cool to share

Wednesday, November 26, 2008

Goodbye My Friends...21112008


Sayonara kepada dua orang rakan baik saya di office, Ana dan Dira.Both of you memang best and superb. Cool and sensitive.
Ana, the coolest and most patience and generous woman I ever known. Banyak perkara yang Ana kongsikan dengan saya, segala masalah Ana hadapi dengan tabah. Akhirnya Allah SWT makbul juga doa Ana dengan kerjaya kini sebagai pensyarah Uitm di Shah Alam dan dapat kembali semula kepangkuan orang tersayang..
Dira, the hardworking , energetic and always 'on the move' woman. Business minded and also coffee lover like me...
Sebenarnya pada hari terakhir mereka di Cosmopoint, saya menjadi agak pilu mengenangkan selepas ini tiada lagi Ana dan Dira menemami saya minum pagi mahupun lunch. Momen-momen sarapan pagi di cafe, adalah momen yang paling ceria. Ana, Dira, Mul dan kadangkala ada Rin akan menceriakan waktu pagi saya dengan cerita 'panas' atau 'sejuk'. Momen-momen itu saya rasa sedikit sebanyak membantu saya memulakan hari bekerja dengan penuh semangat.
Dan yang paling mengesankan bila pagi Selasa 26112008, jam 8.30am, dengan penuh selambanya Mul bertanya saya "Mana Kak Ana ni, tak nak breakfast ke?".
"Weh! hang ni kenapa?" Saya membulatkan mata sebelum tergelak-gelak.
"La... lupa Kak Ana dah resigned.." Mul buat muka sedih pulak.
"Jomla Kak Shila temankan hang ..."
Terima kasih kepada kalian kerana kehadiran yang hanya beberapa bulan sahaja ,sebenarnya kewujudan kalian sebagai sahabat, adik, motivator, pak lawak , pelakon, penyanyi, pembantu dan dll adalah penuh bermakna buat kami yang masih tinggal dan terus bekerja di sini.
Kepada anda berdua, selamat menjalani tugas di tempat kerja baru dan jangan lupa kami.

Sunday, November 23, 2008

Kopi sedap pertama

Hujan diluar rumah turun ah-curah lebat. Malas memonton Astro yang tenggelam timbul tu. saya ke dapor membancoh kopi. Saya yang hanya berseluar katok dan bersinglet rasa sejuk pula mencering-cering hingga ke tulang. Bau pekat aroma white coffee jenama Antong cap tempatan yang saya beli di pekan Taiping tadi sedang berbuai-buai dihujung lubang hidung . Hmmm.. sedap aromanya.. tapi rasanya saya belum tahu. Tunggulah kejap...
Di kala begini saya teringat kenangan lampau di zaman sekolah rendah sewaktu di dalam darjah dua di SK Malim Nawar. Sekolah ini memang terletak di kawasan kampung, tapi tidak tahulah pulak sekiranya telah berubah menjadi lebih moden. Saya memang memasang keinginan untuk menjenguk ke sekolah itu semula yang pernah berbudi dengan saya sewaktu mula kenal membaca dan mengira. Walaupun saya setahun di tadika, sukatan pelajarannya langsung tidak sama dengan sekarang. Saya hanya pandai melukis dan mewarna dan mengenal ABC. Di sekolah ini, memang banyak yang saya pelajari selain membaca, mengira, melukis, mewarna dan menyanyi saya jugamula kenal apa itu kopi sedap..! Hmm Pelik bukan ? Saya mengenali sejenis kopi yang saya rasa sangat sedap. lain dari yang lain. Bukan seperti biasa yang dihidangkan oleh arwah Opah ketika pagi-pagi ingin bersiap ke sekolah. Kopi kampung memang sudah lama serasi dengan tekak saya ini.
Bagaimana saya kenal kopi sedap? Ketika di darjah Dua, saya bersekolah sesi petang. Faham-fahamlah jika petang memang mengantuk. Tambah pula di luar hari hujan. Saya masih ingat dulu kelas saya ada jaring pagar di pakukan di sekeliling kelas dari syiling bawah bumbung sehingga ke atas tingkap. Bermakna jika hujan agak lebat , terasa juga tempiasnya. Namun yang saya pasti kelas saya memang selesa. Tidak panas.
Berbalik kepada kopi sedap tadi. Saya teringat seorang Cikgu bernama Cikgu Yahya. Kalau tidak silap saya beliau mengajar Bahasa Malaysia. Perwatakan memang nampak garang, sesuai dengan saiz badannya yang agak besar. Rambutnya kerinting dan tangan agak berbulu tapi tidaklah terlalu lebat. Beliau suka bercerita dan sudah tentu banyak cerita lucu sesuailah untuk budak Darjah Dua Kuning iaitu kelas saya. Dan yang paling saya ingat, Cikgu Yahya akan membawa flusk air ke mana sahaja beliau pergi. Pada suatu hari ketika di kelas Cikgu Yahya, waktu di luar kelas memang agak sejuk selepas hujan. Selepas Cikgu Yahya habis menulis di papan hitam , dan mengarahkan kami meniru tulisannya, Cikgu Yahya membuka flusk air dan menuang ke dalam penutup flusk itu. Ketika itu saya mula memandang Cikgu Yahya yang sedang meneguk air berwarna perang itu. Asap tipis kelihatan keluar dari flusk airnya. Saya terus memandang kerana sifat ingin tahu. Mungkin juga ingin rasa. maklumlah saya duduk di barisan paling hadapan. Aromanya menganggu kosentrasi saya. Hehehe
Cikgu Yahya perasan agaknya saya memandangnya sambil tersenyum-senyum. Lalu Cikgu Yahya menawarkan airnya kepada saya dan rakan-rakan. Penutup air flusk yang telah diisi penuh itu bertukar tangan dan dapatlah saya dan lima enam lagi rakan saya yang turut serta menghabiskan air itu.
"Air apa ni Cikgu? Sedaplah".
"Oh! Ini air Nescafe-O. Cikgu suka minum panas-panas."
"Esok bawak lagi Cikgu".
"Okay No problem".
"Kalau tak nak rakan lain minum air kamu, kamu ludah je dalam cawan tu jadi tiada siapa yang akan berkongsi air dengan kamu".
Cikgu Yahya memberi idea dan ketawa. Saya dan rakan kelas pun turut ketawa. Hmm... memang ada logiknya jika saya berbuat begitu. Saya berfikir dengan tamak sambil tersengih-sengih. Nescafe rupanya kopi sedap pertama saya....

Wednesday, November 12, 2008

emayat.....

"Engkau ni kenapa Yat? Sudah hilang akal ke?"
"Tahu tak perbuatan engkau tu boleh merosakkan nama dan seterusnya boleh dibuang pengajian?".
Yat hanya mendiamkan diri dengan muka yang kusut. Rambutnya yang kerinting itu nampak benar hodohnya bila tidak disikat. Yat cuba ingin menemui Ema terserempak dengan saya di kantin kolej. Yat merayu agar saya memujuk Ema menemuinya disitu.
"Aku malaslah nak masuk urusan korang berdua. Bukannya budak kecil lagi , dah boleh jadik bapak dan mak orang dah. Orang lain pun bercinta gak, taklah teruk benar macam korang".
Saya terus-terusan memarahi Yat. Mana tidaknya, bila malam tadi Yat atau nama penuhnya Hidayat memasuki asrama perempuan semata-mata ingin bertemu Ema. Bertujuan untuk memujuk kekasih hatinya yang tengah marah dan merajuk berpunca dari sikap Yat juga.
Ema dan saya satu blok , jadi bila keadaan menjadi huru-hara tengah malam tadi , hampir satu blok tahu. Ema malu tak terkata, kenapa Yat sampai berkelakuan begitu. Gara-gara Yat, orang mula memandang serong pada Ema. Ema yang sememangnya tidak berkongsi bilik dengan sesiapa menambahkan lagi andaian buruk terhadap dirinya.

Pada malam itu , Wati jiran Ema yang ternampak Yat sedang terhendap-hendap di pantri untuk mencari peluang memasuki bilik Ema. Wati terus menyergah Yat dan mengarahkannya keluar sebelum orang lain dapat tahu atau Wati sendiri melaporkan pada pihak Pengetua. Wati juga walaupun geram , masih lagi bersimpati dan tidak mahu melaporkan kepada pihak atasan kerana kasihankan mereka yang hanya tinggal satu semester sahaja untuk tamat dari pengajian. Wati seorang pelajar yang teguh memegang prinsip Islam, sangat geram dengan kerenah pelajar yang bercinta yang tidak menggunakan akal tetapi emosi. Malah beberapa kali juga dia terlibat dalam mentarbiah dan memberi kaunseling rakan sebaya yang hanyut dengan masalah sosial.

Ema dan saya walau berlainan fakulti, tetapi kami berdua menjadi rapat sejak menyertai program anak angkat bersama-sama pada semester ke-5. Ema memang sempoi dan boleh sekepala dengan saya yang gila-gila. Perihal peribadi Ema juga dikongsi bersama, mungkin Ema inginkan pandangan dari saya. Masalah saya dengan sidia juga kadang-kadang dikongsi dengan Ema.

Ema dan Yat memang pasangan belangkas, kemana-mana berdua . Sempadan hanyalah longkang blok asrama perempuan dan longkang di blok asrama lelaki. Mereka satu fakulti dan tinggal di kolej kediaman yang sama, menambahkan lagi kejuaran pasangan terhangat di kolej kami. Di mana ada Ema mesti ada Yat, Begitu juga sebaliknya . Bila disebut EmaYat atau mendapat jolokan "imayat" semua penghuni kampus terutama Kolej Guthrie amat mengenali mereka. Yat sangat beruntung sebab Ema selalu menyudahkan assignmentnya , yelah sayang katakan.

"Ema , kenapa boleh jadi sampai macam ini?"
"Entahla Shila, masa petang tu, aku mintak putus dari Yat. Dia tak nak lepaskan aku , dia sayangkan aku. Tapi aku tak boleh lagi la Shila". Ema dah terhinggut-hinggut menangis.
Sayapengalaman bercinta yang tak sampai setahun jagung , tidak tahu bagaimana ingin memujuk Ema, hanya mampuamenedah telinga cuba menyelami perasaan orang yang sedang bersedih kerana cintanya kini seperti telur di hujung tanduk.

"Tapi apa puncanya? Bukankah korang berdua ni couple yang paling hot kat sini? Macam belangkas. Family kau dan Yat pun dah tahu bukan?"
Saya cuba membawa Ema berfikiran rasional bukan emosional.
"Memang Shila , aku terlalu sayangkan dia. Tapi aku tak bolehlah kalau orang paksa aku berubah tanpa keikhlasan hati aku".
"Maksud kau?"
"Yat inginkan aku berubah mengikut caranya".
"Berubah? Selama hari ini aku tengok engkau okay jek, pakaian okay pakai tudung, sembahyang pun tak tinggal, tak merokok tak minum arak...hmm aku konpius lah Ema."
"Yat nak aku pakai tudung labuh atau tudung bulat macam Wati dan grup Biro Kerohanian tu..."
Ema mengesat hidungnya yang merah berair. Matanya yang sembap sedikit menjadikan matanya sepet.
"Ohhh.. apasalahnya Ema. Kalau untuk kebaikan". Saya tersenyum sambil memujuk.
"Aku tak suka dipaksa. Yat caranya memaksa. Aku akan pakai jugak tapi bukan sekarang, kalau selepas berumahtangga dan kerana hati aku ikhlas okaylah. Yang paling aku bengang dia letak syarat sekarang jugak aku mesti berubah, dahla tu aku dengan Yat tidak boleh selalu keluar bersama, berjumpa pun tidak boleh selalu. Entahlah Shila, sejak dia baik dengan grup masjid ni, Yat sudah terlalu berubah. Dia tak bagi aku pakai tudung tiga segi ni lagi".

Barulah saya faham duduk perkara yang sebenar. Yat yang dahulu sangat romantis dan tidak segan-segan memeluk dan memegang tangan Ema di depan kami, kini mula insaf dan berubah. Ema tidak boleh terima perubahan itu lantas meminta putus. Sedangkan Yat masih menyayangi Ema. Dalam hal ini, Yat mungkin ada betulnya, mungkin caranya agak drastik. Saya tidak boleh komen lebih-lebih, sedangkan saya pun belum bertudung lagi . Maklumlah masih bergelar siswi hehehe. Aduss.. pening kepala saya memikirkan hal mereka. Tak mengapalah , janji saya sudah memainkan peranan sebagai seorang sahabat dan menjadi pendengar yang baik, walaupun aku juga sebenarnya agak keliru.

Kini selepas 10 tahun berlalu, saya bertemu Ema sewaktu mengambil peperiksaan KPLI di salah sebuah maktab. Seronok menyembang sambil mengimbaskan kisah-kisah lama sewaktu di universitu dulu. Mana taknya semua perangai seperti kebudak-budakkan. Yelah sekarang usia yang semakin menginjak 'tua' ... fikiran semakin matang dan emosi semakin stabil, cuma poket jek kadang-kadang kurang stabil ..
"Ema , kau nak tahu aku ada jumpa Yat minggu lepas ". Saya merenung wajah Ema yang sudah beranak dua itu. Ternyata tutur kata, bentuk badan, pakaian dan raut wajahnya masih sama. Cuma lebih matang dan cantik. Ema berkahwin dengan pegawai polis yang lebih muda darinya. Semenjak mempunyai anak yang pertama, Ema menjadi surirumah sepenuh masa.
"Oh ye ke. Lama gila tak dengar cerita budak tu , macam mana dia sekarang ?"
"Dia ada dua anak dah, isterinya orang Ipoh. Dia kini Penolong Pegawai Daerah di cawangan Kinta, kalau tak silap aku gred 44."
"Oh ye ke". Raut wajah Ema sedikit terkejut.
"Rezeki dia Ema, kita ni sejak dahulu lagi cuba mohon jawatan kerajaan tak pernah pun berhasil. Rasanya pointer Yat taklah setinggi kita yetak?"
Ema hanya mengangguk dan tersenyum pahit.






Monday, November 10, 2008

Haikal.. Haikal


Sabtu lepas, saya sekeluarga menghadiri Majlis Konvokesyen anak saya Haikal di Hotel Sri Malaysia. Dengan penerimaan sijil ini, bermakna Haikal telah pun tamat menjalani pembelajaran pra-sekolahnya di Tadika Ria Bistari yang terletak tidak jauh dari rumah. Saya dan suami telah menghantari Haikal sejak dia berusia 5 tahun lagi , bermakna 2 tahun dia di situ. Haikal anak sulung saya lahir pada 7.12.2002, jadi ketika bulan Januarui 2007, bermakna dia baharu sahaja menginjak usia 5 tahun sebulan dan sudah tentu sifat 'baby'nya masih ada berbanding dengan rakan-rakan lain yang lebih berkeyakinan ketika di sekolah.
Tidak akan saya lupakan pada hari pertama saya meninggalkan Haikal berseorangan di tadika. Sebelum itu, saya pernah duduk di dalam kelasnya selama 2 hari menunggu sehingga pukul 12.00 tengahari. Duduk di tepi Haikal atas bangku kecil, naik lenguh lutut saya hatta Haikal tidak membenarkan saya ke mana-mana. Aduss...
"Ini tak boleh jadinya, takkan mama nak ambil cuti lagi ". Suami saya mula risau. Akhirnya kami setuju tinggalkan dia terus di tadika tanpa memaklumkan padanya terlebih dahulu.
Pada hari itu, Haikal keluar rumah dengan riang masuk ke kereta. Sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah dan waktu menyerahkan pada guru, Haikal meraung dan melalak separuh nyawa. Dua tangannya melekat pada pintu kereta macam spiderman. Bila saya berjaya menariknya, tangannya memaut badan saya dan tudung, hampir tanggal dibuatnya.
Atas nasihat guru saya dan suami terus pulang. Sebenarnya hari itu kami berdua masih cuti, standby kalau keadaan menjadi semakin buruk.
Pukul 12.00 , saya menjemput Haikal pulang, seperti sudah dapat mengagak, Haikal duduk di depan pintu gril yang berkunci , menunggu saya dari pukul 8.00 pagi tadi. Cuma tidak meraung sahaja. Beg masih tersangkut di bahu. Ahh! Itu dua tahun yang lepas. KIni dia semakin nakal dan semakin pandai menjawab soalan-soalan yang saya tanya.

Pada pembukaan majlis semua kanak-kanak beratur naik kepentas untuk lagu pembukaan. Lagu Warisan , memang menyentuh perasaan saya, hampir menitis air mata jika diikuti bait-bait liriknya.
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
BetapaDibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan baratKu jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Kemudian, diikuti beberapa persembahan dan Haikal telah menunjukkan kemahirannya menari lagu twist. Naufal adiknya pun turut bangga dengan abangnya sehingga paling sibuk lalu-lalang di depan pentas dan beberapa kali cuba naik ke pentas, tapi saya sempat menghalangnya... Sabar naufal. Your time will come...

Sunday, November 2, 2008

pd kecil jika minum kopi ?

Saya baru sahaja baca emel dari member mengatakan wanita yang minum kopi boleh menyebabkan payudara mengecil atau mengecut. hmm... Saya tidak melatah pun, apalagi terus mengiakan jika belum ada pengesahan saintifiknya. Bagi saya, minum atau makan apa sekalipun sekiranya berlebihan memang memudaratkan. Kopi memang ada kafein, elok sebenanya dikurangkan. Cuma saya ketika mengandung dan menyusukan anak memang tidak mengambil kopi, setakat bau sahaja hehehe....
Balik kepada topik di atas tadi, wanita sememangnya amat risau jika payudara mengecil atau mengecut. Tidak mengancamlah lagi. Semua wanita mahukan bentuk payudara yang besar dan mengkal yetak. Apatah lagi jika si suami mula komplen...
So, saya teringat kisah kawan saya Maya, umur muda sedikit dari saya, putih gebu, kalau sebut Maya Bob, semua budak kampus kenal, kerana 'boob'nya besar. Maya selalu diusik siapa yang jadi suaminya memang bertuah tidak payah beli tilam. Maya sedikit pun tak terasa, dia memang sporting. Bila Maya berkahwin dengan Shah , semua kawan-kawan lelaki jealous degan Shah sebab berjaya dapat Maya Bob..
Lama tidak dengar cerita Maya, selepas beranak dua, Maya terus menyepikan diri dari kawan-kawan. Rupa-rupanya suami Maya menggatal dengan perempuan lain. Kerani tempat kerja kata Maya. Rupa perempuan tu kata Maya, orangnya muda, kurus, tinggi, rambut lurus paras bahu. Budak kampung. Dan yang pastinya payudaranya 4-5 kali ganda lebih kecil dari Maya...... hmm aduhai.....zaman la ni kecik or besar bukan ukuran, kalau laki dah nak sangat carik perempuan lain, menangis pun tak berguna.... Kalau saya sorry lah nak korbankan kenikmatan aroma coffee hanya kerana ingin menjaga hati lelaki hehehehe....

Coffee for ladies..




Wow....... bestnya menikmati kopi dengan potongan harga 50% betul tak? Ahh kalaulah Gloria Jean's Coffee ada di Ipoh, sudah tentu menjadi port terbaik buat penggemar kopi spt saya. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Ratu/20081101083533/Article/

Di Gloria , ada hari wanita setiap Selasa, hmm so kawan-kawan , kalau nak cari saya pada hari Selasa , cari di Gloria okay... hehehe itu pun jika Gloria ada di Ipoh.
Di Ipoh Kopitiam masih kurang, jika ada pun white coffee pun memang best, cuma menu lain sahaja agak kureng. So kalau Gloria ada di Ipoh, sudah tentu menjadi tempat lepak yang paling cool buat penggemar kopi .
Jika waktu pejabat, dan bila tiba waktu kerja banyak kadang-kadang otak saya boleh beku ,jika rasa stress dah sampai paras hidung, apalagi terus jalan kaki pekena white coffe ice dengan garlic bread and mushroom. Tapi saya biasanya suka pergi berteman, di samping dapat minum, dapat jugak bersembang meluahkan perasaan atau berkongsi cerita. Faham-faham jelah jika kerja makan gaji, arahan boss kena patuhi, kerja kena siap. Kena pulak time boss moody, lagila bertambah stress bila muka boss langsung tidak bergula, yang nampak cuma asam keping tak pun asam jawa... adusss... Lepas minum kopi ais, barulah sejuk rasa hati... heheh