cool to share
Wednesday, October 28, 2015
Hb rendah semasa preggy
Ini perkara normal bagi aku since anak sulung lagi. masa anak 1st and 2nd mabuk teruk muntah monggek. But this time around alahamdulillah tak ada pulak muntah monggek cuma flat setiap kali balik rumah selepas waktu pejabat. Okay la tu kan still boleh drive lagi to and fro kira jauhhhh lebih baik dari yang dulu. Yupp at my age what can I expect? Of course I expect less. But Allah SWT give me more. Alhamdulliah. Baby tahu maknya dah 'tua but gojes' and bekerja pulak tu. Sepanjang mengandung 9 bulan , hanya dua hari jer ambil MC.
So I took Folic asid and zink without fail to increase my Hb. Normal is above 11. But mine below 11 , selalunya 10.1 - 10.6. Pernah juga 9. Hhuhu susahnya nak naik. Tentang makanan I rolak batu and kayu jer.... lain-lain I bedal. Risau if Hb semakin low, risiko untuk dapat anemia tu tinggi.Satu lagi yg selalu merisaukan aku ialah mampu tak aku 'Push' or bersalin normal nanti. Dah tentu energy tak sekuat umur 20an dan 30an ye tak.. ?
Kesan anemia semasa hamil boleh mempengaruhi bayi? Antaranya:-
1)Bayi lahir tidak cukup bulan
2)Bayi lahir kurang berat
3)Bayi lahir mati (‘stillbirth’)
4)Mempengaruhi kesihatan ibu hamil
5)Tumpah darah semasa bersalin
6)Peningkatan risiko meroyan (postpartum depression)
7)Mempengaruhi simpanan zat besi bayi di peringkat awal kelahiran
8)Bayi berisiko tinggi untuk menghidap anemia.
Selain dari jaga makanan , kesihatan, perlu doa tawakal agar kandungan dipelihara dan dikurniakan kesihatan yang baik ....
Thursday, October 22, 2015
Amniocentecis
Sambung cerita post Preggy part 1 & part 2. Kenapa aku menjalani amniotic test ialah tak lain tak bukan supaya aku tahu condition fetus atau baby yang aku kandung. Aku percaya pada Qada dan Qadar dan tidak akan menolak sebarang kemungkinan apabila mengandung pada umur 40an memang banyak risiko. Memang hati aku risau tapi pada masa yang sama aku harus optimis. Biar aku tahu keadaan dia sekarang dan bukan selepas 9 bulan nanti.Apa yang boleh aku buat ialah berdoa dan solat hajat moga jauh dari sebarang keburukan.
Menunggu keputusan 2 minggu sememangnya mendebarkan. Sampilah satu hari pagi yang bening dan syahdu ketika sedang driving entah tak ingat nak ke mana, Sister Rohanita dari Klinik O&G called dan terus bagitahu keputusan semua okay. Siap cakap "kamu jangan ler ghiso, semua okay . Bila nak belanja akak"? Syukur Alhamdulillah. Rasa sebeban kerisauan luruh ke kaki , kepala rasa ringan. Jantina baby pun dah tau. Result telah di faks ke HRPB dari Hospital Princecourt. Oh ya, utk kita buat test ni, kita perlu membayar sebanyak RM580 ke akaun CIMB . Meaning bayar utk lab di Princecourt. Tak ada benda free yer uols.
How sex is determined?
Humans have an additional pair of sex chromosomes for a total of 46 chromosomes. The sex chromosomes are referred to as X and Y, and their combination determines a person’s sex. Human females have two XX chromosomes while males possess an XY pairing. This XY sex-determination system is found in most mammals as well as some reptiles and plants.
Maksudnya untuk menentukan jantina setiap kromosom mesti berpasang-pasang samada kromosom X atau kromosom Y. Bagi perempuan kromosom mesti menunjukkan kromosom X hanya berpasang dengan kromosom X ; XX dan lelaki pula ialah kromosom X berpasang dengan kromosom Y. So result untuk baby Ammar terus terpapar XY... 'lelaki lagi!. Tak apalah janji dia sihat and no sign of abnormality. Syukur.
Humans have 22 chromosome pairs and two sex chromosomes. Females have two X chromosomes; males have an X chromosome and a Y chromosome.
Credit: U.S. National Library of Medicine
Ringkasnya kromosom Y hanya ada pada lelaki. So jika teringin sangat anak lelaki mesti dapat kromosom Y tu.... jika tak memang gegel la...huhuhu
Monday, October 19, 2015
Preggy at 40 (part 2)
Okay sambung balik perbincangan last post.
Amniocentesis test ialah check condition fetus/baby menerusi air ketuban (amniotic fluid)
"What Is Amniocentesis?
Amniocentesis is a prenatal test in which a small amount of amniotic fluid is removed from the sac surrounding the fetus for testing. The sample of amniotic fluid (less than one ounce) is removed through a fine needle inserted into the uterus through the abdomen, under ultrasound guidance. The fluid is then sent to a laboratory for analysis. Different tests can be performed on a sample of amniotic fluid, depending on the genetic risk and indication for the test."
Maksudnya kita boleh tahu keadaan kandungan kita di peringkat awal samada dia Ds (Downsyndrome) atau ada kecacatan (abnormality). Melalui result juga nanti boleh tahu jantina anak. Air ketuban akan diambil dan dihantar ke lab untuk proses. Biasanya dalam masa 2 minggu boleh terima. Dr Maizun Ar Ridhuan telah refer saya ke O&G HRPB Dr Japparaj. Setelah membuat appointment hari yang dinantikan pun tiba. Seperti biasa semua check-up saya pergi sendiri jer. Hubby selalunya ada hal , meeting or apa-apa yang tak boleh dielak. Kalau boleh memang tak nak ganggu jadual hospital atau jadual kerja kita so saya proceed jer la. Dr Japparaj dan Dr Dewi memang dah standby so saya ikut giliran. Firstly kita perlu tunjuk bukti pembayaran dan sign all documents yang mengatakan we agreed to accept any risk and 'unfavor' result if 'What if' . Risk memang ada iaitu jangkitan kuman or leaking. Walaupun memang jarang-jarang berlaku. Also, jangan terperanjat if they could detect macam-macam. So mental must be prepared. As myself memang dah nekad and the rest I serah to Allah SWT. InsyaAllh. So as usual , pagi tu dah inform hubby but he could not make it nak teman I. Lagipun prosedurnya bukan lama. 30 minit shj. Cuma rugila hubby sebab tak dapat witness how the amniotic fluid was taken from mother's abdomen without 'disturbing' the baby. It was a priceless experience tau. Yer la jarum halus 7 cm di tebuk terus ke dalam uterus. Dr Japparaj sempat tanya I " Why u nak buat prosedur ni"? Muka dia hairan. I pun hairan jugak sebab as a pakar this is normal kan. Then Dr Dewi menyampuk "She is 40 Dr."..OOOOO... panjang ooo Dr Japparaj. "But You tak nampak 40 pun... apa you makan" sambil tangan dia dok gerak-gerak atas perut sebab tengah scan , matanya tak lepas pandang skrin. I senyum jer la.."hahhaha I makan nasik lemak and minum teh tarik"... So , I feel comfortable lying on the bed sambil tengok skrin besar depan tu. So jelas nampak kepala dan kaki baby di mana. So Dr akan pilih tempat cucuk jauh dari baby la kan. Lepas sapu cecair antibiotik , the prosedur is begin. Saya di suruh relaks and dont panik. A fine needle di masukkan slowly menembusi kulit perut. Jelas nampak di skrin tu bagaimana amniotic fluid disedut slowly . Dr Japaaraj said , amniotic fluid akan diambil 20 ml, tapi bila baby bergerak-gerak agak aktif Dr kata 17ml pun mencukupi.Terus Dr tarik jarum... fuhh lega. Amniotic fluid color macam air kencing yellowish sikit. Prosedur macam di bawah ni.
Thursday, October 15, 2015
Preggy at 40 (Part 1)
Pernah ke terpikir untuk mengandung semula setelah anak yang bongsu berumur hampir 10 tahun? Memang tak arr. Masa umur 37-38 memang teringin sangat nak preggy semula. Yer la 'toy' peluk2 dah tak ada kan. Susah nak gomol hihi. Susahnya nak lekat walaupun doktor check should be no problem and period pun regular. Lepas kelahiran Rayyan (anak adik) barulah si Haikal dan Naufal ada menyebut nak adik. Statement Naufal "kalau Rayyan bin Ariff kan best"? haahhaha. mentang-mentang ler nama dia Naufal Ariff bin Ariff.
Balik trip dari Vietnam (21 - 25 November 2014) asyik pening. Jetlag ke aku ? Peliknya rasa nak tidur plus pening . Jumpa doktor MC. Suruh dia check takut ada darah tinggi. Sudahnya doktor India tu kata you okay and healthy tak ada apa-apa. I sound la Doc tu "Boleh tak i nak check UPT?" Buat jer la sbb time tu dah 2 hari lewat. Confirmed positive. Hmm alhamdulillah I sakit buatan orang rupanya... heh heh heh . Doktor India tu siap senyum and wish me gudluck. Before leaving the room he said "You 40 and anything can happen and all the best yer". I jawab la its okay may God take care of me..... bengkak jugak hati tapi tak apala bukan dia tau Qada dan Qadar pun.
Masuk 7 weeks pegi Ar Ridhuan utk scan alhamdullah semua nampak okay . Tapi of course the statement was only a statement how to ensure he/she is betul-betul 'okay'?. Dr Maizun suggested I jumpa pakar O&G to further test. Umur pun dah 40 and risiko tetap ada. Risiko paling tinggi ialah Down syndrome baby.
" A woman's chances of giving birth to a child with Down syndrome increase with age because older eggs have a greater risk of improper chromosome division. By age 35, a woman's risk of conceiving a child with Down syndrome is about 1 in 350. By age 40, the risk is about 1 in 100, and by age 45, the risk is about 1 in 30. However, most children with Down syndrome are born to women under age 35 because younger women have far more babies."
I decided to proceed untuk buat amniocentesis test and I firmed with the decision so taht I boleh tahu tahap kesihatan fetus. The earlier the better kan. Ramai tanya I jika Ds camna? you nak gugurkan ke? Amniocentesis test tu hanya boleh dibuat 15 weeks ke atas. Meaning baby dah 3 bulan kan?
to be continued..
Monday, October 12, 2015
Semangat baru berblog
Ya Allah hampir 3 tahun saya tidak berblog. Semangat menulis hilang entah ke mana-mana. Sejak lahirnya Ammar baru semangat itu seakan-akan cambah semula. Ammar? Siapa Ammar. My little pumpkin . hari ni dah 73 hari . Nanti i story sikit-sikit...:)
Subscribe to:
Posts (Atom)