah lupa nak minum r mkn.
satu tips yg berkesan, tiada mkn ready dlm peti ais, mmg susahlah, tp membantu..

mamai said...

adakalanya perlu paksaan...wafiq dan hazeq dah puasa penuh setakat hari ini lom ada tinggal lagi