cool to share

Monday, October 19, 2015

Preggy at 40 (part 2)

Okay sambung balik perbincangan last post. Amniocentesis test ialah check condition fetus/baby menerusi air ketuban (amniotic fluid) "
What Is Amniocentesis? Amniocentesis is a prenatal test in which a small amount of amniotic fluid is removed from the sac surrounding the fetus for testing. The sample of amniotic fluid (less than one ounce) is removed through a fine needle inserted into the uterus through the abdomen, under ultrasound guidance. The fluid is then sent to a laboratory for analysis. Different tests can be performed on a sample of amniotic fluid, depending on the genetic risk and indication for the test."
Maksudnya kita boleh tahu keadaan kandungan kita di peringkat awal samada dia Ds (Downsyndrome) atau ada kecacatan (abnormality). Melalui result juga nanti boleh tahu jantina anak. Air ketuban akan diambil dan dihantar ke lab untuk proses. Biasanya dalam masa 2 minggu boleh terima. Dr Maizun Ar Ridhuan telah refer saya ke O&G HRPB Dr Japparaj. Setelah membuat appointment hari yang dinantikan pun tiba. Seperti biasa semua check-up saya pergi sendiri jer. Hubby selalunya ada hal , meeting or apa-apa yang tak boleh dielak. Kalau boleh memang tak nak ganggu jadual hospital atau jadual kerja kita so saya proceed jer la. Dr Japparaj dan Dr Dewi memang dah standby so saya ikut giliran. Firstly kita perlu tunjuk bukti pembayaran dan sign all documents yang mengatakan we agreed to accept any risk and 'unfavor' result if 'What if' . Risk memang ada iaitu jangkitan kuman or leaking. Walaupun memang jarang-jarang berlaku. Also, jangan terperanjat if they could detect macam-macam. So mental must be prepared. As myself memang dah nekad and the rest I serah to Allah SWT. InsyaAllh.
So as usual , pagi tu dah inform hubby but he could not make it nak teman I. Lagipun prosedurnya bukan lama. 30 minit shj. Cuma rugila hubby sebab tak dapat witness how the amniotic fluid was taken from mother's abdomen without 'disturbing' the baby. It was a priceless experience tau. Yer la jarum halus 7 cm di tebuk terus ke dalam uterus. Dr Japparaj sempat tanya I " Why u nak buat prosedur ni"? Muka dia hairan. I pun hairan jugak sebab as a pakar this is normal kan. Then Dr Dewi menyampuk "She is 40 Dr."..OOOOO... panjang ooo Dr Japparaj. "But You tak nampak 40 pun... apa you makan" sambil tangan dia dok gerak-gerak atas perut sebab tengah scan , matanya tak lepas pandang skrin. I senyum jer la.."hahhaha I makan nasik lemak and minum teh tarik"...
So , I feel comfortable lying on the bed sambil tengok skrin besar depan tu. So jelas nampak kepala dan kaki baby di mana. So Dr akan pilih tempat cucuk jauh dari baby la kan. Lepas sapu cecair antibiotik , the prosedur is begin. Saya di suruh relaks and dont panik. A fine needle di masukkan slowly menembusi kulit perut. Jelas nampak di skrin tu bagaimana amniotic fluid disedut slowly . Dr Japaaraj said , amniotic fluid akan diambil 20 ml, tapi bila baby bergerak-gerak agak aktif Dr kata 17ml pun mencukupi.Terus Dr tarik jarum... fuhh lega. Amniotic fluid color macam air kencing yellowish sikit. Prosedur macam di bawah ni.

No comments: