cool to share

Friday, November 20, 2009

sayu..

malam tadi hati saya sayu sesayu sayunya ...seperti biasa naufal dan haikal akan baring disebelah kanan dan kiri saya dan saya akan membaca al fatihah, ayatul kursi dan beberapa surah pendek yang lain sebelum tidur, naufal biasanya minta di tepuk, kadangkala haikal bila dtg mengada-ngadanya juga pinta di peluk dan ditepuk seperti adik . naufal memang suka pinta digaru bila gatal. pinta digosok belakang hingga terlena. tiba-tiba saya terbayang-banyangkan wajah anak-anak yatim di darussalam. terutama yang masih kecil 6-7 tahun yang tidak mengerti apa-apa. mereka seronok dengan kehadiran tetamu yang bersilih ganti dan membawa pelbagai hadiah , namun kegembiraan itu hanyalah sementara. siapakah yang benar2 menyayangi mereka? seperti sayangnya saya pada naufal dan haikal. bila saya membayangkan jika naufal dan haikal berada di tempat mereka , naufal dan haikal juga akan menerima nasib yang sama. senyum bila tetamu sampai , salam cium tangan bila tetamu semua balik. seronok dapat hadiah stationeries atau duit raya. itu sahaja. sumbangan orang ramai tidak pernah putus, hadiah , kain baju pun sudah menimbun. tapi siapa yang sudi memeluk, mencium dan menepuk dan mencurahkan kasih sayang yang hakiki buat mereka? kasihan kan? lihat wajah mereka , mata hanya berkelip-kelip memandang sahaja wajah tetamu satu persatu yang datang dan pergi...mereka tetap di situ. kasihan nasib mereka yang lebih malang dari anak buangan. mereka punya keluarga tapi miskin dan bermasalah. bukan salah mereka. kadangkala anak tak sah taraf yang di jumpa di tepi jalan pun ramai yang ingin jadikan anak angkat dan mendidik sehingga berjaya .... tapi mereka ? ada beberapa pasangan yang terdiri adik -beradik boleh lah si abang atau si kakak memujuk si adik bila menangis. yang berseorangan...sendirilah mengubat lara. jika dilihat waktu makan, si abang akan mengambil nasi atau makanan dari pinggan si adik jika adik tidak mampu menghabiskannya. bila saya bayangkan yang dua beradik itu naufal dan haikal.. hati saya benar2 sayu......

No comments: