Hari ini Perak merupakan cuti umum sempena sambutan Jubli Perak oleh pemerintahan Tuanku Sultan. Sudah tentu hari ini adalah untuk keluarga. Haikal yang kini sudah sebulan bersekolah di Tahun 1, sudah 2 minggu merengek ingin ke sekolah agama seperti rakan-rakannya yang lain. Jadi hari ini saya mencari persiapan seperti baju melayu dan buku Iqro' untuknya. Penat juga mencari baju Melayu dari Tesco hingga ke Silibin kerana kebanyakannya tiada saiz untuknya kebanyakannya hanya tinggal saiz s dan L, XL. Akhirnya dapat juga saiz Haikal walaupun lubang kepala agak sendat sedikit. Takpalah , pandai saya retas jahitnya nanti.
Esok bolehlah dia memulakan hari pertamanya di Sek. Ren Agama Rakyat Nurul Iman di Pengkalan bersama teman baiknya Muiz. Apa-apapun terima kasih kepada Mama Muiz , Kak Wan sebab banyak membantu saya menguruskan pendaftaran dan pengangkutan sekolah agama untuk Haikal dan terima kasih daun keladi juga sebab sudi tunggu Haikal di pintu pagar sekolah, bila kadang-kadang saya lewat tiba menjemputnya.
No comments:
Post a Comment