cool to share

Saturday, June 13, 2009

Di zoo Taiping



Semalam, saya akhirnya berpeluang mengambil cuti setelah kereta keluar bengkel. Memandang sekolah akan dibuka lagi 2 hari, so saya tidak becadang pun untuk membawa anak2 jauh berjalan wpun pada awalnya telah plan ingin balik Puchong. So saya dan suami hanya membawa anak2 ke zoo Taiping. Hanya mengambil masa kurang sejam dari Ipoh. Semasa on the way, kereta meragam balik aduii so terpaksalah berhenti sekejap di R&R Sg Perak . Sempatlah budak2 ni main dan saya mengisi perut.
Selepas suami solat Jumaat, akhirnya kami sampai juga ke zoo Taiping wpun terpaksa berhenti 2-3 kali isiair radiator yang panas. Ada hikmah juga bila kami tidak balik ke Puchong, kerana kereta terpaksa masuk bengkel semula .Perjalanan jauh lagi payah. Gambar atas Haikal dan Naufal happy giler dapat naik train.

Posing depan gajah dgn gaya tersendiri. Janji kami semua tak penat sebab round naik train.Wapun cuacamemang terik sebab hampir pukul 2.30 ptg. Tiger pun tidor. Tahun ni je dah 2 kali sampai sini. Anak punya pasal mama n ayah tak kisah. Budget pun kecil hahhahha



Tempat favourite Naufal..kolam ikan yeayy




5 comments:

NoRT said...

bawak le manan pon...asalkan anak2 hepi... tu dah memadai

NORHAYATI BERAHIM said...

salam shila..
anak-anak, bawak ke mana2 pun asal dia orang gembira..kita pun sama-sama gembirakan..

shila said...

salam nort n kak yati betul tu, .. sebenarnya suami dah nak patah balik.. sebab frust juga sebab mekanik tak bole detect radiotr prob ,sebab testing tak jalan jauh. disebab anak2 besemangat nak pg zoo, kami ambik risiko teruskan juga ..bila ingat2kan semula jadi lawak juga

mamai said...

tempat rehat yang sama aku singgah masa pergi dan balik dari kedah last week...bercuti ke utara sambil melawat UUM yang tak ada orang....

kakyong said...

shila,

anak2 ni asal dpt kuor dr rumah & dpt rasa seronok, dah cukup dah tu.. bila anak2 hepi, ibu ayah pun senang hati..;)