cool to share

Monday, November 10, 2008

Haikal.. Haikal


Sabtu lepas, saya sekeluarga menghadiri Majlis Konvokesyen anak saya Haikal di Hotel Sri Malaysia. Dengan penerimaan sijil ini, bermakna Haikal telah pun tamat menjalani pembelajaran pra-sekolahnya di Tadika Ria Bistari yang terletak tidak jauh dari rumah. Saya dan suami telah menghantari Haikal sejak dia berusia 5 tahun lagi , bermakna 2 tahun dia di situ. Haikal anak sulung saya lahir pada 7.12.2002, jadi ketika bulan Januarui 2007, bermakna dia baharu sahaja menginjak usia 5 tahun sebulan dan sudah tentu sifat 'baby'nya masih ada berbanding dengan rakan-rakan lain yang lebih berkeyakinan ketika di sekolah.
Tidak akan saya lupakan pada hari pertama saya meninggalkan Haikal berseorangan di tadika. Sebelum itu, saya pernah duduk di dalam kelasnya selama 2 hari menunggu sehingga pukul 12.00 tengahari. Duduk di tepi Haikal atas bangku kecil, naik lenguh lutut saya hatta Haikal tidak membenarkan saya ke mana-mana. Aduss...
"Ini tak boleh jadinya, takkan mama nak ambil cuti lagi ". Suami saya mula risau. Akhirnya kami setuju tinggalkan dia terus di tadika tanpa memaklumkan padanya terlebih dahulu.
Pada hari itu, Haikal keluar rumah dengan riang masuk ke kereta. Sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah dan waktu menyerahkan pada guru, Haikal meraung dan melalak separuh nyawa. Dua tangannya melekat pada pintu kereta macam spiderman. Bila saya berjaya menariknya, tangannya memaut badan saya dan tudung, hampir tanggal dibuatnya.
Atas nasihat guru saya dan suami terus pulang. Sebenarnya hari itu kami berdua masih cuti, standby kalau keadaan menjadi semakin buruk.
Pukul 12.00 , saya menjemput Haikal pulang, seperti sudah dapat mengagak, Haikal duduk di depan pintu gril yang berkunci , menunggu saya dari pukul 8.00 pagi tadi. Cuma tidak meraung sahaja. Beg masih tersangkut di bahu. Ahh! Itu dua tahun yang lepas. KIni dia semakin nakal dan semakin pandai menjawab soalan-soalan yang saya tanya.

Pada pembukaan majlis semua kanak-kanak beratur naik kepentas untuk lagu pembukaan. Lagu Warisan , memang menyentuh perasaan saya, hampir menitis air mata jika diikuti bait-bait liriknya.
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
BetapaDibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan baratKu jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Kemudian, diikuti beberapa persembahan dan Haikal telah menunjukkan kemahirannya menari lagu twist. Naufal adiknya pun turut bangga dengan abangnya sehingga paling sibuk lalu-lalang di depan pentas dan beberapa kali cuba naik ke pentas, tapi saya sempat menghalangnya... Sabar naufal. Your time will come...

No comments: