cool to share

Thursday, June 25, 2009

Bila Stress di tempat kerja

Stress dalam kamus oxford - extra force used on sound in speech or music , pressure on an objrct, physical or mental .

Stress ditempat kerja secara keseluruhannya bukanlah fenomena yang baik untuk dijadikan sebagai budaya kerja. Kadang-kadang stress itu perlu untuk menggerakkan kerja agar bergerak lebih jauh tetapi dalam keadaan pushing over the limit boleh menyebabkan suasana kerja menjadi tidak sihat, dan kesannya yang buruk kepada diri kita terutama kesihatan, mental dan fizikal.

Saya pandang kiri kanan wajah-wajah yang saya kenal menunjukkan tanda-tanda stress. Boss bila stress dia kan pastikan anak-anak buahnya termasuk saya pun stress sama supaya mungkin dengan harapan stressnya akan menyusut. Mesyuarat yang semalam pun sangat stress rasanya. Dengan suara pengerusi yang kuat ( yelling and shouting) menjadikan semua participant diam menikus samada memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan volume yang sedia ada. Saya pula hanya meegimpikan remote control yang boleh saya paused atau forwardkan macam cerita 'Click; pulak hehehe.. Pada saya jika mesyuarat yang dipenuhi dengan arahan dan suruh buat itu ini baik tak yah mesyuarat keluar memo lagi senang. Mesyuarat adalah untuk berbincang dan memperolehi kata sepakat demi mencapai objektif yang sama. Lontaran idea dan pemikiran kritis yang penting untuk kita melaksanakan kerja dengan lebih profesional supaya saran dapat dicapai...

Bila saya stress di tempat kerja...
1. Saya akan pastikan mengambil breakfast yang mengenyangkan spt nasi lemak atau mee goreng dgn teh tarik.... perut kenyang kurang stress hehehe
2. Tenangkan diri tarik nafas sambil beristigfar
3. Sms pada kawan yang rapat sekadar meluahkan perasaan dgn sebaris dua ayat
4. Pergi kerja dengan bergaya,baju yang kemas, kasut tinggi tapi selesa, solekan yang complete ( foundation, bedak, eyeshadow, mascara, blusher, lipstick) makeup jgn terlalu over.. sesuai utk pejabat sahaja. Bila kita rasa wajah telah disolek dengan baik, kita akan rasa lebih confident berdepan dengan sesiapa termasuk boss.. Bila kena marah pun kita akan tetap nampak jelita... yeahhh.
5. Colleague akan respect dengan diri kita walapun kena marah openly. Apa yang perlu kita tunjukkan wajah selamba dan tenang kerana wajah orang tengah marah surely buruk hahhaha.. so still I menang kat situ.hehehe. Dan yang pastikan akan terdengarlah sok sek sok sek bercerita yang betapa tidak profesionalnya boss kita itu.
5. Buat joke dengan rakan yang sekepala
6. Pergi cafe kejap minum coffee ice.. ini hanya berlaku bila i boleh masukkan slot ini semasa i tengah sibuk giler.. cth report tu perlu submit lagi 1 jam ...
7. Jenguk FB atau blog rakan sekejap
8. Nyanyi lagu faveret dengan lirik yang betul hehehe.. its help me cool . lagu yang saya tgh dok hafal ialah lagu Love Story by Taylor Swift ...
9. Fikir apa yang kita akan buat selepas habis waktu kerja.. its cooling me down when Im really bengang

sambung lagi.....

5 comments:

Cikgu Nort said...

ermm.kalo stress... p toilet...basuh muka...

Unknown said...

stress ada di mana2, bekerja pun stress, di rumah 24 jam pun stress.. jd pandai2 lah menangani nyer.. jgn susahkan org lain sudah lah..

paling tak suka dgn bos yg suka nak shift kan stress dia pada kita...

dya said...

bile sy stress...sy suke conteng2 kertas
pstu...akn koyak2 kan kertas tu kecik2
klu x hilang gak...sy pijak2 lak kertas tu
wahh...over2..hahah

Pengasas said...

Assalamu'alaikum,
Bagus n3 ni. Tahniah.
Maaf. Saya senaraikan blog ini pada Pemaya (R-Z) dalam blog santai saya.

shila said...

Nort , Kak Yong ,Anggerik, Pengasas tks for the comment...
Setuju dgn pendapat kak yong tu... saper2 nak jadi manager kena belajar cara2 transform stress jadi benda yg menyeronokkan.
anggerik... saya lagi stresss kalu tengok kertas bersepah2 pulak hehehe...