Emak saya selalu berpesan supaya buat apa sekali pun kena fikir buruk dulu. Jangan fikir yang seronok sahaja. Memang saya dengan emak selalu tidak sebulu pendapat . Ada sahaja pandangannya yang saya suka sanggah. Yalah konon kita dah sekolah tinggi-tinggi apalah sangat pandangannya yetak.. hehe saya dulu memang degil dan brutal sikit. Sejak saya tamat belajar , bekerja , mengenali seseorang dan akhirnya berkahwin, semua proses itu saya lalui dengan pelbagai kepahitan, keindahan dan kepayahan. Dari situ saya banyak mengiakan pandangan emak dahulu.
"Kalau nak berkawan jangan pilih laki orang. Hidup merana nanti ." Dalam hati aku sanggah kalu kaya apasalahnya. Hehehe. Tup! tup! berlaku juga dalam hidup aku, tapi part kaya tu tak ada cuma kayap... Adus! Terkena sebijik muka aku padan muka.
"Kalau cari kerja tu cubalah mintak dengan kerajaan . Mintak cikgu pun tak apa. Gaji sikit pun tak per tapi cuti banyak". Dalam hati ku sanggah tak nak mohon kerja kerajaan. Tup!tup! sekarang ini barulah jawatan kerajaan tu jadi rebutan sebab ganjarannya semakin tinggi berbanding dahulu. Huh! padan muka aku sekarang baru nak terhegeh-hegeh. Dulu pernah dapat offer sekali aku tolak.
Banyak lagi lah pengalaman-pengalaman yang buat masa ini saya dah ingat. Kalau saya ingat saya sambung lagi.
Cuma yang saya nak fokuskan sekarang, bila saya dengan anak-anak semakin kerap pula saya fikirkan yang buruk dahulu. Kalau saya singgah sekejap di kedai nak beli roti dan anak-anak di dalam kereta, dahulu masa mereka kecil, saya sanggup gendong dan pimpin anak-anak masuk kedai semata-mata tidak mahu mereka tinggal di dalam kereta. Sekarang , kalau saya berhenti dan perlu keluar samada ke kedai atau nak isi minyak, saya akan lock kereta dan kuncinya saya bawa. Takut orang samun kereta dengan anak-anak saya sekali. Biarlah anak-anak saya kepanasan 5 minit janji anak-anak saya tak hilang . Sekarang pulak Haikal dah pandai bising bila saya lock kereta dan off aircond dan enjin sebab saya nak keluar sekejap. "Mama! Tak payah la tutup. Haikal boleh tekan lock ni. Nanti Haikal bukalah balik bila mama nak masuk ".. Hehehe yetak ye jugak.... maklum lah mama fikirkan yang buruk dahulu....
cool to share
Thursday, October 22, 2009
Wednesday, October 21, 2009
Overwhelmed Mother...
Menonton rancangan Oprah malam tadi mengenai Overwhelmed Mother membuatkan airmata saya mengalir. Kisah seorang wanita yang mempunyai dua anak yang masih kecil dan bekerja di sebuah sekolah sebagai administrator. Kematian anak keduanya sangat tragis hanya kerana kecuaiannya meninggalkan anaknya di dalam kereta kerana terlupa di parking lot selama 8 jam. Anaknya meninggal kerana heatstroke.
http://www.oprah.com/slideshow/oprahshow/20080902_tows_moms/2
Kerana terlupa orang yang tersayang boleh hilang sekelip mata. Saya amat tertarik dengan pendapat dari beberapa penonton rancangan dalam berkongsi pengalaman menjaga anak. Semasa bersama dengan anak terutama baby, fikiran kita hanya perlu fokus kepada mereka. Tidak boleh bersms, berchatting atau membuat perkara yang yang boleh menyebabkan kita terleka. Jadi ibu bukan sahaja perlu bijak, mesti sedar, agresif, dan cepat .
Saya juga pernah mengalami pengalaman yang sama iaitu terlupa atau terleka. Walaupun anak-anak saya sekarang sudah berumur 7 dan 4 tahun, tapi kemalangan itu tidak berbau. Kalau tidak tak adalah tangan Naufal patah sebab jatuh bangku di sekolah huhuhu. Pernah sekali tu Naufal hilang di pasaraya selama 5-7 minit. Hanya kerana kedegilannya tidak mahu memegang tangan dan salah saya juga kerana tidak berkeras. Pada ketika saya dan suami melayan pertanyaan si abang , sekelip mata Naufal tiada di sebelah saya. Itupun sudah cukup membuatkan darah saya kering dan lutut saya longlai. Dalam waktu yang sekejap itu bermacam-macam bermain di dalam fikiran saya. Rasanya saya memang tidak akan lupa saya dan suami berlari ke sana ke mari mencari dan memanggil namanya! Satu pengajaran buat saya.
Adakah saya overwhelmed? ... aduh tepuk dada tanya selera..

Thursday, October 15, 2009
Meletop!!
Bosan dah tahap gaban dah melayan peel orang yang syok sendiri. Macamana tu? Yelah syok tapi untuk diri sendiri jek. Boleh gitu? Nak buat semua benda tapi nampak sangat untuk kepentingan diri sendiri. So semua kuli, tukang angkat beg atau yang tukang sapu sampah hanyalah sekadar balaci yang digunakan untuk dipijak sebagai laluan karpet merah. Hampes. Orang macam ni pun ada ! Lepas tu boleh pulak memberi nasihat ala-ala alim suruh bersyukur dengan kenikmatan dunia yang diperolehi dan suruh perbandingkan diri dengan orang kutip sampah. Boleh gitu? Engkau yang memberi nasihat hidup senang lenang mengangkang di zon selesa menyuruh orang lain bersyukur dengan rezeki yang ada dan teruskan memerah keringat , tenaga sampai ketiak basah berbau masam dan malah duit yang kadang-kadang telah dibudget untuk beli susu anak terpaksa dikeluarkan demi program yang bertujuan untuk bermuka-muka itu. Yang engkau tahu hanya seronok memberi arahan sambil menggunakan jari telunjuk yang kadang-kadang engkau guna juga mengorek hidung. Urusan engkau, budget pulak perlu ditampung oleh semua orang . Apa kes? Yang bawahan hanya menganga je la demi menjaga periuk nasi. Nak bersuara? Teringat muka anak. Nak mengamuk? Isk teringat pulak wallet yang kering. Nak menggolek terkena nak tergolek pun terkena. Orang bawahan di pandang dengan sebelah mata. Di kerah membabi buta. Ingat!, yang tukang lap cermin dan kasut engkau tu pun ada perasan. Tak perlu ditengking-tengking seperti anjing!
p/s : Ini nukilan rasa yang mungkin telah lama melanar di dalam dada . sedikit luahan bisa meredakan jiwa yang sedang bergelora.........ok go back to work!! Peace No War
p/s : Ini nukilan rasa yang mungkin telah lama melanar di dalam dada . sedikit luahan bisa meredakan jiwa yang sedang bergelora.........ok go back to work!! Peace No War
Friday, October 9, 2009
Naufal Oh Naufal!!
Tangan sebelum di simen. Bantal busuk tetap tak tinggal.
Gambar yang telah siap disimen tak sempat snap dah habis bateri
"Burung tupaaai.."
"Burung apa?"
"Burung tupaaai..."
Mama dan ayah sudah gelak mengelekek. Mama hanya membiarkan sebutan tupai itu sebab cute sangat. Hairan macamana murai sudah tukar tupai. Jawapan Naufal memang konfiden dan selamba. Tapi selepas dia di gelakkan oleh Mak Tehnya dan dia mendengar semula iklan tersebut barulah dia menjawab "Burung Muraaai..." Itupun dengan pelat dan susah payah.
Naufal naufal... suka bagi orang ketawa dengan keletahnya , kenakalannya, kedegilannya dan lakonannya. Hmm Naufal memang pandai berlakon kejap-kejap jadi BakuGan, jadi Ben 10 atau jadi ultraman, tu belom lagi ironman... nantilah saya citer kat entri lain...
Semalam, dek kerana kenakalannya, Naufal jatuh kerusi di kelas tadikanya. Kata rakan sekelasnya dia susun kerusi dan melompat-lompat dari ketusi ke kerusi dan entah macam mana dia terjatuh. Saya membayangkan di rumah dia memang selalu melompat dari sofa ke sofa. Jika saya mengangkat rotan (hanger baju) dia akan berhenti sekejap. Bila dia tengok saya ralit kerja saya dia sambung semula... Hmm begitulah juga di sekolah. Memandangkan dia paling kecil , paling cute dan paling nakal , namanya selalu dijerit oleh cikgu supaya diam. Jadinya dialah yang paling popular sebab semua rakan kelas termasuklah ibubapa tau dia. Tapi ibubapa Naufal tak taupun nama rakan2 kelasnya....
"Cikgu Naufal tidur!" jerit kawan sekelasnya memberitahu Cikgu bila Naufal sudah terlentok di kerusi.
"Tak apa biarkan dia tidur".
Hmm agaknya pasal tu lah Cikgu tak nak dia jaga sebab dia memang suka mengacau dan tak reti duduk diam.
"Nak pergi mana ni?" Naufal dah mula takut bila hospital disebut-sebut.
"Nak pergi hospital. Mama nak repair tangan Naufal letak gam supaya tak jatuh."
"Tak nak.".
"Habis tu macamana nak betulkan tangan Naufal?"
"Tangan abang Haikal ada."
"Oo letak tangan abang kat sini tukar dengan Naufal?" Soal ku.
Naufal mengangguk.
Tuesday, October 6, 2009
Ragam Raya
Lebih 7 tahun saya mengenali jiran saya Kak Z. Macam-macam cerita kisah hidupnya yang suka mahupun duka. Dari muda hingga kini lebih 40an. Dari zaman dara ke janda dan kini status berkahwin. Dari rumahnya ada Astro dan tv skrin leper hinggalah tiada. Semua itu dilaluinya dengan penuh ketabahan dan saya yang mendengar hanya berdoa penuh keinsafan dan kesyukuran kerana nasib saya jauh lebih sempurna darinya. Bulan Ramadhan Kak Z bercerita dengan nada sedih yang dia dalam kesusahan kerana suami yang jarang balik kerumah dan tidak mahu mengunjukkan duit belanja semenjak diberhentikan kerja sebagai pemandu lori. Kini suaminya hanya kerja menoreh di kampung dan pulang sekali -sekala membawa beras ,ikan dan sayur utk di masak buat berbuka. Kak Z mengadu juga tentang suaminya yang tidak memberikan duit belanja harian dan belanja sekolah menjadikan saya kasihan dengan anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, sayu hati saya tambahan pula anak keduanya rajin berpuasa. Saya enak-enak makan lauk sedap-sedap tatkala berbuka tapi apalah yang anak-anaknya makan! Nasib baik baju raya katanya awal-awal dah siap. Bagi kanak-kanak persiapan raya seperti biskut raya itu amat signifikan dengan Aidilfitri. Dua minggu sebelum raya, saya pun membeli mixer, alat penimbang , Majalah Saji dan bahan-bahan membuat kuih dengan kos tak sampai pun RM200. Saya hanya perlukan bantuan tenaga sahaja so kami guna barter sistem. Alhamdulillah projek membuat kuih bersama selesai dan saya rasa puas bila melihat Kak Z dan anak-anaknya sangat gembira. Saya bukan motivator atau kaunselor tapi cuba menjadi pendengar setia masalah Kak Z. Masalah rumahtangga; maaflah saya tak masuk campur! Saya memberikan pelbagai cadangan kepadanya untuk memperbaiki taraf ekonomi. Di suruh menjadi baby sitter alasannya siapalah yang ingin hantar anak padanya! Di suruh bekerja siang, alasannya anak-anak masih kecil, anak yang sulung bersekolah balik pukul 2pm. Di suruh bekerja sebelah malam di kedai dlm taman perumahan katanya habis pukul 11 mlm takut nak berjalan kaki pulang. Tiada kenderaan. Sebenarnya saya turut pening bila memikirkan masalah dirinya yang mana alasan lebih banyak dari idea penyelesaian. Ramai lagi orang yang lebih susah darinya tapi semua perasaan itu saya simpan dalam hati kerana mungkin ini ujian bulan Ramadhan buat saya. Bila disuruh memohon kerja di klinik yang inginkan pembantu alasannya dia sudah tua. Pulak!
Antara masalah Kak Z ialah yuran peperiksaan PMR belum berbayar sebab suaminya tidak mahu tanggung perbelanjaan anak sulung sebab dia anak suami terdahulu. Yuran tadika anak kedua yang mencecah lebih RM700 sebab bersekolah di tadika MMSB , tadika swasta yang berprestij kat situ. Maaflah anak saya pun hanya bertadika Kemas sahaja! Sewa rumah hampir setahun tertunggak. Yang ini susah sikitla nak bantu! Dan hutang mesin jahit tepi 5 bulan tertunggak. Semua ini saya dengar satu-persatu dan telan bersama air liur sendiri..... Otak saya ligat mencari solution. Dia boleh menjahit so ambillah upah jahit. Katanya orang tak tahu, saya printkan signbord kecil dari A4 paper yang berlaminate dan gantungkan didepan rumahnya. Settled. Yuran sekolah anaknya pula, saya berikannya borang bantuan Baitulmal. Settled dapat bantuan segera. Hutang mesin jahit pun alhamdulillah settled dgn bantuan segera Baitulmal juga sebab mesin itu punca dia mencari rezeki. Cuma yang saya perhatikan dia tidak fully utilisekan kemahiran yang dia ada. Sayang. Bila di tanya kenapa tidak dihantar anak keduanya ke tadika Kemas sahaja, alasannya pada waktu itu Kak Z bekerja kontrak dan tidak sangka pula akan ditamatkan perkhidmatan!. Hmm bekerja sebagai cashier kontrak jer! Dalam hati saya . Saya mencadangkan dia mohon bantuan JKM untuk anaknya yang sulung itu. Dah pergi report dan pegawai JKM dah datang rumah . Mereka suggest anak sulung masuk asrama dan semua perbelanjaan akan ditanggung oleh JKM. JKM boleh terima alasan bapa kandungnya entah ke mana-mana dan tidak bertanggungjawab. Anaknya meraung-raung tak mahu pergi pulak.
Dalam Jumaat lepas, Kak Z muncul lagi didepan rumah saya dengan borang bantuan yang baru. Yang pasti bukan saya yang bagi! Kak Z tengah berusaha untuk mendapat bantuan membuat rumah di tanah di kampungnya. Maaflah saya kurang arif dan tak dapat nak bantu. Hanya memberi cadangan dan pandangan dan bersikap optimis agar dia terus mencuba mana tahu rezeki anak-anak. Namun saya sering menasihatkannya agar pesan pada anak-anak supaya rajin belajar kerana hanya ilmu sahaja yang boleh mengubah nasib seseorang itu. Saya juga bukan selama-lamaya boleh memberinya ikan hanya menolong setakat yang termampu. Bab-bab lain itu hanya Allah SWT punya kuasa. Yang penting kita harus bersyukur dengan nikmat yang ada dan beringat-ingat ketika senang. Namun tidak salah memberi atau berkongsi kesenangan dengan orang lain yang memerlukan. Kadang-kadang saya tepiskan fikiran jahat saya bila kata hati saya mula berkata-kata yang Kak Z hanya mengada-adakan cerita demi kepentingan sendiri. Saya hanya bertawakal dan optimis serta bersangka baik senantiasa.

Monday, October 5, 2009
Makan-makan...
Rendang daging dalam kuali lagik!
Seronok juga melayan tetamu kecil dan besar dari pukul 5pm hingga ke 9pm. Mana sangka rakan officemate bawak family dari kampung wah meriah terus rumah saya. Saya rasa lebih seronok bila buat makan2 kecil2 macam ni kerana tetamu yang datang tidak ramai pada satu2 masa , tuan rumah pun dapat berbual mesra sambil melayan tetamu makan, hmm saya pun ikut join makan.. Lebih up-close and personal gitu. Macam-macam cerita.Yang kelakarnya bila suami officemate adalah junior universiti dan sealiran dengan suami saya.. Hmmm apalagi bersembang sehingga tetamu tak sempat nak menjamah makanan...hahaha.
Saya jika menghadiri open house ke rumah rakan , biasanya pandai2lah saya bawak diri sebab tuan rumah memang sibuk melayan tetamu yang hadir. Kena ingat bukan diri kita sahaja kenalan mereka. Jadi jangan nak ambil hati jika kita datang hanya salam , makan dan salam semula, bagi duit raya pada anak-anak tuan rumah , dan balik..... Yang menjadi ingatan hanyalah menu kateringnya sahaja.... huhuhu
Friday, October 2, 2009
Bengang
Saya tengah bengang dengan internet bodoh ni... dah berhari2 cuba buka blog tak berjaya . Kat rumah pakai broadband bila malam slow macam siput. Kat opis pulak asyik ada gangguan. Finally pagi tadi dapat bukak and taip post baru.... dah klik save bila refresh............hasilnya tak ada... aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh bengangggggggggggggggggggg!!!
Aduss sabar sabar sabar.......tangah cari mood utk menulis balik cerita yang sama .... isk isk
Aduss sabar sabar sabar.......tangah cari mood utk menulis balik cerita yang sama .... isk isk
Subscribe to:
Posts (Atom)