cool to share

Wednesday, April 29, 2009

'kampung'

Saya dan Jenab saling memandang dan hampir rasa nak berguling-guling ketawa tetapi terpaksa menahan muka dengan mengatup mulut. Ah! Sukarnya menahan ketawa macam menahan berak pula rasanya. Saya menyiku Jenab agar dia bertenang dan berhenti dari ketawa yang bunyi seperti kentut tak sudah itu. Mana tidaknya badannya sahaja terhinggut-hinggut tetapi tiada bunyi.

Sebaik sahaja bas dalam kampus itu berhenti dihadapan sebuah kolej kediaman, seorang pelajar perempuan perlahan-lahan menaiki anak tangga bas dan berjalan dengan penuh berhati-hati menuju ke tempat duduk kosong di belakang saya. Semua mata memandang ke arahnya dan tumpuan mata menfokus dari atas kepala ke hujung kaki pelajar perempuan tersebut. Dalam hati saya waduh manis sungguh pelajar ini, berambut lurus perang paras bahu, berwajah bulat , berhidung mancung dan bibir merah menyala. Baju kurung cantek terletak dan agak seksi bila kelihatan dadanya yang terbonjol itu. Kecil molek, bertas tangan berjenama dan berkasut tumit tinggi yang hitam yang bertutup. Cepatnya dia menyesuaikan diri di universiti pengurusan yang mementingkan penampilan ala-ala coporate. Mesti budak bandar. Tidak seperti diri saya dahalu yang masih bersandal di tahun pertama. Wah! pelajar junior lebih bergaya dari diri saya yang sudah final year. Kalau beginilah wajah-wajah freshies yang masuk ke UUM tahun ini, alamatnya tak lakulah kakak-kakak senior macam aku nih. Gerutu saya di dalam hati dengan penuh cemburu.

Terdengar usikan dan siulan gatal dari pelajar-pelajar lelaki yang tersengih-sengih ingin mengurat si gadis pingitan tersebut. Gadis itu dengan wajah yang masam dan hidung sedikit ke atas terus melangkah ala-ala model catwalk tapi bertubuh rendah.Hmm saya dapat juga mencari kekurangannya iaitu saya masih jauh lebih tinggi darinya..hehehhe.Saya dan Jenab yang duduk disebelah hanya membatukan diri namun mata masih melekat pada gadis yang manis dan cantek Melayu itu.

"Weh! hang siap dak lagi assignment yang lecturer dok bagi tu? Nak ligan lagu mana ni? Aku sakit perut dua haghi dok ceghet-beghet keluak masuk jamban!"

Satu suara yang kuat dan nyaring betul-betul menganggu bukan sahaja saya dan Jenab malah pelajar-pelajar lain yang sedang dok melayan perasaan masing-masing. Bila saya paling ke belakang, rupa-rupanya suara yang nyaring mengalahkan loudspeaker dengan mengguna loghat ulu kampung yang pekat datang dari mulut muncung merah si minah cantek yang baru naik tadi.

Cis! semua pujian dan perasaan kagum tadi terus padam serta-merta. Betul-betul potong! Saya dan Jenab rasa gelihati yang amat sangat kerana perwatakan yang cantek dan anggun itu tadi terus lenyap dan bertukar menjadi clown yang sangat mengeletek perasaan. Aduhai janganlah 'kampung' sangat dek non oi! Kalau saya jadi boyfriend , lama dah saya tinggalkan! Tak kena gaya sungguh.



4 comments:

Mamai said...

masih teringat dengan awek kontrak aku semasa di UUM apakahbar dia

nurashila said...

amboi mamai......... ada awek kontrak na.. sib baik bukan isteri kontrak

Mamai said...

kisah lama zaman remaja semua boleh cinta itu agung biar sedetik.....ada ker isteri kontar cam best ajer....

shila said...

hahaha kalu tgk dlm filem or drama isteri or suami kontrak pun ada.. tak mustahil wujud.. cuma kita sebagai manusia yg tentukan nak ikut jln yang mana satu ...