cool to share

Wednesday, January 21, 2009

Isnin yang sibuk

Saya betul-betul kalut and sibuk pada hari Isnin yang lepas tapi tetap maintain and cool. Sebabnya hari pertama new semester bermula, pelajar2 mula masuk, registration and new student orientation. Itu tak apa lagi everything organized. Mula-mula pelajar nak masuk hostel tapi nak private. Saya pun carilah operator lluar dan buat temujanji pukul 1.30pm. Then saya bawak budak lelaki tu pergi jumpa wanita yang berbangsa Cina tu untuk dia tengok hostel dan buat pembayaran. Then, pelajar yang nak masuk hostel tapi jauh sikit so saya uruskan transport dan parent dia nak tengok pulak hostel jadi saya arrange dengan En Hairi. En Hairi memang cool, so far dia banyak tolong saya solved problem mengenai hostel. Then masuk pulak dua orang student India bagitahu dia nak pergi tempat praktikum di company B, kerana sudah confirmed dgn company A. Hmm saya terus call company B, dan tanya confirmation tentang 2 orang pelajar itu. Dia kata dia memang dah terima tapi saya belum dapat apa-apa black & white document padahal lama dah saya kurier. Bila tak dapat saya dah arrange dengan company A. Isk! jawapan terlupa and sibuk dari Manager company B tu sedikit membengangkan saya. Tapi tak apa demi tugas. saya senyum juga depan student itu. Lepas ucapan terima kasih dan student berlalu saya pantas membuat surat penolakan pada company A dan fax. Setel.
Baru nak duduk semula di kerusi, sorang student masuk dengan muka yang sedih. Kemudia dia menangis nak balik Kuching sebab rasa diri tak sesuai dengan Ipoh dan 1001 lagi alasan, saya mula rasa bermulanya problem saya pada hari itu. Cakap banyak pun tak guna budak tu tetap berkeras nak balik sana jugak. So saya pun suruh dia isi borang transfer balik ke Kuching. Dalam hati bengang jugak yang mula-mula gatal nak pindah and belajar kat Ipoh ni kenapa.. dah elok-elok kat Kuching. Penat saya usung beg dia bila baru sampai pada Hari Jumaat lepas dan bawa ke hostel. Tapi muka tetap senyumlah.. so lepas isi borang budak tu pun belah, tunggu Sabtu flight ke Kuching. So, malas saya nak fikir , itu pandai2lah sendiri, lagipun dia bukan student Ipoh lagi.
Then masa saya tengah menyuap nasi pukul 2pm, sorang student tegur saya nak jumpa urgent . Ada bapanya sekali.Pulak! Hati saya sedikit risau tapi tak apa. Demi tugas.
Selepas mempersilakan kedua-dua duduk mereka pun menceritakan hal yang sebenar. Rupa-rupanya nak tukar tempat praktikum kerana tak sesuai dengan company yang kami dah pilih sebelum ini. Dua bulan saya uruskan pelajar agar mendapat tempat praktikum atau latihan industri . Macam-macam kerenah dan problem.
Hari tu 19hb adalah hari pertama dia report duty sepatutnya. Kulitnya habis merah dan allergy kerana tak sesuai di tempat itu banyak habuk dan panas. Bapanya menokok nambah agar tempat praktikum itu tak jauh dari rumah senang dia hantar dan ambil, kalau boleh dia nak anak dia explore banyak perkara dalam bidang yang dia ambil. Hmm graphic. Sabar jela... kalau awal-awal kan senang. Boleh saya cari tempat lain. Tak apa... saya mula berfikir dan semak list student yang lain. Kedua beranak itu hanya merenung saya dengan pandangan yang meminta pertolongan. Terus capai telefon dan mula bertanya dengan CEO salah satu syarikat jika boleh dia terima sorang lagi student. Maaf dah penuh. Hmm saya dail satu lagi nombor . Saya bernasib baik sebab dapat bercakap dengan pegawai yang dikehedaki, alhamdulillah dia memang sempoi. Terima kasih En Jamri. Masalah pelajar tadi setel dan bapanya tersenyum puas hati seraya berkata " You memang hebat dan cekap. Saya suka berurusan dengan Puan selepas ini.Terima kasih banyak-banyak."
Saya tersenyum. Terasa bangga dan berbaloi. Rupa-rupanya hari itu berlalu dengan satu kepuasan yang sukar saya gambarkan.

No comments: