cool to share

Friday, October 9, 2009

Naufal Oh Naufal!!

Muka sedih tunggu keputusan X-ray


Tangan sebelum di simen. Bantal busuk tetap tak tinggal.
Gambar yang telah siap disimen tak sempat snap dah habis bateri


"Burung apa?"
"Burung tupaaai.."
"Burung apa?"
"Burung tupaaai..."
Mama dan ayah sudah gelak mengelekek. Mama hanya membiarkan sebutan tupai itu sebab cute sangat. Hairan macamana murai sudah tukar tupai. Jawapan Naufal memang konfiden dan selamba. Tapi selepas dia di gelakkan oleh Mak Tehnya dan dia mendengar semula iklan tersebut barulah dia menjawab "Burung Muraaai..." Itupun dengan pelat dan susah payah.

Naufal naufal... suka bagi orang ketawa dengan keletahnya , kenakalannya, kedegilannya dan lakonannya. Hmm Naufal memang pandai berlakon kejap-kejap jadi BakuGan, jadi Ben 10 atau jadi ultraman, tu belom lagi ironman... nantilah saya citer kat entri lain...

Semalam, dek kerana kenakalannya, Naufal jatuh kerusi di kelas tadikanya. Kata rakan sekelasnya dia susun kerusi dan melompat-lompat dari ketusi ke kerusi dan entah macam mana dia terjatuh. Saya membayangkan di rumah dia memang selalu melompat dari sofa ke sofa. Jika saya mengangkat rotan (hanger baju) dia akan berhenti sekejap. Bila dia tengok saya ralit kerja saya dia sambung semula... Hmm begitulah juga di sekolah. Memandangkan dia paling kecil , paling cute dan paling nakal , namanya selalu dijerit oleh cikgu supaya diam. Jadinya dialah yang paling popular sebab semua rakan kelas termasuklah ibubapa tau dia. Tapi ibubapa Naufal tak taupun nama rakan2 kelasnya....

"Cikgu Naufal tidur!" jerit kawan sekelasnya memberitahu Cikgu bila Naufal sudah terlentok di kerusi.
"Tak apa biarkan dia tidur".
Hmm agaknya pasal tu lah Cikgu tak nak dia jaga sebab dia memang suka mengacau dan tak reti duduk diam.

"Nak pergi mana ni?" Naufal dah mula takut bila hospital disebut-sebut.
"Nak pergi hospital. Mama nak repair tangan Naufal letak gam supaya tak jatuh."
"Tak nak.".
"Habis tu macamana nak betulkan tangan Naufal?"
"Tangan abang Haikal ada."
"Oo letak tangan abang kat sini tukar dengan Naufal?" Soal ku.
Naufal mengangguk.

4 comments:

Belidiskaun said...

wah....! jd ultraman kejap yer anak kau kak... sampai biler tangan tu nak berbalut?

mamai said...

bijak, bijak macam tangan transformer lak yer boleh tukar-tukar

shila said...

alfi, mamai
tgnnya dah bersimen. nanti bukak balut minggu depan kat GH.
tu ler penat tau jaga transformer, ironman , ben 10 nih..huhuu tu yang mama kdg2 tukar jadi raksasa tu..

pecinta_Islam said...

mdh2an cpt latu sembuh
:)