cool to share

Friday, January 2, 2009

FIRST DAY AT SCHOOL (Registration)



Haikal di perkarangan sekolah SRK Pengkalan

Bila mendengar HOtFM pagi tadi , FBI ( Faizal Ismail ) berceloteh mngenai ragan anak memulakan persekolahan darjah satu. So, saya telahpun melaluinya 31hb December yg lepas. Alhamdulillah tak adalah perkara yang haru biru berlaku. Tetapi saya sempat melihat dan mendengar pelbagai ragam ibubapa pada sesi pagi itu.
Bertolak dari rumah, suami menghantar hingga ke pintu sekolah kerana dia tidak dapat menyertai kami. Haikal memang sangat teruja nak pergi sekolah, sekali kejut je terus bangun dan mandi sendiri.
Sampai di pintu pagar saya terus joint seorang kakak yang biasa saya beli kuih dan nasi lemak setap pagi. Rupanya dia turut menghantar anak bongsu untuk sesi orientasi dan pendaftaran pada hari itu. Selepas menyemak nama Haikal di notis board, kami menyertai para ibubapa, memenuhi ruang dewan. Saya terus bertanya pada seorang perempuan yang hampir sebaya dgn saya mengenai kelas anaknya. Bila jawapan tidak tahu dan entahlah saya terima, saya terus mencadangkannya agar melihat notis board di tepi dewan. Jawapan dari mulutnya pulak agak memeranjatkan saya. Ada ke patut dia membodohkan suaminya kerana tidak berbuat demikian. Hmm.. alahai.
Saya berkesempatan berkenalan dengan ramai ibu yang membawa anak di hari tersebut. Kakak yang menjual nasi lemak itu juga ringan mulut juga bercerita.
"Anak kakak ni tak masuk pra sekolah sebab tak mampu nak hantar ke tadika. Mohon pra sekolah bantuan tak dapat sebab gaji suami basic RM700".
"Aik! Gaji berapa yang boleh masuk kak"? Saya mula hairan. Setahu saya kakak itu mempunyai 4 org anak, dan suami hanya driver sahaja.
"Haah betul susah nak masuk." Sampuk Wati , ibu muda.
Saya memerhatikan anak kakak jual nasi lemak itu rupanya anaknya hanya memakai selipar berbanding budak lain semua lengkap pakaian sekolah dan berkasut, rupanya kerana kaki kirinya mempunyai 8 jari . Namun sikit pun tidak menyusahnya berjalan atau berlari. Timbul perasaan kagum dan sedikit terharu terhadap budak lelaki yang bernama Zikrihaizal itu. Kurniaan Tuhan.
Haikal mula bosan dan ingin cepat masuk ke kelas. Bila disua karipap dan air milo, dia hanya menggeleng. Kasihan pulak tak makan. Jadi saya suruh dia pergi ikut kawan2nya yang kelihatan bermain-main dan berlari di ruang legar berdekatan kantin sekolah.
"Haikal nak berlari pergilah, tapi jangan jatuh". Apalagi dia terus menyertai rakan-rakannya yang berlari dan ketawa itu. Biarlah budak-budak. Memang tengah suka main. Selepas 10 minit, disua karipap dan air milo habis di makannya. Dahi basah dek peluh.
Begitulah cerita dan pengalaman saya pada hari pendaftaran. So, 5.1.09 ini bermula sesi persekolahan sebenar.
Haikal ketika di Tesco selepas habis sesi pendaftaran pagi tadi. Sangat mengantuk hingga nasi ayam yang diorder tidak ijamah.

No comments: