Hari ini merupakan hari ke 4 umat Islam di malaysia berpuasa termasuklah saya. So far so good. Alhamdulillah. Mengajar anak berpuasa yang sebenarnya sangat mencabar ye tak. Hari pertama anak sulung 8 tahun memulakan puasa di sekolah. Kesian hari panas tapi tak apalah masa ini kita kena bertegas dengan anak2 kalau tidak bila lagi nak berpuasa yetak. Balik sekolah petang pukul 5.45 saya menjemputnya seperti biasa di sekolah. Sampai di kawasan sekolah kelihatan murid2 sekolah menderu ke pintu pagar walaupun muka masing2 lesu tapi bila nak balik mesti bersemangat kan.
"Mak cik , Haikal tak puasa dia minum air". Tegur kawan sekelas Haikal , Zikri.
Aik bila masa dia bawa air. Takper sabar2 jgn marah2 puasa ni.
Bila nampak Haikal muka layu , kaki longlai melangkah, saya tersenyum.
"Haikal tak puasa yer?"
"Haikal tak tahan dahaga sangat".
"Minum air apa?"
"Haikal bawak dari rumah".
Err.......hati sabarlah hati.
*hingga ke akhir hari ini Haikal berjaya berpuasa penuh 2 hari. Hari ini harap2 dia berjaya completekan puasa.
No comments:
Post a Comment