Inilah hasilnya. Pertama kali ambil gambar di kedai. Susah sebenarnya menyuruh Naufal tersenyum tanpa nampak gigi.
Hari ini hari pertama dia kesekolah. Dari rumah saya tidak memakaikan Naufal pampers sebab saya cuba berlagak confident. Setiap kali saya bertanya Naufal kencing kat mana, jawapan yang tetap sama keluar dari mulutnya; "dalam bilik air".
Selepas menghantar abangnya Haikal ke tempat transit , saya terus ke Batu Gajah dlm 30 min dan singgah mengambil Opahnya terlebih dahulu sebab nanti senanglah emak mertua saya ingin mengambil cucunya setiap hari. Turun sahaja kereta dia bagitahu " Kencing lah mama ". Aiseh satu hal pulak saya menyalin dan membasuhnya dan menukarkan baju yang lain. Mungkin terlampau excited sehinggakan dia tak beritahu saya. Kali ini saya sarungkan pampers terus. Hmm kerusi kereta depan nampak basah. Tak apalah balik nanti saya basuh.
Sampai di sekolah (3minit drive dari rumah Opah), Naufal sangat teruja, muka cool sahaja dengan tersengih seperti dalam gambar di atas. Saya pimpin tangannya terus masuk . Aiseh kat depan pintu sorang pelajar perempuan melalak-lalak macam Haikal abangnya masa 1st day masuk tadika. Saya dan Naufal terus jumpa guru dan serahkan borang dan buat pembayaran. Naufal diletakkan semeja dengan pelajar 4-5 tahun lelaki.
"Mama balik tau". Saya menghulurkan tangan dan Naufal menyambut salam dan mencium tangan saya. Selepas mencium dipipinya saya pun keluar dan melambai2 tangan. Sebelum beredar saya memerhatikan gelagatnya. Dia mengeluarkan pensel warna yang saya belikan untuk dia semalam. Muka masih tersenyum tapi malu2 dengan kawan2 disebelahnya. Hmm mungkin sebab dia paling kecil dan mulutnya tak lekang dengan senyuman jadi ramai yang menegurnya.
Cikgu bagi arahan supaya beratur. Barisan lelaki dan perempuan. Naufal paling kecil so dialah berdiri paling hadapan di barisan lelaki. Bermula Al-Fatihah, dan tiga Qul di akhiri doa penerang hati. Nampaklah mulut Naufal terkumat-kamit cuba mengikut. Ayat2 itu dia biasa dengar dari mulut abangnya atau saya ketika mendodoikan dia tidur. Kemudian lagu Negara Ku dan lagu Kemas, dia hanya memerhati sahaja muka Cikgu dan muka pelajar perempuan yang mungkin pada dia nampak sama seperti kakak sepupunya Kak Yuyun. Mulutnya sedikit terlopong bila dia gagal mengikut lagu yang dia tak pernah dengar.
Kemudian beratur untuk mengambil minuman. Jika di rumah, cawan yang berisi yang dipegang setempat pun selalu tumpah inikan pula jika dia perlu membawanya ke tempat duduk. Saya memerhatinya sahaja dari luar pintu dengan hati berdebar-debar. Giliran dia , pandai pula dibawanya cawan berisi air milo separuh itu perlahan-lahan dan terus duduk . Nasib baik tempat duduknya tak jauh. Masa dia berjalan pun kanak-kanak yang lain bagi laluan pada dia.
"Jangan minum dahulu tunggu baca doa". Laung Cikgu kepada semua pelajar. Saya lihat Naufal telah meneguk air beberapa kali. Hmm tak paham arahan rupanya. Selepas doa dibaca , Naufal dan rakan-rakan semejanya pun menghadap air milo dan biskut. Saya pun berasa lega kerana everything seems to be okay.
1 comment:
seronok kan tengok gelagat dan karenah kanak-kanak yang baru nak sekolah..tambah-tambah tadika..dulu intan penah mengajar tadika jugak..hehe...macam-macam hal dengan nak buah...sampai hari pertama tu bila balik umah terus aje intan tak ada suara..huhuhu
Post a Comment