Dalam kelewatan menulis di blog dan kesibukan tugas di pejabat serta anak-anak yang masih lagi kurang sihat kerana demam, hari ini saya teringatkan salah seorang rakan sekerja bakal melangsungkan pernikahan dan perkahwinannya dengan pasangan yang dicintainya.
"Berdebar-debar rasanya".
Bakal pengantin menyuarakan rasanya sebelum dia bercuti panjang.
"Relakslah, memang la takut tapi teruja tau". Saya mengenyitkan mata.
"Entahlah kak. Tak tahu bagaimana nak mulakan nanti. Nak terus terkam ke atau simpan dahulu".
"Eh! kata orang tua-tua, elok di rasmikan di rumah perempuan. Petua ini kononnya agar pasangan kita tak berat hati nak pulang ke rumah kita".
"Entahla kak. Kalau dah penat-penat mengemas rumah selepas kenduri, alamatnya dua-dua terus berdengkur. Maklumlah kenduri masak sendiri. Penatlah sikit.
Kami terburai ketawa.
"Yelah tu. Entah-entah terus on je". Saya cuba mengusik.
Saya tidak habis-habis berpesan supaya segala persiapan diri jangan dilupakan. Maklumlah, biarlah malam pertama adalah malam yang diingati untuk selama-lamanya. Sebagai perempuan tidak boleh diri kita sekadar tangkap muat sahaja bila menyiapkan diri untuk suami. Yelah, selama hari ini, muka, tangan dan hujung kaki kita sahaja yang dia nampak. Kalau malam itu , ada pulak kurap panau di badan , tak ke malu besar??
Ah!! nasib baik zaman saya sudah berlalu. Saya memang menitik beratkan kesihatan dan kebersihan.
Saya teringat cerita seorang kawan saya , yang bersiap secara berlebih-lebihan pula. Lagi seminggu perkahwinan, dia sibuk pergi ke Spa, berlulur dan bertangir menggunakan rempah ratus yang disediakan di Salon itu.
Apalagi, malam pertama, suami rasa tak tahan dengan bau rempah di badan isteri. Suami rasa pening dan nak termuntah. Akhirnya malam pertama keramat itu berlalu begitu sahaja. Jika selepas dua minggu baru nak rasmi, tak sesuailah panggil malam pertama. Yetak?
1 comment:
tersenyum sampai ke telinga intan baca entry ni :)
Post a Comment