"Mama, Haikal puasa hari ini". Dengan bangga Haikal memberitahu saya sebaik saya tiba di rumah Opahnya.
"Wah! bagusnya anak mama." Saya memeluknya.
"Haikal nak pergi Tesco main bowling." Haikal sudah menyarung seliparnya.
Patutlah baru saya teringat semalam saya ada berjanji jika Haikal puasa penuh, mama bawak main bowling ke Tesco. Masa tu saya sekadar berbasa-basi sahaja.
Hahaha.. tak kisahlah asalkan umpan saya mengena. Walaupun bowling yang dimaksudkan hanyalah game bowling yang perlukan 2 token untuk bermain...
3 comments:
alhamdulillah berjaya juga
tahniah2 kat haikal, oh..bowling tu shila ya. kat dalam jusco pun ada..akak selalu main dengan qaisara.he.he..
hmm bermula dengan sedikit akhirnya berjaya juga.. semuanya bermula dari minda
Post a Comment