cool to share

Thursday, September 2, 2010

Aku dan Lukisan Naufal


Nnaufal ngan bantal busuk yang tak penah tinggal hatta ke sesekolah pun...


Bila Naufal melukis. Naufal akan melukis bila dia nak kan perhatian mamanya sebab mamanya akan puji lukisannyan cantik hahahhaha . Tapi untuk budak 5 tahun boleh lah. Selalunya bila dia lukis
dia akan lekatkan di peti ais supaya semua orang boleh tgk lukisan dia. Yang kat atas tu lukisan dia lukis semalam. Dia lipat2 macam surat dan stapled sebelum dia serahkan padaku. Perasan tak karakter mama pakai tudung kahkahkah....

"Mama macam mana eja nama mama?"
"S.H.I.L.A".
Hmmm layan kan ajela. Kertas A4 jangan cakapla. Selalunya aku beli untuk buat assignment tapi yang tukang perabih ialah budak2 ni.

Wednesday, September 1, 2010

Aku dan lagi..

Hari ini merupakan hari ke 12 hidup dengan chicken pox. Meaning.. sudah hampir 2 minggu aku tidak menjengah ke pejabat. Balik dari klinik pagi tadi , MC aku disambung sehingga hujung minggu ini. Seronok ke? Susahnya nak ungkapkan jawapan. Seronok bila banyak masa aku habis di depan tv sampai tv naik jemu tengok aku... Seronok bila secara kebetulan aku uzur so, aku bebas nak makan atau minum apa di rumah yehaa..
Tapi tak seronok bila badan kurang sihat, otak pun kurang sihat jugak. So, kadang aku diserang lemah-lemah badan atau sakit kepala. Jawapan terbaik ilah telan ubat dan tidur....
Tidak seronok bila apa yang aku rancangkan untuk Hari Raya kali ini, satu pun belum direalisasikan lagi. Kuih makmur yang aku plan nak buat tatkala weekend , nampaknya hanya tinggal tepung dan minyak sapi. Perasaan malas menyerang. Kalu hendak sebenarnya seribu daya. Tapi.. mood aku pun diserang chicken pox jugak..
Tambahan pula bila assignment dan latihan Managerial of Finance masih belum berusik... Adusss. Bila aku buka sahaja buku 'kitab' finance , mula lah kepala ku sakit dan loya.. Boleh pulak gitu.... Doktor kata sebenarnya bila kita sakit atau demam ada viral dalam badan kita yang menyerang sistem imunisasi. Secara tak langsung walapun demam sudah hilang, tapi badan dalam proses untuk kembali pulih seperti sediakala...
Aku pasrah . So, aku byk menghabiskan masa berehat betul-betul. Terima kasih Ya Allah!.