cool to share

Wednesday, December 30, 2015

AMMAR ARIFF 2015

Akhirnya anak bertuah Mama dan Ayah lahir dengan selamat pada hari Isnin 27 Julai 2015, 9.37 malam. Masa Dr suruh push tu dalam kepala terfikir juga mampuke push dalam usia dan meningkat kertu ni? larat ke nak push macam orang muda. Tapi bila sekali aku push dan mampu bertahan dalam kiraan 10, I got to give my self applause! And push buat kali kedua there you are a boy cromosom XY la katakan, suara tangisnya memang WOW. Dapat pegang sekejap jer, rupanya uri pun turut tertanggal dan menyebabkan aku bleeding banyak. Sempat dengar baby bersin dua kali . Yes he is healthy and in good condition then I got to worry for myself pulak. Kalau bleeding tak stop I kena masuk OT..Oh tidak!!!! Alhamdulillah Dr Zetty and the team handled it profesionally and of course dengan well experience. Syukur Syukur alhamdulillah.
Finally Muhammad Ammar Ariff nama yang sesuai buat si kecil . Kebiasaannya nama sudah tersedia sejak dalam kandungan berdasarkan pengalaman abang-abangnya. Kali ini hampir 2 minggu buntu pilih nama. macam-macam nama tapi nak huruf 'A'.. huuhu
Meaning of Ammar: Ammar is an indirect Quranic name for boys that means “one who brings a place back to life”, “one who tends and maintains something”, “long-lived”, “God-fearing”, “pious”, “one whose presence brings joy to others”. It is the name of an important early companion (Sahabi) of the Prophet, peace and blessings upon him and his companions, whose name was Ammar bin Yasir. Ammar is derived from the Ain-M-R root (lifetime, to tend, to build) which is used in many places in the Quran.
Moga dia menjadi insan yang kuat membina sesuatu yang hebat dalam kehidupannya , kuat pendiriannya mempertahankan agama, menjadi insan yang tabah dalam membina kejayaan dunia dan akhirat dan berbuat baik dengan Mama dan ayah, berjaya dan lapang rezekinya. Amin. I am officially mother of 3 boys. Hebat tak? Hebat sebab banyak urat ku dah putus walaupun hampir putus nyawa. Walaupun tak ada nak perempuan, harap anak-anak mama boleh beri mama menantu yang baik yer hehehe...
Wajah Ammar semasa lahir . nampak putih kan? tapi now tak la putih pun sebab Ammar ikut kulit mama dia. Alhamdulillah... Syukur. Di hujung tahun 2015, kulabuhkan tirai dengan kenangan dan pengalaman mengandungkan Ammar, melahirkan Ammar dengan induce dan menyusukan Ammar dengan sepenuhnya susu badan. Moga Mama sihat dan kuat untuk Ammar dan Ammar juga sihat dan kuat untuk Mama. Moga aku istiqamah meneruskan perjuangan menyusu badan. Kini Ammar hampir 5 bulan dan masih menyusu badan sepenuhnya. Inilah pencapaian aku buat tahun 2015. The experience is priceless and Im proud of myself. Seriously who dont!!

No comments: