cool to share

Wednesday, October 21, 2009

Overwhelmed Mother...

Menonton rancangan Oprah malam tadi mengenai Overwhelmed Mother membuatkan airmata saya mengalir. Kisah seorang wanita yang mempunyai dua anak yang masih kecil dan bekerja di sebuah sekolah sebagai administrator. Kematian anak keduanya sangat tragis hanya kerana kecuaiannya meninggalkan anaknya di dalam kereta kerana terlupa di parking lot selama 8 jam. Anaknya meninggal kerana heatstroke.
http://www.oprah.com/slideshow/oprahshow/20080902_tows_moms/2

Kerana terlupa orang yang tersayang boleh hilang sekelip mata. Saya amat tertarik dengan pendapat dari beberapa penonton rancangan dalam berkongsi pengalaman menjaga anak. Semasa bersama dengan anak terutama baby, fikiran kita hanya perlu fokus kepada mereka. Tidak boleh bersms, berchatting atau membuat perkara yang yang boleh menyebabkan kita terleka. Jadi ibu bukan sahaja perlu bijak, mesti sedar, agresif, dan cepat .

Saya juga pernah mengalami pengalaman yang sama iaitu terlupa atau terleka. Walaupun anak-anak saya sekarang sudah berumur 7 dan 4 tahun, tapi kemalangan itu tidak berbau. Kalau tidak tak adalah tangan Naufal patah sebab jatuh bangku di sekolah huhuhu. Pernah sekali tu Naufal hilang di pasaraya selama 5-7 minit. Hanya kerana kedegilannya tidak mahu memegang tangan dan salah saya juga kerana tidak berkeras. Pada ketika saya dan suami melayan pertanyaan si abang , sekelip mata Naufal tiada di sebelah saya. Itupun sudah cukup membuatkan darah saya kering dan lutut saya longlai. Dalam waktu yang sekejap itu bermacam-macam bermain di dalam fikiran saya
. Rasanya saya memang tidak akan lupa saya dan suami berlari ke sana ke mari mencari dan memanggil namanya! Satu pengajaran buat saya.

Adakah saya overwhelmed? ... aduh tepuk dada tanya selera..

4 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

bagi akak, benar2 tak masuk akal, masakan 8 jam boleh terlupakan anak, kalau 5 minit tu adalah..logiknyakan...

A.K.U.D.O said...

si hazeq tertinggal tidur dlm kereta haritu.biasanya dia turun sendiri.mujur bila keluar nak beraya lagi mlm tu ternampak dia dlm keta..aku sampai sekarang fikir yg bukan2 kalau sampai pagi dia dlm keta tu..

mamai said...

tapi ada juga ibu yang tak berperikemanusian membiarkan anak di dera sehingga mati...jahanam betul

shila said...

kak yati its not impossible ... sebab only overwhelmed mother could do that...fikiranya hy fokus kat kerja je sampai dia lupa kat anak2...

ayu.. sib baik haziq dah besar boleh turun sendiri..
memang kita semua kena fikir buruk dahulu...