Hari ini merupakan hari ke 12 hidup dengan chicken pox. Meaning.. sudah hampir 2 minggu aku tidak menjengah ke pejabat. Balik dari klinik pagi tadi , MC aku disambung sehingga hujung minggu ini. Seronok ke? Susahnya nak ungkapkan jawapan. Seronok bila banyak masa aku habis di depan tv sampai tv naik jemu tengok aku... Seronok bila secara kebetulan aku uzur so, aku bebas nak makan atau minum apa di rumah yehaa..
Tapi tak seronok bila badan kurang sihat, otak pun kurang sihat jugak. So, kadang aku diserang lemah-lemah badan atau sakit kepala. Jawapan terbaik ilah telan ubat dan tidur....
Tidak seronok bila apa yang aku rancangkan untuk Hari Raya kali ini, satu pun belum direalisasikan lagi. Kuih makmur yang aku plan nak buat tatkala weekend , nampaknya hanya tinggal tepung dan minyak sapi. Perasaan malas menyerang. Kalu hendak sebenarnya seribu daya. Tapi.. mood aku pun diserang chicken pox jugak..
Tambahan pula bila assignment dan latihan Managerial of Finance masih belum berusik... Adusss. Bila aku buka sahaja buku 'kitab' finance , mula lah kepala ku sakit dan loya.. Boleh pulak gitu.... Doktor kata sebenarnya bila kita sakit atau demam ada viral dalam badan kita yang menyerang sistem imunisasi. Secara tak langsung walapun demam sudah hilang, tapi badan dalam proses untuk kembali pulih seperti sediakala...
Aku pasrah . So, aku byk menghabiskan masa berehat betul-betul. Terima kasih Ya Allah!.
No comments:
Post a Comment