cool to share

Saturday, February 14, 2009

Malas

Haha sememangnya bila membaca post Kak Yati, saya pun terjangkit dengan malas yang diceritakannya. Cuma saya sedikit berbeza ceritanya.
Dalam keadaan di negeri Perak yang agak tidak stabil dek kerana dua kuasa cuba merebut tampok pemerintahan, menjadikan saya semakin malas nak berfikir dan berpihak mana-mana. Bukan tidak ada rakan-rakan yang sebuk bertanya tentang Negeri Perak sehingga saya sendiri pun tidak tahu bagaimana nak cerita dan mana satu nak percaya. Tidak semua media mengeluarkan berita yang tepat. Rumors dan cerita orang jangan cakaplah semuanya mengelirukan. Setiap hari ada sahaja jalan ditutup sehinggakan Ipoh yang tidak pernah sesak mula sesak . Kadang-kadang kereta terpaksa berhenti kerana memberi laluan kepada Paduka Sultan dan para VVIP. Semua ini berlaku di depan mata saya hampir setiap hari kini. Sementelah pejabat terletak di hadapan jalan utama , Jalan Sultan Idris Shah.
Ahh..Malasnya nak berfikir bagaimana tamatnya cerita dua orang yang sedang berebut kuasa
Malas nak fikir siapa yang haram siapa yang halal.
Malas nak berfikir betapa kenapa setiap orang meletakkan nilai yang begitu tinggi pada apa yang dinamakan 'undi'.
Malas nak fikir kenapa ada yang suka berbaring di atas jalan.
Malas nak fikir bagaimana rapohnya ikrar yang diucap sehingga sanggup berpaling.
Malas juga nak fikir kenapa sumpah boleh ditarik balik.
Hmm malasnya nak fikir bila rakan-rakan memberi analisis sendiri dan bercerita macam dia pulak ahli politik... opps ini bukan malas nak fikir tapi malas nak dengar dah......
Hanya doa saya panjatkan agar tidak berlaku huru-hara dan Perak aman damai semula, dan biarlah saya dapat terus mencari rezeki di bumi ini dan rasa bertuah kerana masih lagi berpeluang pekena kopi di mana-mana kopitiam sebelum pulang ke rumah...

Saya hanya insan biasa yang suka tengok WonderPet dengan anak-anak.
"Kami tak besar dan kami tak kuat , bila berkerjasama semua jadi mudah....apa yang penting.. kerjasama..apa yang penting ...kerjasama...

Sunday, February 8, 2009

masih di persimpangan

Jika menyoroti usia yang makin lanjut,rasa macam sudah terlambat untuk menyambung study diperingkat master.. Cita2 yang masih kukuh di hati tapi semangat yang kian pudar. Dulu teringin nak jadi Cikgu minta setiap tahun tapi tak pernah dapat. 2009 , umurdah 35, so ramai yang kata tak boleh apply cikgu dah. Hm nak sambung master , byk benda nak kena fikir.. macam2 kadang2 benda yang kita tak patut fikir pun kena fikir... Tapi kadang2 tu terfikir jugak orang tak pernah fikir pun pasal diri kita.
Hm entahle. Dari semalam saya dan Intan berbincang tru sms mengenai application ke UPSI. Kalu ada geng syok gak. Tak le boring sangat atau terkial2 nak buat assignment sorang.
Sorry lah hubby, saya kena pikir juga apa yang saya minat,mampu buat dan yang saya inginkan selama ini. Saya penat dah nak menunggu atau fikir pasal keluarga abang yang entah sampai bila-bila cukup 'menyemakkkan' fikiran saya. Sorry if those word hurts. But it hurts me more then I thought....
Banyak lagi benda yang saya nak buat antaranya..
1) Siapkan novel yang pertama
2) Bekerja dengan organization yang yang boleh build up career and life. Pendek kata work for career.
3) Own business sendiri..
4) Anakyang ramai hahahahha...mcm tak sempat je..

Tuesday, February 3, 2009

Cuti Jubli Perak

Hari ini Perak merupakan cuti umum sempena sambutan Jubli Perak oleh pemerintahan Tuanku Sultan. Sudah tentu hari ini adalah untuk keluarga. Haikal yang kini sudah sebulan bersekolah di Tahun 1, sudah 2 minggu merengek ingin ke sekolah agama seperti rakan-rakannya yang lain. Jadi hari ini saya mencari persiapan seperti baju melayu dan buku Iqro' untuknya. Penat juga mencari baju Melayu dari Tesco hingga ke Silibin kerana kebanyakannya tiada saiz untuknya kebanyakannya hanya tinggal saiz s dan L, XL. Akhirnya dapat juga saiz Haikal walaupun lubang kepala agak sendat sedikit. Takpalah , pandai saya retas jahitnya nanti.

Esok bolehlah dia memulakan hari pertamanya di Sek. Ren Agama Rakyat Nurul Iman di Pengkalan bersama teman baiknya Muiz. Apa-apapun terima kasih kepada Mama Muiz , Kak Wan sebab banyak membantu saya menguruskan pendaftaran dan pengangkutan sekolah agama untuk Haikal dan terima kasih daun keladi juga sebab sudi tunggu Haikal di pintu pagar sekolah, bila kadang-kadang saya lewat tiba menjemputnya.