cool to share

Monday, May 25, 2009

ini masa diaorang... nasib kita belom tahu lagi..

Hari ini pabila membuka email saya, saya agak terkejut bila menerima email dari 'rakan baru' yang menghantar gambar suaminya dengan perempuan lain. Minggu lepas hari Rabu, rakan baru yang merupakan seorang isteri mengadu dan menceritakan luahan hati dan perasaan kecewanya terhadap suami yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh, namun curang jua di belakang isteri.Saya sebenarnya amat kagum ketabahan dirinya yang menerima ujian demi ujian dengan sabar dan tabah. Ayat-ayatnya penuh dengan kekecewaan dan kesedihan.

Pelik juga bunyi cerita ini, bila seorang isteri yang tidak mengenali saya dan begitu juga sebaliknya, menolak rasa malu dengan menceritakan segala perbuatan suaminya kepada saya. Sebenarnya saya memang mengenali suaminya sebagai rakan sekerja tetapi tidak berhasrat pun untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga orang walaupun tahu tentang cerita kecurangan yang pertama tetapi telahpun kembali kepangkal jalan. Namun ada lagi rupanya rentetan kecurangan itu dengan perempuan lain pula. Saya sememangnya dapat membayangkan perasaan kecewa isterinya yang telah memberi peluang namun peluang itu tidak dihargai suaminya langsung.

Disamping menyuruhnya bersabar dan jangan terus memikirkan jalan terakhir iaitu berpisah, saya menasihatnya dengan memberi beberapa tips kepada wanita tersebut antaranya mula bergaya dan menghias diri sendiri dan jangan terlalu kedekut untuk mengeluarkan sedikit wang utk membeli losyen , powder atau perfume untuk diri sendiri. Saya tahu gaji dan kerjanya yang stabil dlm gomen maka itulah sebab saya menyuruhnya bergaya kerana dia bukannya tak cantek malah lebih cantek jika dirias dari wanita yang suaminya 'flirt'. Walaupun setiap hari baju dan makan minumnya tersedia, jangan lupa suami juga perlu dibelai dan dimanja , sesekali mengurut badannya adalah sesuatu yang paling disukai sang suami.

Sebagai orang luar, saya harus menghargai kepercayaan orang lain kepada saya dan cuba menjadi pendengar terbaik dan memberi motivasi dan harapan setakat yang termampu. Dan yang terpenting tidak menghebahkan cerita keaiban ini kepada orang. Sayang jika pasangan yang masih muda ini gagal mempertahankan rumahtangga mereka yang dibina atas dasar cinta dan dikurniakan 2 anak perempuan yang comel dan kini isterinya itu sarat 7 bulan.

Ini masa diaorang di mana Allah SWT menguji rumahtangga mereka. Sebagai manusia biasa, semua pengalaman buruk orang lain saya jadikan iktibar dan sempadan, di samping memohon kepada Allah SWT agar janganlah saya diuji sebegitu. Namun kita sekadar berusaha dan merancang, di masa hadapan hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Kepada wanita diluar sana yang mengalami masalah2 ini saya harap bersabar dan memberi peluang kepada suami agar dia bisa nampak jalan pulang. Janganlah terus-terusan menyerang dan mengherdik mereka , kelak suami yang hampir insaf akan berpaling terus meninggalkan kita.

Friday, May 22, 2009

Bencinya crime...

Tengahari Selasa lepas , salah seorang staf saya kelam kabut ingin keluar kerana ada hal emergency. Walaupun hari itu hari sibuk kerana Final Exam sedang berjalan, saya benarkan juga dia pergi tanpa banyak soal. Sebelah petang barulah staf saya yang lain memberitahu bahawa kembarnya kemalangan dan berada di hospital. Paling memeranjatkan ialah kakaknya itu diserang oleh 4 orang lelaki dan disimbah asid ke muka dan di dalam mulutnya juga turut menjadi sasaran. Aduhai .. kasihannya... sehingga hari ini saya masih tidak boleh membayangkan keadaan gadis itu. Perut terasa kecut dan ngilu jika saya membayangkan perkara itu berlaku di kalangan keluarga kita pula. Traumanya..

Hari Rabu tengahari pula, sekali lagi saya dikejutkan dengan berita pembunuhan di Taman Pinji Seni. Kejamnya dan memang tidak berhati perut. Nak rompak, rompak jelah janganlah sampai berbunuh-bunuh. Rasa disentap2 tali perut bila anaknya lelakinya itu juga turut menjadi mangsa kekejaman lelaki gila itu! Salon Wah Yah yang terletak dihadapan pejabat saya itu memang agak popular. Rakan-rakan sekerja rajin juga ke salonnya. Cuma saya sahaja tidak pernah berkesempatan sebab selalu penuh.

Ya Allah Ya Tuhanku!, Kau lindungilah keluargaku, saudara-maraku, rakan-rakanku dan kepada semua bloggers disini dari sebarang kecelakaan dan perbuatan jahat manusia Ya Allah!

Saturday, May 16, 2009

Cerita Kopi

Masih teringat lagi tahun 2004 , pada waktu itu iada Cofffe -ouse atau kopitiam kecuali di hotl sahaja. Saya dan seorag rakan perempuan mengunjungi sebuah restoran Melayu untuk makan tghari. Hari itu saya ada appointment marketing so, saya dress up 'terlebih sudah'. Berbaju kemeja , berseluar hitam dan kasut bertumit 3 inci. Kalau hari biasa saya lebih suka menyarung sandal. Selepas mengambil nasi dan lauk saya dan rakan mencari meja dan duduk. Sejurus kemudian seorang anak lelaki muda mengambil pesanan minuman.
"Kopi O kaw panas ".
"Kopi O kaw satu?" Tanyanya mengangkat kening dengan wajah yang tersengih.
" Ya!". Jawab saya seraya tersenyum.
"Kenapa? Akak dah biasalah dik minum kopi ."
Adik itu mengangguk lalu pergi.
Kelihatan meja sebelah yang kelihatan seperti pegawai2 kerajaan lelaki dan wanita mengerling ke kopi panas saya sebaik sahaja kopi saya sampai di meja. Hahaha!


Ini teh candu di cafe office saya, di Tesco tu terlupa nak shot


Sebulan lepas, saya ke Food Court Tesco, pada waktu itu saya seorang sahaja kerana suami outstation dan anak belum dijemput lagi dari rumah Opah. Saya mengambil keputusan mengisi perut terlebih dahulu. Saya pergi ke gerai mamak dan mengorder Teh Candu satu. Seorang abang yang sedang menunggu teh tariknya terus memandang saya. Saya hanya tersenyum.
"Nama je teh candu, tapi bukan candulah". Saya terus bersuara ramah memberi info walaupun abang itu tidak bertanya apa-apa pun.
"Oh Inilah rupanya teh candu yer". Tanya abang disebelah saya sebaik sahaja teh saya sampai.
Saya hanya angguk dan mengiyakan.
"Sedap ke?"
"Hmm kena cubalah sendiri".Jawab saya terus berlelu mengambil makanan pula.





Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Ada story nak share, hari Khamis lepas.
"Mama ! Haikal nak duit seringgit dua puluh sen nak beli bunga ." Pinta haikal kepada saya yang sedang sibuk memasukkan kain kotor ke dalam mesin basuh.
"Hmm , Haikal nak buat apa?" Tanya saya berbasa-basi.
"Nak beli bunga untuk mama, hari ibu."
Nak tergelak saya rasa, bila anak kecil 7 tahun yang sangat jujur bunyinya.
"Mintak pada ayah okay". Jawab saya menahan gelak.
"Yeah , Haikal ada duit mama." Haikal menunjuk pada saya duit yang ayahnya berikan.
"Hmm , Haikal belilah dua untuk mama dan opah . Opah kan ibu juga." Pancing saya.
"Tak boleh beli dua , beli satu sahaja". Jawapan yang memang pelik dari Haikal. Sejak masuk Darjah satu , setiap kali saya menyuruhnya membeli barang yang sama 2 unit , tak kiralah cokelat ke , pemadam ke untuk adiknya Naufal, Haikal akan menjawab seperti itu.
Hmm. Tak apalah saya tak kisah.
Esoknya, saya outstation dan pulang lewat sedikit dari biasa. Hubby mengambil Naufal di rumah Opah selepas menjemput Haikal di sekolah.
Didalam kereta saya bertanya " Haikal mana bunga"?
"Dah bagi Opah dah". Jawab Haikal selamba.
Saya hanya tersenyum berbangga kerana Haikal jarang mengenepikan Opahnya setiap tahun. Walaupun bunga atau kad untuk saya tiada tahun ini ( tahun sebelumnya Haikal di tadika, akan buat kad comel untuk Hari ibu), tetapi seperti biasa setiap hari, pelukan dan ciuman sudah memadai.

Monday, May 4, 2009

Chinta Naufal...

Muka orang tak bersalah. Hanya menyebut "Shori mama", mood marah yang meluap-luap pun lenyap. Gambar di atas rambut dan dahinya itu dipenuhi minyak baby oil, Naufal menuang minyak hampir setengah botol ke rambutnya dan menyikatnya sendiri. Saya hanya menyedari bila dia muncul dihadapan saya dan bertanya "Cantek tak mama?"
Tadi, sebaik sahaja saya membuka blog Kak Yati, Naufal yang ada duduk di riba saya terus menunjukkan itu buku mama. "Ya! betul". Hmm macam mana la Naufal tak ingat sebab kena marah kerana mengoyakkan buku itu 2 minggu lepas. Aduss

Ini rupa buku tersebut. Mana tak sedih buku tu saya tak sempat habis lagi baca di mukasurat 717-720, renyuk dan koyak rupanya digigit Naufal. Padahal banyal novel saya yang kadang2 saya hanya letak bersepah di sofa tak pula digigitnya. Mungkin novel secondhand, sebab saya rajin ke Novel Hut membeli novel keluaran 2-3 tahun lepas.


Aduhai nak menangis saya bila lihat buku yang saya baru miliki tak sampai 2 bulan koyak dan renyuk 4 helai mukasurat. Nak di tampal separuh lagi entah hilang ke mana. Mungkin saya sudah tervakum. Naufal kenapalah engko gigit buku yang ini? Mungkin dia geram agaknya.....