cool to share

Friday, August 6, 2010

Aku dan Hari Ini

alhamdulillah . hari ini dapat mendengar tazkirah pagi selepas bacaan Yassin. Ustaz Zul memperkatakan mengenai puasa iaitu di manakah 'level' puasa kita sehingga ke hari ini jika dibanding dengan tahun2 yang sebelumnya. Seperti diri saya saya telah mula berpuasa sejak Darjah 1 lagi iaitu umur 7 tahun . So kita bandingkan puasa kita sejak kita kecl sehingga ke hari ini dan adakah kit asudah berpuas hati dengan tahap 'kepuasaan' kita sehingga ke hari ini... tepuk dada tanya iman dan akal ... insaf rasanya mendengarnya...

Hari ini jugak saya berjumpa dengan kaunselor iaitu Drs. Z. Untungkan bila bekerja di institution pengajian tinggi. Mengenali Drs. Z (DZ) sejak di hari Team Building kami satu kumpulan. so agak mudah berinteraksi dengannya tambahan pula saya sememangnya peramah. Ingin mengenali personaliti dgn lebih mendalam, DZ telah memberi saya soalan atau kuiz dan menyuruh saya menjawabnya. Dan kuiz tu telah saya jawab 3 minggu lepas dan hari ini baru saya berkesempatan menyerahkan pada DZ dan DZ telah sudi mengira dan seterusnya menerangkan tahap personaliti saya. yap ada 2 part yang saya perlu improve iaitu 1) Aku agak pasif dari segi suka mengelakkan konflik 2) tahap leadership aku yang berada ditengah2 iaitu suka memimpin dan suka dpimpin, tapi rate berat ke suka dipimpin. So saranan DZ ialah improve kedua2 bahagian tersebut dengan ubah fikiran lebih positif.

Tapi saya ada reason utk 1) dan 2) , mungkin saya baru di sini so mengenali ramai orang tanpa mewujudkan konflik adalah sgt penting. Saya cuba elak semua risiko yang mingkin saya hadapi. Bhgn ke 2 pulak mungkin saya di tempat di unit baru iaitu saya seorang as a head so no staff yet! jadi saya lebih kepada dipimpin oleh mereka yang lebih senior.. ini pendapat saya lah... mungkin berubah.

bhgn2 yang lain boleh dikekalkan seperti emosi, tenang, empati dll. DZ menyarankan agar saya mengambil semula kuiz selepas 3 bulan..... Yupp bulan DEC pulak... hoping diri saya bertambah baik dan mantap daris egala segi. emosional, mentaliti, IQ & EQ. InsyAllah

No comments: