cool to share

Wednesday, April 22, 2009

Kak Norhayati Berahim

Bila tengahari tadi suami menelefon saya yang dia kan ke PWTC hari ini selepas tamat kursusnya di Shah Alam, hati saya melonjak riang. Dalam kepala berkira-kira.

"Abang nanti singgah di kedai NBKara . Belikan Ila novel tau."
"Abang belum bertolak lagi ni masih di hotel".

Aiseh pukul berapa nak perginya, Nanti tak adalah peluang bertemu Kak Yati. Isk ! ada ke Kak Yati hari ini?
Hampir pukul 2.30 ptg saya telefon suami bertanyakan dia di mana. " Abg baru sampai Pwtc. nak pergi makan dulu." Aiseh mesti tak ada penulis lagi tunggu di gerai. Gerutu didalam hati.
Hampir pukul 4.10pm saya telefon suami lagi, betapa seronoknya bila saya mengetahui yang suami kini berada di hadapan gerai NB Kara dan Norhayati Berahim berada di hadapannya sedang bercakap ditelefon dan sedang menandatangani buku yang dibeli oleh orang ramai.
Saya sangat steruja terus meminta suami hulurkan telefonnya kepada Kak Yati.
"Hello asslamulaikum Kak Yati. Ini Shila , Nurashila dari Ipoh."
"Oh! Shila".
"Saya wakilkan suami saya je, saya di office ni di Ipoh." Bla...bla...
Lebih kurang lah perbualan singkat saya sehingga saya rasa entah apa-apa saya cakap saya pun tak ingat. Tanya khabar pun tidak. Hahaha! Yang saya ingat Kak Yati kata "Take care to you too.
Hmm tak sangka Kak Yati yang sibuk itu sudi layan saya di talian telefon, saya wakilkan suami pulak itu. Jika difikirkan balik kelakar pulak, suami yang langsung tak kenal siapa dia Kak Yati dan apatah lagi Kak Yati dah tentu agak sangsi menyambut telefon dari tangan seorang lelaki yang idak dikenali pulak tu...
Apa-apa pun tahniah Kak Yati. Teruskan berkarya. Hasil karya Kak Yati sudah menjadi sebahagian dari cara saya menyelami kehidupan yang saya lalui kini. Watak2 yang ada juga pernah saya ketemui. InsyaAllah, saya doakan Kak Yati sentiasa dikurniakan idea yang kreatif dan terus berkarya.

Jika diizinkan Allah swt, akan sampai juga manuskrip saya ke NBKara...

3 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

Salam shila..
Naufal..macamana? Hari ini baru masuk blog shila..sibuk sangat2 faham2 ajelah
Terimakasih pada suami shila yang sanggup mengunjungi NBkara..
Wah shila pun nak jadi penulis ya?
Kami menunggu mskrip daripada shila..cerita fasal apa? fasal kopi..he.he?

Mamai said...

Yup mamai pun terigin ke PWTC tapi ahad nie sebab Tukar Tiub berada di sana....tulisan adalah satu cara untuk kita luahkan apa yang kita rasa kritikan baik atau buruk adalah penguat semangat untuk memperbaiki diri

idasm said...

salam shila,
baru bercakap di telefon, shila dah teruja , kalau ada peluang sembang live ngan kak yati mcm saya tempohari .. tak taulah mcmn terujanya.... tp itulah hakikatnya.. kak NB ni mmg baik dan mesra orgnya...
salam kenal dari saya.