cool to share

Thursday, October 22, 2009

Fikir Yang Buruk Dahulu...

Emak saya selalu berpesan supaya buat apa sekali pun kena fikir buruk dulu. Jangan fikir yang seronok sahaja. Memang saya dengan emak selalu tidak sebulu pendapat . Ada sahaja pandangannya yang saya suka sanggah. Yalah konon kita dah sekolah tinggi-tinggi apalah sangat pandangannya yetak.. hehe saya dulu memang degil dan brutal sikit. Sejak saya tamat belajar , bekerja , mengenali seseorang dan akhirnya berkahwin, semua proses itu saya lalui dengan pelbagai kepahitan, keindahan dan kepayahan. Dari situ saya banyak mengiakan pandangan emak dahulu.

"Kalau nak berkawan jangan pilih laki orang. Hidup merana nanti ." Dalam hati aku sanggah kalu kaya apasalahnya. Hehehe. Tup! tup! berlaku juga dalam hidup aku, tapi part kaya tu tak ada cuma kayap... Adus! Terkena sebijik muka aku padan muka.
"Kalau cari kerja tu cubalah mintak dengan kerajaan . Mintak cikgu pun tak apa. Gaji sikit pun tak per tapi cuti banyak". Dalam hati ku sanggah tak nak mohon kerja kerajaan. Tup!tup! sekarang ini barulah jawatan kerajaan tu jadi rebutan sebab ganjarannya semakin tinggi berbanding dahulu. Huh! padan muka aku sekarang baru nak terhegeh-hegeh. Dulu pernah dapat offer sekali aku tolak.

Banyak lagi lah pengalaman-pengalaman yang buat masa ini saya dah ingat. Kalau saya ingat saya sambung lagi.

Cuma yang saya nak fokuskan sekarang, bila saya dengan anak-anak semakin kerap pula saya fikirkan yang buruk dahulu. Kalau saya singgah sekejap di kedai nak beli roti dan anak-anak di dalam kereta, dahulu masa mereka kecil, saya sanggup gendong dan pimpin anak-anak masuk kedai semata-mata tidak mahu mereka tinggal di dalam kereta. Sekarang , kalau saya berhenti dan perlu keluar samada ke kedai atau nak isi minyak, saya akan lock kereta dan kuncinya saya bawa. Takut orang samun kereta dengan anak-anak saya sekali. Biarlah anak-anak saya kepanasan 5 minit janji anak-anak saya tak hilang . Sekarang pulak Haikal dah pandai bising bila saya lock kereta dan off aircond dan enjin sebab saya nak keluar sekejap. "Mama! Tak payah la tutup. Haikal boleh tekan lock ni. Nanti Haikal bukalah balik bila mama nak masuk ".. Hehehe yetak ye jugak.... maklum lah mama fikirkan yang buruk dahulu....

4 comments:

Suhana Shahril said...

Tapi kan kak shila, kena fikir pulak kalo tinggal anak2 dlm keta, tanpa bukak tingkap..anak2 mgkin kepanasan & mgkn jg bole ..... sbb tiada udara.
Penah baca tak citer budak umo 6 thn kalo x silap tertido dlm van sekolah.Driver x sedar ada lg budak tu kat blkg trus kuar,kunci pintu,tutup tingkap & tinggal van tu tgh2 panas.Budak tu x dpt diselamatkan...ish..ish..nauzubillah..minta2 dijauhkan...
Mcm2 kan fikiran kita akan pikir..kalo buat camtu..apa yg anak2 akan jd..kalo buat camni lak..jadi camna..huhu..

mamai said...

pastikan enjin tu di matikan kerana buat dia orang tarik hand breke or tekan minyak takan padah jadiny..

selok-eloknya jgn tinggalkan kanak-kanak dalam kereta kita tak tahu apa bencana yang bakal menimpa

A.K.U.D.O said...

mmg, sekarang byk kata2 mrk dulu benar..
angkut saja ank2 walau sekejap atau jgn singgah menyinggah .

shila said...

betul tu suhana... kalu tinggal 5 minit okay la...bukan 5 jam.

mamai.. i kalu tinggal anak dlm kereta just nak tapau nasi ayam tepi jalan pun memang kunci n lock gear.. hehehe anak i suka press minyak woo..

akudo.. huuh... tapi pesanan org tua lama2 ada jugak yg kita tak boleh guna...hmm pandai2 la yer kita mempertimbangkannya.