cool to share

Monday, January 5, 2009

Hari Pertama di sekolah Haikal





Hari pertama Haikal di sekolah , sememangnya memenatkan saya dan hubby. Namun Haikal bernasib baik kerana ada rakan-rakan dari Tadika , bersekolah di sekolah yang sama dan seorang rakannya juga sekelas. Jadi saya turut lega sebab memudahkan banyak kerja saya. Tapi saya rasa tidak ada ibubapa yang lepas tangan w/pun anak memang boleh diharap dan confident gila. Maklumlah pengalaman pertama bagi anak yang pertama. Saya dan hubby juga bukan confident sangat dengan Haikal kalau diingat2kan semula hari pertama tatkala dia dimasukkan ke tadika. Haru biru dibuatnya!!! Tambahan pula Haikal lahir hujung tahun 7.12.02. Jika dibandingkan dengan anak rakan saya yang lahir bulan pada Mei 2002 dah boleh mula berdiri jatuh!
Perhimpunan pelajar dikumpul mengikut kelas. Haikal di 1 Dedikasi, ada Intelek, Amanah , Cemerlang dan Jujur. Nama-nama yang positif.
Pelajar diarahkan duduk, dan Guru Besar mula beri taklimat. Beberapa kali juga pengumuman untuk ibubapa agar meninggalkan anak di dewan, dan beredar ke kantin sekolah. Nampaknya bukan anak-anak yang degil, tapi ibubapa yang tak habis-habis tercuit-cuit anak, betulkan baju anak, betulkan tali leher anak dan lap peluh anak, seakan berta untuk meninggalkan anak masing-masing.
Saya dan hubby ke kantin membasah tekak dan Naufal pula lapar. Dari kantin kedengaran juga ( ak berapa jelas ) taklimat ringkas dari Guru Besar yang berpsan kepada ibubapa agar memberi kerjasama pada Cikgu dan mcm2 lagik. Aikk? tadi suruh ibubapa belah, kenapa taklimat yg panjang lebar itu utk ibubapa... Hmmm lantaklah. Saya menyuap keropok lekor ke mulut.
Habis taklimat, pelajar beratur naik kelas di tingkat satu.
Saya mengekori dari belakang dan menjenguk ke kelas Haikal. Aiseh ada pelajar lelaki sedang meraung-raung . Saya turut panik jugak , takut berjangkit ke pelajar lain terutamanya Haikal. Saya bertanya Haikal yang duduk dibarisan belakang bersama rakan tadikanya Zulkarnain. Nampaknya mereka berdua terlebih excited semua buku sudah disusun di bawah meja. Haikal saya pesan agar menyerahkan kad kesihatan kepada guru. Dia mengangguk. Selepas memberinya RM1 ( 50sen 2x) saya pun beredar selepas segunung pesanan.
Pukul 5.30pm, saya antara org pertama sudah terpacak di tangga kelasnya dan mengintai dari jauh. Hmm seem to be okay. Pukul 6pm , loceng berbunyi, saya terus mendapatkan Haikal dan bertanya 1000 soalan terutamanya waktu rehat.
"Haikal makan apa?"
"Mama bagi tak cukup duit . Haikal makan burger harga seringgit setengah". Haikal mula complaint sambil mengunjukkan wang yang diberi dlm jumlah yang sama.
"Aik! Haikal tak makan ke?"
"Makan".
"Kenapa ada duit ni? Haikal makan apa?"
"Makan burger".
Hmm soalan demi soalan akhirnya sudah sampai ke rumah. Namun saya masih tidak berpuas hati. Macamana dia dapat burger sedangkan duitnya luak.
Ketika makan malam, akhirnya saya bertanya lagi.
"Haikal makan tadi dgn siapa?"
"Dengan Muiz".
"Uncle ke yang bayar untuk Haikal?". Saya main sebut sahaja uncle.
"Bukan. Mama Muiz yang bayar".
Hmm alahai baru saya dapat jawapan. Saya akan cuba cari Mama Muiz untuk byar semula duitnya.









No comments: