cool to share

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Ada story nak share, hari Khamis lepas.
"Mama ! Haikal nak duit seringgit dua puluh sen nak beli bunga ." Pinta haikal kepada saya yang sedang sibuk memasukkan kain kotor ke dalam mesin basuh.
"Hmm , Haikal nak buat apa?" Tanya saya berbasa-basi.
"Nak beli bunga untuk mama, hari ibu."
Nak tergelak saya rasa, bila anak kecil 7 tahun yang sangat jujur bunyinya.
"Mintak pada ayah okay". Jawab saya menahan gelak.
"Yeah , Haikal ada duit mama." Haikal menunjuk pada saya duit yang ayahnya berikan.
"Hmm , Haikal belilah dua untuk mama dan opah . Opah kan ibu juga." Pancing saya.
"Tak boleh beli dua , beli satu sahaja". Jawapan yang memang pelik dari Haikal. Sejak masuk Darjah satu , setiap kali saya menyuruhnya membeli barang yang sama 2 unit , tak kiralah cokelat ke , pemadam ke untuk adiknya Naufal, Haikal akan menjawab seperti itu.
Hmm. Tak apalah saya tak kisah.
Esoknya, saya outstation dan pulang lewat sedikit dari biasa. Hubby mengambil Naufal di rumah Opah selepas menjemput Haikal di sekolah.
Didalam kereta saya bertanya " Haikal mana bunga"?
"Dah bagi Opah dah". Jawab Haikal selamba.
Saya hanya tersenyum berbangga kerana Haikal jarang mengenepikan Opahnya setiap tahun. Walaupun bunga atau kad untuk saya tiada tahun ini ( tahun sebelumnya Haikal di tadika, akan buat kad comel untuk Hari ibu), tetapi seperti biasa setiap hari, pelukan dan ciuman sudah memadai.

5 comments:

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam Shila.
telatah anak2 mmg ada kalanya membuatkan kita tersentuh. Apapun mereka ttp di hati kita sentiasa.
Selamat hari ibu untuk shila

ain said...

salam shila...mesti haikal cayangg sangat opah dia. selamat hari ibu!!

kakyong said...

salam shila,

best anak dah sekolah & faham erti hari ibu.. selamat hari ibu...

jemput ke blog . ade hadiah hari ibu
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html

Marzalina said...

seronoknya ada anak kan kak...

shila said...

Kak Nik, betul tu anak tu la penawar duka .

Ain, betul haikal memang sayang opahnya... sebab dia cucu pertama. saya tak kisah pun sebab time nila opahnya nak bermanja ngan cucu yang dua org tu. Cuma kdg2 kita terpaksa jugak bertegas bila ngan opah dia terlebih mengada2 le pulak..

kak yong & marzalina , selamat hari ibu.. yer..