Saya nak sambung lagi perbincangan topik yang hangat ini. Persoalannya ialah bagaimanakah caranya mengurangkan atau menghilangkan stress. Tidak perlu tahu bagaimana stress itu muncul. Dan saya percaya semua orang ada stress itu. Selalu kita dengar , wanita tidak boleh mengandung sebab stress. Bila kita stress mudahlah penyakit akan datang sebab antibodi merosot. Antaranya migrain, sakit belakang, jerawat , mood hilang, murung , lesu , mengantuk walapun tidur cukup dan paling teruk ialah meroyan. Topik meroyan memang menarik. Antara sebab mengapa bos-bos wanita suka marah tak tentu pasal .. mungkin dia meroyan hehehe.
Saya selalu berurut atau massage jika rasa stress dan badan mula sakit-sakit dan letih. Banyak pilihan sebenarnya samada ingin ke Spa, Butik Kecantikan mahupun secara tradisional bidan kampung. Kalau ke Spa memang la sedap sehingga tertidur sebab dia massage dengan minyak aromaterapi dan gosok-gosok badan kita, tambahan pulak bilik selesa dan berbau harum. Tukang urut pun wanita-wanita muda yang sudah tamat mengambil kursus persijilan dan bidang urutan dan refleksologi. Sekali sebulan rawatan massage boleh melegakan otot-otot dan urat-urat yang tegang selepas penat bekerja.
Pada Sabtu dua minggu yang lepas, saya mengambil keputusan untuk berurut dengan Kak Tipah, seorang wanita lima puluhan yang masih sihat dan kelihatan muda. Pasal itulah gelaran makcik tak sesuai hehehe. Saya rasa Kak Tipah tidak ada Sijil kerana saya hampir 5 tahun saya berurut dengannya ( tidak konsisten ) tidak pernah pula kelihatan Sijil2 itu. Appointment mesti dibuat terlebih dahulu , kalau tidak memang putih mata dan balik sahaja. Tanpa appointment Kak Tipah tak nak layan. Mungkin rezeki saya agaknya masih ada satu kekosongan slot pukul 10pagi Sabtu.
Kak Tipah seperti biasa sambil mengurut saya , mulutnya tidak akan berhenti memberi pelbagai nasihat terutamanya mengenai wanita, atau hal rumahtangga. Baru-baru ini dia memberitahu ramai wanita mengidap meroyan tanpa sedar. Marah , baran , emosional tak tentu hala itu adalah tanda-tanda meroyan . Gulp! alamak. Sambil bercerita tangannya pantas mengurut dan menekan urat-urat menyebabkan saya mengaduh-aduh menahan sakit tapi sedap.
Sambungnya lagi, perempuan meroyan , padahnya sangat teruk sehingga boleh meruntuhkan rumahtangga. Jika ada pasangan yang berjumpa Kak Tipah, Kak Tipah akan nasihatkan suami mesti luangkan masa membelai dan mengusap-usap belakang isteri, sambil baca surah Al-Fatihah dan hembuskan belakang isteri itu. Nasihat yang simple dan praktis itu ialah untuk mengeratkan kemesraan suami isteri sahaja katanya. Katanya lagi meroyan disebabkan kurangnya kasih sayang dan sentuhan suami pada si isteri. Bila kurangnya perhatian dan sentuhan, isteri akan stress. Bila dah stress mula bersangka buruk dengan suami. Bila dah emosional tentu akan bergaduh dan akhirnya bercerai. Saya rasa mungkin betul juga, kalau tidak takkanlah ada kes hanya kerana terlupa beli makan malam isteri boleh bercerai ye tak?
Pesannya lagi isteri yang sudah berpengalaman bersalin jangan malas jaga badan dan bahagian peranakan. Antara sebab dan punca wanita gemuk selepas bersalin ialah tidak mahu menjaga badan dan membiarkan badan menjadi lemak dan gemuk air. Amalkan makan jamu dan herba tradisional. Patutlah badan Kak Tipah slim sahaja.
Apa-apa pun saya sangat berterima kasih pada Kak Tipah walaupun sepanjang sesi urutan saya itu dia 'membebel' tetapi bebelan yang penuh kata nasihat dan ilmu rumahtangga. Walaupun kata-katanya itu kadang-kadang terkena batang hidung sendiri adus!, saya tidak pernah pula berkecil hati dan mengambil iktibar dan teladan dengan petua-petua dan nasihatnya itu. Bukannya mahal pun RM30 sahaja. Urut dapat, petua dan nasihat pun dapat.. yeahhhh
Wah..wah.. jauhnya perbincangan topik bila stress kali ini.....nanti sambung lagi...
8 comments:
bab petua2 dari orang yg berpengalaman ni memang best didengar walaupun ianya mcm membebel tapi amat bermakna esp kaum hawa mcm kita ni.
akak ni pun lama tak berurut. rasa bdn ni dah kejang semcm dah!
salam sheila..
cerita bab stress ni kan..klu kat tmpt keje, akak jarang stress. maybe satu sbb keje tu mmg kita minat so takdelar stress sgt kot.
I guess the keyword minat dan satu lagi jgn amik port sgt. (ok ker petua tuh?)
Klu kat rumah, bila stress ngan perangai anak2 akak akan bebelkan mereka. Ataupun buat taktau, baca novel...malas nak pening2kan kepala hahaha!.
Life is short make it sweet, oklar kan???
salam shila..
sokong2 kata si nik tu, akak dulu masa bekerja balik aje ke rumah switch off apa2 cerita yang ada di pejabat, dan sekarang walau bekerja sendiri pun..pegang keyword..semua masalah ada jalan penyelesaiannya...tak payah stress..enjoy with ur life..dengan seada2nya..
Wardah - tks for the comment
Ain- pi berurut sebelum urat senget hehe
Kak Nik - betul tu kalu buat kerja yg kita minat memang best layan...my current job more on administrator n reporting n supervising bila kena deadline mmg kalut...cuma kdg2 kerenah 'manusia'yg tak berlagak pandai tp sebenarnya bodoh tu yg memeningkan kepala. So far the stress is manageable..
Kak yati... Ye betul saya pun ada suis on/off jugak hehehe, kalau balik umah tu semua probs kerja n kerenah org yg peningkan kepala saya letak kat luar pagar rumah.. time dgn husband n anak2 is still the best..sesekali rewardkan diri sendiri dgn apalagi kalu bukan a cup of cappucino n a slice of cheese cake..yum yum..
TKS FOR ALL THE COMMENTS AND ADVISE LOVE U ALL
shila,
berurut tradisional dgn makcik2 yg berpengalaman memang akan dpt byk petua... setuju sgt dgn n3 shila ni..
& setuu juga dgn kaknik..
samada kerja @ dok rumah sepenuh masa, tetap ade stress.. cuma harus jgn terlalu ikutkan hati.. pengalaman byk mengajar...
ermmm..nice entry.. aku pon dok p urut gak.........
hmm last saturday i went for facial, masking and face massage.. giler best , rasa muka bersih sebersihnya hehehe...
Post a Comment