cool to share

Tuesday, October 6, 2009

Ragam Raya

Lebih 7 tahun saya mengenali jiran saya Kak Z. Macam-macam cerita kisah hidupnya yang suka mahupun duka. Dari muda hingga kini lebih 40an. Dari zaman dara ke janda dan kini status berkahwin. Dari rumahnya ada Astro dan tv skrin leper hinggalah tiada. Semua itu dilaluinya dengan penuh ketabahan dan saya yang mendengar hanya berdoa penuh keinsafan dan kesyukuran kerana nasib saya jauh lebih sempurna darinya. Bulan Ramadhan Kak Z bercerita dengan nada sedih yang dia dalam kesusahan kerana suami yang jarang balik kerumah dan tidak mahu mengunjukkan duit belanja semenjak diberhentikan kerja sebagai pemandu lori. Kini suaminya hanya kerja menoreh di kampung dan pulang sekali -sekala membawa beras ,ikan dan sayur utk di masak buat berbuka. Kak Z mengadu juga tentang suaminya yang tidak memberikan duit belanja harian dan belanja sekolah menjadikan saya kasihan dengan anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, sayu hati saya tambahan pula anak keduanya rajin berpuasa. Saya enak-enak makan lauk sedap-sedap tatkala berbuka tapi apalah yang anak-anaknya makan! Nasib baik baju raya katanya awal-awal dah siap. Bagi kanak-kanak persiapan raya seperti biskut raya itu amat signifikan dengan Aidilfitri. Dua minggu sebelum raya, saya pun membeli mixer, alat penimbang , Majalah Saji dan bahan-bahan membuat kuih dengan kos tak sampai pun RM200. Saya hanya perlukan bantuan tenaga sahaja so kami guna barter sistem. Alhamdulillah projek membuat kuih bersama selesai dan saya rasa puas bila melihat Kak Z dan anak-anaknya sangat gembira. Saya bukan motivator atau kaunselor tapi cuba menjadi pendengar setia masalah Kak Z. Masalah rumahtangga; maaflah saya tak masuk campur! Saya memberikan pelbagai cadangan kepadanya untuk memperbaiki taraf ekonomi. Di suruh menjadi baby sitter alasannya siapalah yang ingin hantar anak padanya! Di suruh bekerja siang, alasannya anak-anak masih kecil, anak yang sulung bersekolah balik pukul 2pm. Di suruh bekerja sebelah malam di kedai dlm taman perumahan katanya habis pukul 11 mlm takut nak berjalan kaki pulang. Tiada kenderaan. Sebenarnya saya turut pening bila memikirkan masalah dirinya yang mana alasan lebih banyak dari idea penyelesaian. Ramai lagi orang yang lebih susah darinya tapi semua perasaan itu saya simpan dalam hati kerana mungkin ini ujian bulan Ramadhan buat saya. Bila disuruh memohon kerja di klinik yang inginkan pembantu alasannya dia sudah tua. Pulak!

Antara masalah Kak Z ialah yuran peperiksaan PMR belum berbayar sebab suaminya tidak mahu tanggung perbelanjaan anak sulung sebab dia anak suami terdahulu. Yuran tadika anak kedua yang mencecah lebih RM700 sebab bersekolah di tadika MMSB , tadika swasta yang berprestij kat situ. Maaflah anak saya pun hanya bertadika Kemas sahaja! Sewa rumah hampir setahun tertunggak. Yang ini susah sikitla nak bantu! Dan hutang mesin jahit tepi 5 bulan tertunggak. Semua ini saya dengar satu-persatu dan telan bersama air liur sendiri..... Otak saya ligat mencari solution. Dia boleh menjahit so ambillah upah jahit. Katanya orang tak tahu, saya printkan signbord kecil dari A4 paper yang berlaminate dan gantungkan didepan rumahnya. Settled. Yuran sekolah anaknya pula, saya berikannya borang bantuan Baitulmal. Settled dapat bantuan segera. Hutang mesin jahit pun alhamdulillah settled dgn bantuan segera Baitulmal juga sebab mesin itu punca dia mencari rezeki. Cuma yang saya perhatikan dia tidak fully utilisekan kemahiran yang dia ada. Sayang. Bila di tanya kenapa tidak dihantar anak keduanya ke tadika Kemas sahaja, alasannya pada waktu itu Kak Z bekerja kontrak dan tidak sangka pula akan ditamatkan perkhidmatan!. Hmm bekerja sebagai cashier kontrak jer! Dalam hati saya . Saya mencadangkan dia mohon bantuan JKM untuk anaknya yang sulung itu. Dah pergi report dan pegawai JKM dah datang rumah . Mereka suggest anak sulung masuk asrama dan semua perbelanjaan akan ditanggung oleh JKM.
JKM boleh terima alasan bapa kandungnya entah ke mana-mana dan tidak bertanggungjawab. Anaknya meraung-raung tak mahu pergi pulak.

Dalam Jumaat lepas, Kak Z muncul lagi didepan rumah saya dengan borang bantuan yang baru. Yang pasti bukan saya yang bagi!
Kak Z tengah berusaha untuk mendapat bantuan membuat rumah di tanah di kampungnya. Maaflah saya kurang arif dan tak dapat nak bantu. Hanya memberi cadangan dan pandangan dan bersikap optimis agar dia terus mencuba mana tahu rezeki anak-anak. Namun saya sering menasihatkannya agar pesan pada anak-anak supaya rajin belajar kerana hanya ilmu sahaja yang boleh mengubah nasib seseorang itu. Saya juga bukan selama-lamaya boleh memberinya ikan hanya menolong setakat yang termampu. Bab-bab lain itu hanya Allah SWT punya kuasa. Yang penting kita harus bersyukur dengan nikmat yang ada dan beringat-ingat ketika senang. Namun tidak salah memberi atau berkongsi kesenangan dengan orang lain yang memerlukan. Kadang-kadang saya tepiskan fikiran jahat saya bila kata hati saya mula berkata-kata yang Kak Z hanya mengada-adakan cerita demi kepentingan sendiri. Saya hanya bertawakal dan optimis serta bersangka baik senantiasa.

3 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

shila memang orang lebih suka mencipta alasan dari mencipta jalan penyelesaian, anehkan manusia lebih suka meminta bantuan daripada berusaha..bukankah malaysia ini makmur, di mana sahaja boleh cari kerja..selagi kita daya..selagi itu rezeki ada di mana-mana.

wardah said...

salam shila,

dari cerita yang ditulis oleh shila mengenai k z ni: aku pun hairan, byk sgt alasan yang diberikan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Aku musykil mengapa dia sanggup menyekolahkan anaknya di tadika swasta sedangkan keadaannya yang kurang kemampuan dr segi kewangan. Hmm...yang lain2 tu...adakah sebab dia sdh terbiasa mndapat bantuan dan menyebabkan dia mempunyai seribu satu alasan..hmmm..apa pun shila telah menjadi insan yang empati dgn keadaan beliau. Harap2 dia ingin terus berusaha untuk menaikkan taraf kehidupan keluarganya....

shila said...

kak yati n wardah, betul tu pendapat kalian....
tu la kalu ikutkan mulut ni memang keluar ayat2 pedas , tp kita ni hidup berjiran, rasa hormat masih tinggi... so kena cuba sehabis baik utk bersikap terbuka dan optimis.