cool to share

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Hari Guru datang lagik.. Malam tadi sambil menyiapkan tugasan di kampus bersama dengan rakan sekelas, baru teringat Hari Isnin adalah hari Guru. Anak bertuah , Haikal telah ku soal minggu lepas nak beli apa untuk Cikgu. Senang sikit nak plan. Dah la mamanya sibuk dengan kelas dan nak exam lagik. Jawapan selambanya ialah tak ada apa-apa. Haikal tak nak bagi apa-apa. Isk pelik betul. Anak kawan baik aku, Muiz siap plan nak 8 hadiah untuk Cikgu. Mungkin Haikal masih rasa bersalah sebab tak beli bunga untuk mama masa hari ibu. Masa aku dah merajuk 3 malam lepas , bila aku balik dari discussion grup , ada kertas A4 yg dilipat jadi kad tertera perkataan Haikal sayang mama, ayah dan naufal, Selamat Hari Ibu. Kembang kejap.

Okay berbalik kepada topik guru. Pikir punya pikir aku dah buntu. Jam dah pukul 8 malam. Isk! mana nak carik bunga malam2 buta. Last2 aku call Kak Wan. Secara kebetulan pulak dia pun baru nak keluar dari rumah cari gifts untuk anak dia. Wah aku pun apalagi tumpang order. Senangkan bila kita ada kawan.... So today Haikal bawak 8 hadiah untuk Cikgu dan Cikginya. Dah sejak malam tadi aku berpesan banyak kali bagi pada Cikgu sorang2 bukan bagi beg plastik. Bebelan aku ni hanya berhenti selepas Haikal turun dari kereta pagi tadi.

Kenapa aku peringatkan Haikal sebab masa 2 tahun lepas, sambutan hariguru Tahun 6 di Tadika (2008). Haikal pun bawak hadiah untuk guru-gurunya. Ada 7 mug dan semuanya aku balut dengan kertas hadiah dan tulis nama guru-guru berdasarkan nama panggilan yg dia biasa panggil. Semua tu aku letak dalam beg plastik . Rasanya berpuluh2 kali pesanan bagi hadiah pada Cikgu ikut nama guru-guru yang ditulis. Apa jadi? Selepas sahaja aku tinggal Haikal di sekolah tadika, dia terus bagi pada Cikgu (penyambut yg bertugas) sambil menghulurkan satu bundut beg plastik . Sambil berkata "Nah Cikgu. Mama yang kasi. Mama beli dekat Pasabina semalam!" ( Di ceritakan semula oleh Cikgu itu ).

Aduhai....


No comments: