Terkemut-kemut
Tertoleh-toleh
Masa pantas aku kena cargas
Kaki asyik menekan brek
Dek kerana kereta depan bergerak seperti Penagih..
Patutla P rupanya
Macamana boleh lulus
Sedangkan keluar simpang jalan terus
Geram rasa nak langgar je ponggong
Tapi karang aku jugak yang melolong
Kena repair bonet depan yang dah canggung
Aku pun lady jugak
Ikut aturan bukan berlagak
Bawak biarlah berhemah
Bukannya bawak dengan lemah
Nak ikut 20km /jam aku jadi lelah
Lampu dah hijau masih pandang bawah
Getik dengan sikap manusia
Ada kereta mewah tapi ada jugak kereta yang biasa-biasa
Dah berbulan keluar tapi seat masih berbalut plastik
Konon nak bagitahu kereta baru beli dan cantik
Katanya biarlah plastik tu koyak sendiri
Itu dasar orang kedekut dan takut nak berbudi
Bagi cuak sesiapa nak menumpang sekaki
Kalu di offer, sorry beb aku tak sudi
Menongkat langit menatang harta dunia
Bukan boleh bawak ke syurga
Baru berharta tapi macam jakun
Jangan di cekuh tentu kena maki hamun
Apa sangat la harta duniawi
Pahala ke akhirat yang patut di cari
Bawak perlahan aku mengantuk
Orang kat depan terlentok-lentok
Isk geram rasa nak hantuk
Dlm kereta pun nak pelok2....
Aku hon kuat-kuat bagi terkujat
Lepas tu aku jeling muka depa kuat-kuat
Nak beromen bukan dalam kereta buat malu muka keluarga
Saja bawak perlahan macam kura-kura...
Nak cepat jadi lambat
Terbayang muka anak terkulat-kulat
Tunggu mama dan ayah yang lambat
Sabarlah sayang harap mama sampai dengan selamat...
3 comments:
teringin juga nak langgar bontot kereta yang lembab tu...menyusahkan
abg man .. very true, tapi masa pg hospital ipoh hari tu kitaorg langgar je pintu depan kereta waja sebab parking menyusahkan org nak keluar ..
aku dah ok drive setelah 11 th berlesen ..huhuuu
Post a Comment