cool to share

Saturday, February 14, 2009

Malas

Haha sememangnya bila membaca post Kak Yati, saya pun terjangkit dengan malas yang diceritakannya. Cuma saya sedikit berbeza ceritanya.
Dalam keadaan di negeri Perak yang agak tidak stabil dek kerana dua kuasa cuba merebut tampok pemerintahan, menjadikan saya semakin malas nak berfikir dan berpihak mana-mana. Bukan tidak ada rakan-rakan yang sebuk bertanya tentang Negeri Perak sehingga saya sendiri pun tidak tahu bagaimana nak cerita dan mana satu nak percaya. Tidak semua media mengeluarkan berita yang tepat. Rumors dan cerita orang jangan cakaplah semuanya mengelirukan. Setiap hari ada sahaja jalan ditutup sehinggakan Ipoh yang tidak pernah sesak mula sesak . Kadang-kadang kereta terpaksa berhenti kerana memberi laluan kepada Paduka Sultan dan para VVIP. Semua ini berlaku di depan mata saya hampir setiap hari kini. Sementelah pejabat terletak di hadapan jalan utama , Jalan Sultan Idris Shah.
Ahh..Malasnya nak berfikir bagaimana tamatnya cerita dua orang yang sedang berebut kuasa
Malas nak fikir siapa yang haram siapa yang halal.
Malas nak berfikir betapa kenapa setiap orang meletakkan nilai yang begitu tinggi pada apa yang dinamakan 'undi'.
Malas nak fikir kenapa ada yang suka berbaring di atas jalan.
Malas nak fikir bagaimana rapohnya ikrar yang diucap sehingga sanggup berpaling.
Malas juga nak fikir kenapa sumpah boleh ditarik balik.
Hmm malasnya nak fikir bila rakan-rakan memberi analisis sendiri dan bercerita macam dia pulak ahli politik... opps ini bukan malas nak fikir tapi malas nak dengar dah......
Hanya doa saya panjatkan agar tidak berlaku huru-hara dan Perak aman damai semula, dan biarlah saya dapat terus mencari rezeki di bumi ini dan rasa bertuah kerana masih lagi berpeluang pekena kopi di mana-mana kopitiam sebelum pulang ke rumah...

Saya hanya insan biasa yang suka tengok WonderPet dengan anak-anak.
"Kami tak besar dan kami tak kuat , bila berkerjasama semua jadi mudah....apa yang penting.. kerjasama..apa yang penting ...kerjasama...

1 comment:

zara aluwi said...

Salam Shila,
Tak usah difikirkan mereka tu. Biarkan mereka berjuang atas tiket masing-masing. Siapa yang memerintah, sama saja keadaannya. Kalau ekonomi jatuh merudum sekali pun, mereka tak akan mampu mempertahankannya. Yang menjadi mangsa adalah kita... mereka tetap senang lenang.